Inilah Earbuds Paling Sedap Saya Pernah Cuba - Huawei Freebuds 4

Dalam blog post yang lepas saya bercerita pasal Huawei Nova 8i dan jujur saya cakap saya rindukan chipset HiSilicon Kirin dan Google pada phone Huawei.

Tapi saya gembira pada masa yang sama mereka juga lancarkan Huawei Freebuds 4 dan saya sangat suka dengan earbuds ini!


Macam biasa, saya tak mahu buang masa anda. Jadi saya ceritakan terus.


SAYA SUKA #1 - SOUND SANGAT SEDAP

Masa saya mula-mula pakai, saya sangat gembira mendengar segala not dan vokal masa mendengar muzik. Segalanya sangat jelas dan tinggi detail. Huawei kata “Studio-grade Sound” saya gembira untuk katakan, mereka bercakap benar!


SAYA SUKA #2 - BASS

Untuk headphones bersaiz kecil begini saya terkejut ia mampu menghasilkan bass yang sedap dan cukup untuk musik.


SAYA SUKA #3 - PAIRING PANTAS

Saya dah try banyak jenama earbuds, pairing selalu benda yang paling renyah sekali. Tapi Huawei ni tidak. Sangat pantas untuk pair. Sangat membantu


SAYA SUKA #4 - SELESA

Pernah tak lubang telinga rasa macam kejang sebab dicucuk ‘in-ear’ punya earbuds? Freebuds 4 ini jenis ‘Open-fit’ yang kita hanya letak di luar lubang telinga. Rekaan klasik ini jauh lebih selesa untuk dipakai dalam jangka masa yang panjang.


SAYA SUKA #5 - DUAL DEVICE

Tengah dengar lagu, earbuds pair dengan laptop. Tiba-tiba ada orang call handphone kita. Freebuds 4 ni boleh pair dengan dua device terus. Jadi senang nak jawab call. Banyak earbuds premium zaman sekarang boleh buat begini, dan saya gembira teknologi ini wujud!


Battery life? Ok saje. Saya dapat guna dalam dua jam lebih, ini agak normal untuk kebanyakan earbuds yang saya pernah cuba.


Hanya satu je kelemahan earbuds ini:


TAK SUKA #1 - ANC TIDAK KUAT

Sebab earbuds ini hanya kita letak di lubang telinga, bukan cucuk di dalam, bunyi dari luar masih kedengaran. Saya bayangkan saya tak akan memilih untuk guna earbuds ini kalau saya nak dengar musik di dalam MRT atau dalam kapal terbang. Kalau anda mahukan total isolation dari luar, lebih baik mencari earbuds jenis ‘in-ear’ yang menghalang bunyi luar dari masuk.


Pendapat saya untuk Huawei Freebuds 4 - HIGHLY RECOMMENDED! (Kalau anda guna kat rumah atau tempat yang tak bising)


Sesiapa yang berminat nak beli Huawei Freebuds 4 boleh rujuk link di Shopee ini  - https://shp.ee/5aeax38

Jangan tanya saya “Earbuds Huawei ada Google tak?” Earbuds tak perlukan Google. Asalkan device anda ada Bluetooth, anda boleh pakai earbuds ni. Harap maklum ;-)

Comments

Popular posts from this blog

Komputer LAMBAT nak start? Tukarlah pakai SSD!

7 Kamera Vlogging Terbaik untuk YouTube

Boleh ke Bina PC Gaming dengan bajet RM2k? (Ogos 2021)