Boleh ke bina PC Home Office Bajet RM1k? (Ogos 2021)
Dalam blog post yang lepas saya dah listkan parts list PC Gaming pada bajet sekitar RM2.1k. Tapi saya teringin nak tengok HOW LOW CAN WE GO?
Yelah sekarang ni ramai mencari komputer. Sama ada nak buat home office ataupun nak bagi anak belajar secara online. Masalahnya, ramai juga yang jadi mangsa page facebook scam.
Modus operandi mereka biasanya diorang akan buat FB ADS, mereka gunakan nama page ala-ala kedai komputer atau kata "cyber cafe gulung tikar" jual PC terpakai yang spec power pada harga yang sangat murah. Sebab harga terlalu murah sebab nak tarik mangsa. Bila mangsa buat bank transfer bayaran, mereka pun block. Mereka pun lesap bersama duit anda..
Jangan lah buat macam tu!
Biasa beli barang dari Shopee dah kan? Setakat ni semua barang selamat sampai kan? Ok apa kata beli parts PC satu persatu, dan pasang sendiri di rumah. Ini akan jadi aktiviti yang menyeronokkan terutamanya remaja yang suka bertukang macam saya. Tak susah pun sebenarnya. Senang je. Boleh ikut YouTube kalau tak pasti.
Kenapa tak beli komputer siap orang pasangkan? Kalau orang pasang, kita kena bayar upah orang tu pulak sebab orang tu pun nak berniaga... Tapi kalau kita dalam tight budget, kena buat sendiri la.
Kita nak berjimat cermat, jadi dalam list ni saya pun bagi parts yang terpaling murah saya jumpa dari Shopee. Not the best, sebab saya memang fokus cari yang paling murah (tapi masih boleh digunakan lah...)
Spec PC ni saya rekemen untuk kegunaan;
- home office, peniaga kecil etc.
- anak belajar online (PDPR)
Saya bagi link semua ke kedai yang bagus; Shopee preferred atau mall. Kalau link tak boleh click, sila buka blog post ni dalam browser Chrome atau Opera.
Ok, jom bina PC sendiri!
1) Processor
AMD Athlon 3000G (Klik sini untuk beli dari Shopee)
Processor AMD paling mampu milik. Hanya ada 2 core dan 4 threads. Dari segi performance dia cukup bagus untuk home office. (Kalau nak gaming sikit-sikit pada setting 720p low/medium boleh tau! Hehehe anak-anak happy la dengar tu...)
AMD bagus ke, kenapa tak Intel? Untuk home office pada saya AMD Intel sama je. Untuk gaming AMD bagus sikit, tapi not much. Dalam jadual di bawah sekali nanti saya bagi link Intel. By the way processor ni ramai mencari tau... Yang mana ada stock kita sebat je cepat-cepat sebelum habis orang lain sebat sebab processor pada harga ni demand sangat tinggi sebab orang WFH dan online learning. Kalau sold out nasiblah...
Lagi satu kedai jual Athlon 3000G kalau kedai atas tu dah habis. (harga sama)
Oh kipas CPU cooler tak perlu beli, dalam kotak dah ada. Jimat!
2) Graphics Card
Tak perlu ;-)
Processor yang saya cadangkan di atas sudah dilengkapi dengan cip grafik Vega 3 terbina. Tak perlu beli graphics card, jimat duit...
![]() |
Vega 3 boleh main game 720p tanpa graphics card hehehe |
3) Motherboard
Asrock A320M-HDV (Klik sini untuk beli dari Shopee)
Motherboard paling mampu milik untuk processor jenama AMD di atas. Paling basic. Ada HDMI port output, saya happy dah... Ini paling minimum. Motherboard ni pun hot, kena cepat beli sebelum habis.
Lagi satu alternatif kalau kedai atas tu dah habis, tapi harga tambah sikit je.
4) RAM
Silicon Power 8GB 2666MHz (Klik sini untuk beli dari Shopee)
Untuk Windows 10, saya rekemen sekurang-kurangnya 8GB barulah tak lag. Sebab kita nak jimat saya bagi RAM paling murah ni. Kalau nak gaming, disarankan beli RAM dua keping dalam konfigurasi dual channel untuk gaming performance. Tapi ni kan PC jimat, nak buat menaip, check email, PDPR. Beli sekeping dulu cukup. Nanti di masa hadapan nanti baru angkat sekeping lagi tu.
Edit: alamak, sale sudah habis, harga RAM tu dah naik. Ambil alternatif di bawah ni;
Satu lagi alternatif Adata 8GB 2666MHz harga sama kalau kedai atas tu dah habis.
5) SSD
Pioneer Dramless 120GB (Klik sini untuk beli dari Shopee)
Ni SSD dramless paling murah saya jumpa. Dramless tu bermaksud dia bukanlah high performance. Tapi pakai SSD dramless ni masih lebih baik dari gunakan hard disk sebagai drive utama - nanti confirm slow nak start komputer dan nak launch apps. Dari segi kapasiti, 120GB pun sangat sikit, tapi kita kan nak berjimat. 120GB nak buat menaip home office boleh lagi... Dokumen hangpa pergi simpan dekat cloud spt Google Drive... Kalau rasa nak install banyak apps, dan ada bajet lebih, beli lah besar sikit.
BY THE WAY - Tolong jangan install Microsoft Office pirate. Dah ada alternatif FREE dan HALAL... Ada GMail kan? Gunakan je Google Docs (ganti Word), Google Slides (ganti Powerpoint) dan Google Sheets (ganti Excel). Segala dokumen disimpan dalam cloud, selamat. Dimana komputer sekalipun anda log in GMail / Google Drive, di situ files anda semua ada. Jangan pirate ok!
6) Power Supply
Thermaltake Litepower 450W (Klik sini untuk beli dari Shopee)
Ni pulak power supply paling basic paling murah orang biasa guna. Bukanlah yang paling berkualiti tinggi. Tapi cukup baik untuk budget build. Di masa hadapan nanti kalau nak upgrade, power supply lah benda pertama yang saya nasihatkan untuk upgrade (cari yang ada certification "80+" atau "80 plus" supaya lebih selamat, lebih jimat bil TNB, contohnya 1stplayer DK 5.0 full modular ni)
7) Casing
Tecware Nexus Air M2 "Steel" (Klik sini untuk beli dari Shopee)
Casing bersaiz MATX yang tak terlalu besar, sangat mampu milik. Saya suka sebab walaupun harga mampu milik, airflow bagus, dia siap bagi free 1x kipas belakang dan 2x kipas intake depan. Takde lampu RGB, versi "steel" takde tempered glass. Nama lagi budget home office build kan. Ada je versi tempered glass tapi kena tambah RM10 gitu.
Sampai sini parts untuk PC.
Sebab biasa orang kira harga PC tanpa monitor dan aksesori. Total harga PC setakat ni RM1,028. Kira almost tepat 1k lah. (Semasa blog post ni ditulis lah, takut nanti bulan depan harga berubah sikit)
Jimat kan? Boleh jimat banyak beli parts dari Shopee satu persatu dan pasang sendiri. Kalau nak beli PC siap pasang mana dapat harga ni... Risiko kena scam lagi ada lah...
Tapi nak dijadikan full set PC sudah tentu kena ada aksesori penting;
8) Monitor
AOPEN 22CV1Q (Klik sini untuk beli dari Shopee)
Biasanya monitor murah guna TN panel yang warnanya buruk. Ini monitor dari sub-brand Acer yang guna VA panel yang bagus sikit. Warna dia lawa sikit lah dari TN panel... Saiz 22 inci, resolusi full HD 1080p, 75Hz. Cukup baik untuk home office. Tiada speaker macam monitor yang mahal sikit contohnya monitor 24 inci ni yang mahal sikit, tapi sekurang-kurangnya dia masih bagi kita kabel HDMI percuma ;-)
9) WIFI Adapter
TP Link Archer T4U USB Adapter (Klik sini untuk beli dari Shopee)
USB adapter yang bagus, boleh terima signal 5GHz yang laju berbanding 2.4GHz biasa. Bab internet saya pentingkan adapter yang bagus jadi pada saya, inilah "bare minimum". Walaupun PC mahal tapi internet slow apa gunanya...
10) Keyboard & Mouse Combo
Segotep Vkm 1600 USB Combo (Klik sini untuk beli dari Shopee)
Keyboard dan mouse set paling murah saya jumpa. Lebih murah dari Logitech combo yang paling murah hah! Kita kan fokus yang paling murah, tapi masih berfungsi dengan baik...
11) Headset
Marvo H8321 Gaming Headset (Klik sini untuk beli dari Shopee)
Nak headset yang boleh dengar sound, ada microphone boleh jawab video call. Ni paling murah... Layan...
12) Webcam
Marvo Scorpion MPC01 (Klik sini untuk beli dari Shopee)
Webcam full HD 1080p paling murah saya jumpa setakat ni. Kualiti imej tak boleh lawan webcam yang mahal tapi jadilah nak jawab video call...
Secara total, full set RM1,678. (Semasa blog post ni ditulis lah, bulan depan taktau la harga berapa). Inilah PC terpaling bare minimum yang boleh kita bina dari parts yang kita beli dari Shopee. Kalau berjaya dapat stock sebelum sold out haha. Kalau dapat gunakan voucher kedai dan voucher free shipping Shopee dengan gunakan Shopeepay pun boleh jimat lagi...
Jangan takut untuk bina PC sendiri. Kena study sikit je. Ia aktiviti yang sangat menyeronokkan macam main lego...
Ni ada sikit step cara saya pasang PC, video saya buat kat YouTube. Tak serupa, sebab lain PC lain caranya, kena study user manual setiap produk yang kita beli. Tapi boleh la dapat sikit inspirasi;
Kepada yang nak parts tadi dalam bentuk jadual:
Dalam pencarian nak komputer paling murah, saya doakan semoga anda semua tak kena scam. Sekian terima kaseh.
By the way... Kalau AMD dah habis stock, nak bina Intel yang harga lebih kurang boleh gantikan dua benda ni:
Selepas bina PC, apa kita kena buat?
1) Install Windows 10
2) Install drivers
buat dua benda ni dulu baru boleh main komputer...
Ah nanti ada yang bertanya, Windows nak install macam mana?
Windows 10 sekarang boleh guna tanpa perlu beli license pun. Trial dia tak ada limit. Bill Gates dah terlalu kaya, kita tak beli lesen pun dia bagi kita guna secara percuma dan halal selama-lamanya. (Cuma ada watermark suruh 'activate windows' je tapi segalanya berfungsi macam biasa.)
1) Cari pendrive 8GB minimum.
2) Cari kawan yang guna laptop/PC windows 10
3) Dekat komputer kawan, cucuk pendrive tu dan download Windows 10 Installation Media tool
4) Install program tu dan ikut je apa program tu suruh. (Program ni akan masukkan windows punya installer dalam pendrive tu)
5) Bila dah siap, cabut pendrive tu. Balik rumah, bina dan pasang PC sendiri.
6) Dah siap pasang PC, cucuk pendrive tu kat PC kita baru pasang.
7) Masuk "boot menu" dengan tekan butang "F2" atau "Del"
8) Dalam boot menu BIOS tu, cari option untuk boot from pendrive kita.
9) Biarkan Windows install dengan sendiri, tunggu dan isi borang, password etc.
10) Tunggu sampai Windows siap install.
11) Pergi ke website motherboard kita, cari bahagian support dan download segala drivers.
12) Install drivers sendiri. Atau, gunakan program Driver Booster
13) Dah siap install semua drivers, siap, boleh main komputer!
Kalau blog post ni bermanfaat, jemput follow saya di facebook, instagram dan youtube.
Can we make money from sports betting? - Work
ReplyDeleteMoney Train is a sports betting website that งานออนไลน์ focuses 1xbet on kadangpintar bringing your sports bets to a better position. It's one of the most popular sports online