Huawei Nova 8i Bukan Untuk Saya, Tapi Freebuds 4 BEST!

Baru-baru ni saya dapat peluang untuk mencuba Huawei Nova 8i dan Huawei Freebuds 4.


Quick Specs Nova 8i:

Chipset : Snapdragon 662

OS: EMUI 11 (Android 10)

Storage : 8GB RAM + 128GB ROM

Camera : 64MP (main) + 8MP (UWA) + 2MP (Macro) + 2MP (Depth) + 16MP (Selfie) 

Display : 6.67 inches IPS, Full HD 2376*1080 60Hz

Battery : 4,300 mAh

Network : 802.11 a/b/g/n/ac 2.4G/5GHz. BT 5.0

3.5mm Jack : YES


Untuk jimatkan masa anda, saya akan bagitahu apa yang saya suka dan tak suka terus.


SAYA SUKA #1 - Design.

Saya memang dari dulu lagi fans Huawei & Honor yang memang terkenal dengan design belakang yang menarik.


SAYA SUKA #2 - Skrin

Bezel sangat nipis. Hampir seluruh depan ni skrin. Skrin pun rata, jadi senang nak pasang tempered glass. Walaupun masih 60Hz tapi itu boleh dimaafkan.



SAYA SUKA #3 - Fast Charger 66W

Saya suka semua phone bajet yang datang dengan fast charger. Yes!


TAK SUKA #1 - Tiada GMS

Jujur saya cakap, saya banyak bergantung kepada Google Services dalam smartphone daily driver saya. Gmail, Maps, Drive, Docs, dan banyak lagi. Saya sebenarnya pengguna tablet Huawei tanpa GMS, untuk secondary device yang ada purpose berbeza dari primary phone, memang boleh guna. Tapi untuk phone utama, saya perlukan GMS.


TAK SUKA #2 - Kamera 

Bila baca specs, dengar sensor 64MP saya harapkan gambar yang berkualiti tinggi sebab tujuan utama megapixel banyak di smartphone ni untuk lebih banyak data untuk AI proses imej tu menjadi lebih baik. Namun saya hampa. Dynamic range rendah. Oversharpening. Disini terasa sungguh ni sebenarnya phone budget. Saya syak ini datang dari kelemahan chipset.


TAK SUKA #3 - Chipset

Snapdragon 662 ni juga didapati dalam phone bajet, contohnya Pocophone M3 yang harganya separuh dari phone ni. Saya anggarkan kualiti kamera kurang menarik sebab chipset ini lah. Kalaulah phone ini datang dengan Kirin punya processor dengan fungsi AI yang lebih kuat, saya rasa jauh lagi best, kamera pun lebih berkualiti. Tapi saya agak-agak & faham kalau Huawei terpaksa buat macam ni sebab sekatan.

PENDAPAT: Adakah saya akan beli Huawei Nova 8i untuk kegunaan daily driver saya? Tidak. Kerana saya memang banyak pakai Google services haha. Kalau device secondary sebagai phone kedua mungkin boleh consider lagi sebab saya memang pengguna tablet Huawei dan untuk secondary device, memang tiada masalah.


TAPI!


Huawei juga lancarkan Freebuds 4 baru-baru ni. Saya ada try dan yang ni SANGAT RECOMMEND!

Sound quality SANGAT sedap, bass sedap. Diorang tak tipu bila cakap Studio-grade sound. Satu je cons, sebab dia bukan jenis earbuds yang letak luar lubang telinga, dia punya active noise cancellation tak dapat block bunyi bising dari luar secara total. Tapi earbuds begini lebih selesa dipakai.


Kepada yang berminat nak check harga produk ini, boleh ikuti link di bawah ke Shopee
Huawei Nova 8i - https://shp.ee/3myre78
Huawei Freebuds 4 - https://shp.ee/5aeax38


Comments

Popular posts from this blog

Komputer LAMBAT nak start? Tukarlah pakai SSD!

7 Kamera Vlogging Terbaik untuk YouTube

Boleh ke Bina PC Gaming dengan bajet RM2k? (Ogos 2021)