Apa Jadi Kalau PC Kena Kilat?
Bayangkan dah bina PC gaming mahal-mahal, spec padu. Tapi sekarang kan PKP jadi tengah Work From Home. Di luar kilat sabung menyabung. Sebab dalam meeting, tak boleh nak offkan komputer. Tiba-tiba bergegar bunyi guruh. Satu rumah blackout. PC pun terus padam. Alamak. Rosak ke PC kesayangan kita ni?
Iklim negara Malaysia ni memang banyak hujan dan kilat kuat. Apa benda yang boleh rosakkan PC musim kilat kuat ni?
Ada banyak cara PC kita boleh rosak kalau kena kilat ni. Masalah pertama sekali ialah power surge / power spike - bermaksud elektrik datang dalam jumlah berlebihan secara tiba-tiba. Kalau elektrik berlebihan masuk PC kita, biasanya power supply lah yang korbankan diri dia untuk selamatkan komponen lain. Tapi kalau terlampau berlebihan sangat, satu PC pun boleh hangus jugak. Sebab ni ramai orang nasihatkan kalau beli extension, pastikan beli yang ada surge protector.
Masalah kedua ialah blackout. Biasanya rumah kita ada circuit breaker TNB pasang. Dia pun berfungsi untuk elakkan elektrik berlebihan masuk dalam circuit elektrik rumah korang. Bila kilat sambar, circuit breaker rumah terus naik, jadikan rumah blackout. Baguslah, dia menjalankan tugas dia.
Tapi masalah dengan blackout ni, biasanya dia berlaku secara tiba-tiba. PC kalau kita matikan elektrik secara tiba-tiba tanpa ‘Shut Down’ dengan betul, boleh buat rosak jugak. Files penting yang korang tengah guna dalam program ataupun unsaved data semua akan hilang. Data penting pulak boleh jadi corrupted. Ini yang kadang-kadang jadikan PC tu taknak start balik walaupun tiada komponen yang rosak. Software dia yang jadi problem.
Memperkenalkan UPS!
Sebagai seorang #bangsawan, yelah saya dah keluarkan duit banyak untuk PC. Dan risau jugak la kalau kena benda macam disebutkan di atas ni. Untuk protection PC saya, saya baru angkat satu Uninterruptible Power Supply (UPS) untuk PC saya. Nama model ni APC Back-UPS BR650MI. Kenapa? Jap saya explain tiga fungsi benda ni.
1) Surge Protection
Bila terlebih voltage mengalir dalam litar elektrik, dia terus ground supaya elektrik berlebihan tak mengalir ke dalam komputer dan rosakkan komputer.
2) Regulate Voltage
Kepada yang duduk kat rumah lama, pernah tak korang tengok lampu berkelip sebab elektrik tak stabil? Kalau kurang voltage, benda ni pun boleh stabilkan balik voltage ke paras yang optimum.
3) Power Supply
Bila blackout, UPS ni ada bateri yang berikan supply elektrik kepada komputer untuk jangka masa pendek supaya kita sempat save kerja kita, dan tutup komputer dengan selamat. Takdelah tiba-tiba tutup.
Soalan, perlu ke beli UPS?
Jujur saya katakan, kebanyakan orang akan hanya fikir untuk beli extension cord dengan fungsi surge protector untuk PC dia. Kenapa saya go for UPS?
Pernah satu kali, saya tengah edit video tiba-tiba bekalan elektrik putus. Rupanya TNB buat maintenance kat substation, switch power kat lori generator tu yang terputus kejap tu. Tapi masalahnya video tak sempat save pastu segala editing yang dibuat selepas last saved point hilang. Kecewa sikit la.
Dengan UPS ni, kalau blackout berlaku, bateri ni akan kick in untuk bagi masa lebih, untuk saya save semua kerja dan tutup komputer dengan selamat. Peace of mind. Macam insurans la senang cerita.
Siapa yang perlu beli UPS?
Kepada yang tak pernah dengar jenama APC ni, ni sub-brand oleh Schneider Electric, memang brand yang terkemuka untuk perkakasan elektrik. Walaupun ramai orang kata dia hanya pakai surge protector dah cukup, UPS lagi elok untuk situasi berikut;
- korang duduk kat tempat yang terdedah dengan risiko kilat dan blackout yang kerap.
- korang buat kerja yang penting dengan data sensitif.
- PC gaming korang bangsawan harga banyak ribu dan nak protect investment korang dari kerosakan.
Kalau nak beli boleh rujuk website GLOO Store dengan rujuk link di sini. Diorang tengah bagi diskaun banyak, hanya untuk bulan November 2020 ni sahaja.
Comments
Post a Comment