5 Gaming Mouse Berjenama Terbaik Bawah RM100
Kriteria mouse gaming ni simple je. Dia mestilah:
- 6,000 dpi keatas barulah laju cursor nak bergerak
- harga bawah RM100
- ada lampu RGB (paling penting!)
Sebab semua mouse dalam blog post ni harganya mampu milik bawah RM100, kalau nak beli buat hadiah birthday kat boyfriend / suami PC gamer pun takde masalah!
1) Kegemaran FPS shooter - Logitech G102
Siapa tak kenal jenama Logitech. Bab aksesori komputer logitech memang king. Macam dalam gambar utama, ni mouse yang saya sendiri pakai. Mampu sampai 8,000dpi serta kecil dan ringan, mouse ni memang kegemaran buat yang main game first person shooter tembak-tembak tu... Ada 6 butang yang sangat berguna. Lampu RGB pun besar, bukan setakat kat logo je macam kebanyakan mouse budget yang lain.
Klik sini untuk beli Logitech G102 di Shopee.
2) Kegemaran MOBA - Corsair Harpoon RGB Pro
Corsair Harpoon ni pun salah satu mouse kegemaran saya untuk pakai sebab grip sangat selesa, scroll wheel yang kukuh, dan stealthy untuk pakai kat office sebab lampu RGB hanya terhad kepada logo sahaja jadi takdelah terserlah sangat. Inilah mouse paling mahal dalam list ni sebab Corsair Harpoon RGB Pro ni guna optical sensor yang bagus, Pixart PMW3327 & boleh capai maksimum 12,000 dpi! Memang laju habis cursor bergerak.
Klik sini untuk beli Corsair Harpoon RGB Pro di Shopee.
3) Aura Sync paling mampu milik - ASUS TUF M3
Dari segi specs mouse ni biasa-biasa je. 7,000 dpi, gaming grade optical sensor. Tapi kalau anda pengguna PC atau laptop jenama ASUS dengan RGB lighting Aura Sync, anda boleh kawal warna lampu RGB mouse ni supaya ikut sekali warna aksesori lain. Kalau PC warna biru dia pun ikut biru. Jadi efek warna sekata bukan caca merba.
Klik sini untuk beli ASUS TUF M3 di Shopee.
4) RGB sekeliling! - Cooler Master CM310
Siapa tak kenal Cooler Master kan? Saya suka jenama Cooler Master sebab kebanyakan barangnya "mid range" - tak terlalu bangsawan, tak terlalu murah sampai tak berkualiti juga. Just nice. CM310 ni pun tak terkecuali. Ada 8 butang, boleh capai 10,000 dpi dan optical sensor gaming grade Pixart A3325. Lampu RGB ada di sekeliling mouse jadi siapa nak efek lampu RGB yang banyak boleh pakai mouse ni.
Klik sini untuk beli Cooler Master CM310 di Shopee.
5) Banyak "pengudaraan" - Tecware EXO Lite
Pengudaraan tu satu, sebenarnya lubang-lubang tu untuk penjimatan berat. Mouse ni sangat ringan berbanding mouse lain dalam list ni, hanya 69g sahaja. Ada 6 butang boleh diprogramkan, boleh capai sehingga 6,400 dpi, dan efek RGB sekeliling mouse, boleh tahan jugak mouse ni. Satu benda saya suka ialah walaupun harga bajet, kabel dia braided macam mouse mahal, jadi lebih tahan lasak dan tak senang rosak.
Klik sini untuk beli Tecware EXO Lite di Shopee.
Alang-alang dah pakai mouse dengan lampu RGB, kenapa tak pakai mousepad dengan lampu RGB jugak?
Philips ada buat gaming mousepad dengan lampu RGB, dikuasakan dengan kabel USB. Saiznya 80cm x 30cm jadi pastikan meja cukup besar untuk mousepad saiz ni ya!
Klik sini untuk beli Philips RGB Gaming Mousepad.
Semoga teracun dengan mouse ini #DoneRacun. Jemput share blog post ni kalau bermanfaat bagi kawan tengok. Mana tahu dia terbuka hati nak belikan salah satu mouse ni bagi hadiah birthday kat anda.
Apa-apa roger saya di Facebook atau Instagram.
Comments
Post a Comment