Phone Bawah RM600 Dah Makin Bagus - Infinix Hot 10S
Teringat balik zaman belajar di universiti dulu pada tahun 2014. Duit tak banyak. Smartphone pertama saya beli tanpa kontrak ialah jenis Xiaomi Redmi Note yang pertama sekali pada harga RM600. Pada masa itu, kualiti binaan memang terasa murah. Firmware update pula kena download dari forum di internet.
Fast forward 7 tahun selepas tu, muncul lah Infinix Hot 10S (klik sini link ke Shopee) ni. Jujur cakap masa wakil Infinix hubungi saya tanya nak review phone ni, inilah pertama kali saya dengar mengenai jenama ni. Rupanya Infinix ni jenama dari Hong Kong.
Phone bajet RM600 memang menjadi pilihan kepada kita yang nak beli phone bagi rider delivery, pemandu e-hailing, untuk pelajar guna PDPR ataupun nak bagi parents kita guna. Persoalannya, adakah Infinix Hot 10S ni bagus?
Quick specs:
Chipset : MediaTek Helio G85
OS: XOS 7.6 (Android 11)
Storage : 4GB RAM + 64GB ROM
Camera : 48MP (main) + 2MP (Depth) + 8MP (Selfie)
Display : 6.82 inches IPS, Full HD 1640*720 90Hz
Battery : 6,000 mAh
Network : 802.11 a/b/g/n/ac 2.4G/5GHz. BT 5.0
3.5mm Jack : YES
Port : Micro USB
Charger : 10W
Macam biasa, tak buang masa, saya bagitahu terus apa yang best dan takbest.
1) Harga mampu milik
RM549 untuk versi 64GB, RM599 untuk versi 128GB. (Pernah nampak on sale dekat Shopee for RM499). Best!
2) Mediatek Helio G85 best untuk mobile gaming
Saya cuba main PUBG Mobile dekat phone ni, Helio G85 punya performance memang ramai dah tahu best. Tambah lagi skrin phone Infinix Hot 10S ni hanya HD+, jadi lebih senang chip ni nak drive.
3) Skrin 90Hz lawa
On paper bila kita nampak skrin 720 HD+ yang bukan full HD, saya ingatkan display Infinix Hot 10S ni tak lawa. Menariknya, lawa skrin dia! Aspect ratio dia juga sangat wide, dan refresh rate 90Hz lebih smooth dari biasa bila scrolling dan gaming.
4) Bateri tahan lama
Yep bateri 6000mAh memang tahan betul. Saya guna hampir dua hari baru kena caj.
Apa yang kurang best:
1) Skrin tak full HD
Walaupun skrin HD+ 720p Infinix Hot 10S ni dah cukup baik bila tengok in person, ada pesaing lain yang menawarkan skrin full HD 1080p pada julat harga yang sama, contohnya Poco M3 dan Redmi 9T.
2) Micro USB dan 10W charging.
Dua perkara inilah yang mengingatkan semula saya bahawa Infinix Hot 10S ni ialah phone tahap bajet. Micro USB dan Charger 10W... Banyak aksesori zaman sekarang contohnya USB OTG drive dah guna USB Type C. Pakai Type C charger pun senang nak pinjam kawan punya charger.
Ada pesaing lain yang menawarkan fungsi USB Type C dan fast charging pada harga yang sama macam Realme Narzo 30A yang spec hampir sama dengan phone ni tapi dengan tambahan Type C dan 18W fast charging.
Harap Infinix boleh tambah baik dua perkara ni dalam model akan datang, confirm laku keras!
Tapi adakah Infinix Hot 10S ni tak bagus? Takdelah. Masih ok. Saya rasa smartphone ni masih boleh jadi smartphone bajet yang bagus kepada yang mahukan kelainan, nak cuba sesuatu yang baru dan tak terlalu mainstream macam Xiaomi atau Realme, boleh je cuba Infinix Hot 10S.
Link untuk ke Infinix Official Store di Shopee ada saya sertakan pada nama phone atau klik di sini.
Comments
Post a Comment