Page Scammer Curi Gambar Saya untuk Scam Duit Korang
Nampaknya blog saya dah famous. Sebab page scammer guna gambar saya untuk scam duit orang.
Page yang dimaksudkan ialah PCHome. (Link ada di sini)

Berdasarkan info Facebook bagi, page ni dicipta pada 10 Februari 2021.
Mereka curi gambar dari blog post lama saya masa saya baru bina PC tahun 2018.
Modus operandi page scammer ni simple je:
1) Iklankan barang terlampau murah, kononnya sangat laku, anda perlu beli cepat.
2) Suruh anda transfer bayaran, sama ada bayaran penuh atau deposit.
3) Lesap. Hilangkan diri.
Saya minta bantuan rakan-rakan saya untuk dapatkan details si scammer. Scammer tu cakap dia bertapak di Bandar Tasik Permaisuri,
tapi link yang diberi tak complete. tiada nombor unit rumah, tiada nama jalan. Hanya daerah. Lepas tu dia berhenti reply. Saya tak rasa dia di situ.
ada rakan lain pula cuba dapatkan nombor telefon PcHome - 0172599317 bila dicari melalui truecaller hanya menunjukkan nama Cikgu Liza Giatmara.
Kalau tengok kat Touch N Go pulak, nama dia Mahathir bin Yahya pulak
Kalau ada mangsa yang dah transfer duit dekat dia, tolong hubungi saya di Facebook page Adzrin Mansor. Kita sama-sama buat laporan polis.
Sejak PKP bermula, memang banyak page scammer seperti ini dibuat. Berikut adalah beberapa tips untuk kenal pasti page scammer.
1) Facebook page baru buat / baru tukar nama.
2) Facebook page tu selalu sangat buat FB ads.
3) Harga barang PC tu terlampau murah.
4) Admin selalu mengelak nak jawab lokasi, no telefon atau no akaun.
So, siapa nak mencuba nasib silakan: https://www.facebook.com/PcHomestayhome
Seriosuly, kalau nak beli PC custom build, belilah dari PC Shop yang dah lama bertapak dalam industri seperti Ideal Tech atau Racun Tech. (Link ada situ pepandai lah korang klik)
Dua-dua kedai ni trusted, semua orang dalam industri komputer kenal owner-owner Zhen Wei, Nik Hasheme & Zharif Xii. Banyak brands PC selalu bagi mereka award partner dengan sales yang paling perform di Malaysia. Kedai top di Malaysia pulak...
![]() |
Kedai PC trusted - Ideal Tech di Ampang & Kedai Racun Tech di Setia Alam. |
Beli PC dengan diorang memang terbaik sebab kalau apa-apa rosak diorang akan serviskan walaupun PC tu korang beli dari diorang banyak tahun dulu. After sales service confirm ada.
Tapi macam biasa lah, kadang orang suka complain diorang ni jual harga 'mahal'. Harga diorang sentiasa MSRP (manufacturer suggested retail price) bermakna harga dikawal oleh pengilang. Harga tu masuk sekali warranty. Lifetime diorang akan support. Saya tau lah, saya customer dua-dua kedai ni sejak dari mula main PC.
Tapi korang kata 'mahal'... Orang yang nak murah macam ni pergi cari kedai merapu sebab nak murah sangat sangat. Bila bayar duit kat page scammer macam PCHome tu, page tu block kau. Duit kau pun lesap.
Kerana orang tamak selalu rugi.

Comments
Post a Comment