Budget RM1500 Jangan Beli Laptop, Bina PC!


Baru-baru ini saya terima satu soalan dari rakan yang ikuti Instagram saya @rinmansor yang berbunyi seperti berikut;

"Salam Rin, saya seorang student universiti, saya bercadang untuk beli komputer untuk kegunaan buat assignment, contohnya menaip esei, buat perkiraan excel dan browse internet. Budget saya tak banyak, RM1000-1500 je. Patut beli laptop atau desktop? Yang mana lebih sesuai? Boleh tolong rekemen? Terima kasih."

Sopan je dia tanya. Ok mari Rin bantu.

Desktop vs Laptop?

Biasanya untuk student universiti saya selalu cadangkan untuk cari laptop sebab portabiliti adalah satu sebab penting. Tapi masalahnya kebanyakan laptop dengan specs yang baik biasanya bermula dari harga RM2,500 dan keatas. Banyak laptop di bawah price bracket ni spec tak berapa ideal. Kita dapat laptop yang slow.

Dalam kes saudara ini, budget dia sangat tight. Jadi pada saya ada tiga pilihan;

1) Beli laptop murah dan hadap juga specs laptop tu yang rendah. Kurang ideal sebab kita beli komputer nak lah yang smooth nak guna.

2) Kumpul duit dulu, beli laptop dengan spec yang lebih ideal. Kurang ideal juga sebab kita nak pakai sekarang.

3) BELI DESKTOP!

Personally, saya akan pilih PILIHAN 3!

PC Master Race!

Memang tak dinafikan mobiliti tu penting tapi ada beberapa perkara desktop ada kelebihan desktop berbanding laptop:

1. Harga desktop lagi murah dari laptop

Kelebihan desktop custom build ni kita boleh mix & match parts dari berlainan jenama untuk dapatkan harga paling rendah dan dapat parts yang berkualiti tinggi. Company A mungkin jual part A murah, tapi part B mahal. Jadi kita mix & match.

2. Desktop lebih berkuasa tinggi

Processor laptop dan desktop tak sama tau! Laptop perlu fikir pasal penjimatan kuasa supaya bateri tahan lama dan masalah haba sebab dalam laptop ada banyak komponen komputer yang panas dalam ruang yang kecil. Tapi desktop PC takde hal. Kuasa elektrik datang terus dari soket. Casing desktop pun besar jadi kita boleh letak banyak kipas untuk pengaliran udara yang efisyen. Sebab ni lah desktop biasanya lebih kuasa dari laptop.

3. Senang nak baiki dan upgrade kemudian hari


Banyak komponen laptop kita tak boleh upgrade. Tapi kalau bina desktop, setiap satu komponen kita boleh tukar sendiri. Enam bulan selepas guna, ada kumpul duit lebih nak upgrade tambah RAM, tukar CPU lain, semua senang je nak buat sendiri. Kalau apa-apa rosak kita pun boleh tukar sendiri dengan senang.

4. Dapat ilmu memasang PC

Yep, pasang PC dapat belajar ilmu baru. Apa parts yang sesuai, macam mana nak pasang. Jangan risau kat YouTube banyak benda boleh kita pelajari. Saya sendiri pun ada buat YouTube di sini.

Memang dengan desktop PC kita hilang portabiliti tapi kita dapat spec yang lebih kuasa dari setiap ringgit yang dibelanjakan berbanding kalau beli laptop.

Di bawah ni saya sertakan parts yang diperlukan untuk membina desktop PC dengan budget bawah RM1,500. Semuanya brand new dan spec ini jauh lebih baik dari laptop yang berharga sama. Ikut je specs yang saya listkan di bawah semua link menuju ke Shopee stores yang saya pernah beli barang dan dipercayai...

Satu screengrab video tunjukkan PC parts komputer yang saya bina


CPU: AMD Athlon 3000G


Processor 2 core, 4 threads yang basic dari AMD. Kenapa bukan Intel? Sebab graphics yang terbina sekali dengan processor AMD ni, dipanggil Radeon Vega 3 sangat power berbanding Intel. Jadi saya rekemen processor ini.

Pilihan 1: AMD Athlon 3000G dari YESIT
Pilihan 2: AMD Athlon 3000G dari ECT


Motherboard: A320M


Motherboard jenis A320 ni untuk processor AMD yang paling basic. Tiada overclocking. Dua RAM slot. Satu M.2 SSD slot. Basic stuff. Huruf M kat hujung bermaksud ini saiz M-ATX, kecil sikit berbanding saiz standard, jadi casing pun boleh beli yang kecil sikit. Jenama Asrock dan Asus dua-dua ok, pilihlah yang mana korang suka.

Pilihan 1: Asrock A320M HDV dari YESIT
Pilihan 2: Asus Prime A320M-K dari YESIT


Graphics: Tak perlu.


Ini kan budget build. Tak perlu graphics card. Kita guna kemampuan grafik yang terbina dalam CPU sahaja (integrated graphics). Takpe, Radeon Vega 3 tu power. Nak main kebanyakan game dalam 720p medium pun masih smooth.


RAM: DDR4 8GB 3200Mhz


8GB pada saya dikira minimum untuk run Windows 10 dengan smooth dan boleh buka banyak tabs kat Chrome browser tanpa masalah. Kelajuan megahertz tu pula mesti tinggi sikit untuk membantu prestasi integrated GPU Radeon Vega 3 tu.

Pilihan 1: Klevv Value RAM
Pilihan 2: Crucial RAM


Storage: 240GB SSD


Dah 2020 ni jangan pakai hard disk untuk storage utama komputer. Boot drive mesti pakai SSD barulah laju nak start komputer dan launch apps. Ada dua jenis - 2.5 inci yang perlukan wayar ataupun jenis M.2 yang kita boleh cucuk terus kat motherboard. Dua-dua motherboard di atas support M.2.

SSD M.2: Kingston A400 M.2 SSD 240GB
SSD 2.5 inci: Patriot Burst 240GB


Power Supply: 450W


Benda paling penting dalam komputer untuk bekalkan kuasa kepada semua komponen lain. Untuk komputer dengan specs budget begini kita tak perlu wattage yang terlalu tinggi. Sekitar 450-500W sudah cukup. Pada price range ini, semua PSU ini non-modular, bermaksud kabel tak boleh dicabut. Jadi pandai-pandai sorok dalam casing tu kalau nak nampak kemas. Saya bagi dua pilihan, satu murah, lagi satu mahal sikit tapi ada certification 80 plus white, certification ni macam jaminan penjimatan kuasa. Utamakan beli yang ada 80 plus certification dulu ya, kalau betul-betul tight baru consider yang lain...

Pilihan 1: 1STPLAYER BlackSir 500W dari ECT (80 plus white)
Pilihan 2: Thermaltake Litepower 450W dari YESIT (tiada 80 plus)


Case: Tecware Nova M


Casing bersaiz MATX sama dengan motherboard yang kita pilih. Saya suka rekemen jenama Tecware ni sebab walaupun harganya murah, dia bagi sekali tiga kipas. Jenama lain biasanya kipas tambahan kena beli asing. Walaupun murah, casing ni ada tempered glass side supaya nampak isi dalam dan PSU shroud untuk sorok kabel PSU. Terbaik!

Warna Hitam: Tecware Nova M Black
Warna Putih: Tecware Nova M White


Monitor: 23-34 inci IPS Full HD


Untuk monitor resolusi full HD 1080p, saiz 23 dan 24 tu kira optimum. Panel ada banyak jenis, saya galakkan beli panel IPS untuk colour yang lawa. Saya bagi dua option, satu paling murah, lagi satu mahal sikit tapi ada speaker.

Pilihan 1 tiada speaker: Acer EK241Y 24"
Pilihan 2 ada speaker: Asus VZ239HR 23"


Mouse & Keyboard:


Saya rekemen yang paling value for money. Keyboard gaming jenama HP yang murah ada lampu lampu kalau korang minat lah

Pilihan 1: Gaming RGB keyboard mouse combo dari HP
Pilihan 2: Keyboard mouse combo biasa dari Logitech


Wifi Adapter:Pilihlah yang mana ikut citarasa


Sudah tentu kena pakai internet. Ramai terlupa part ni. Wayar LAN paling murah dan reliable, tapi berwayar lah, kena lalukan kabel, paku kat dinding etc. Kalau wireless saya cadangkan jenis PCIe sebab dia tarik signal kuat dan sebab dia cucuk terus ke motherboard, kelajuan data tidak terhad kepada kelajuan USB port.

Pilihan 1: Kabel LAN Cat5e (laju tapi berwayar)
Pilihan 2: USB Wifi Adapter (ok jela takde laju mana)
Pilihan 3: PCIe wifi adapter (wireless yang lagi laju dari USB)


Kalau korang ikut specs ni korang akan dapat PC yang spec decent, cukup laju untuk kegunaan harian, mudah nak upgrade di masa hadapan, dan kalau apa-apa rosak biasanya senang nak ganti, tukar alat yang perlu je. Segalanya di sekitar bajet RM1500. Spec dan performance ini memang takkan dapat dari laptop pada harga ini.

Setuju tak dengan recommendation saya ni? Jika bermanfaat, jemput share. Berkat dapat pahala sebarkan ilmu pengetahuan. Asyik share berita gosip artis je. Tak bosan ke? ;-p


View this post on Instagram

Dear girls, carilah lelaki yang minat PC bangsawan, dia akan habiskan duit dan masa memasang PC daripada pasang awek lagi satu! Biasanya lelaki suka bina PC bangsawan tema ROG, tapi ROG tu tersangat bangsawan, true bangsawans macam si @huffeez je mampu (gi tengok profile dia ada gambar PC mahal lol) Dalam gambar ni PC bangsawan bertemakan TUF Gaming Alliance, saya panggil 'entry level bangsawan' sebab parts lebih mampu milik berbanding ROG. Kalau si dia nak buat PC, nasihatkan dia bina tema TUF supaya dia masih ada budget lebih nak bawak anda keluar dating. Girls, carilah kami bangsawan PC ni, kami janji kami ni setia orangnya... Bangsawans yang masih single sila kenalkan diri di bawah, ada rezeki sis minat sis DM diorang terus ok trimas dan semoga berjumpa jodoh. #rinmenulis

A post shared by Rin #PendakwahTech (@rinmansor) on

Comments

Popular posts from this blog

7 Kamera Vlogging Terbaik untuk YouTube

Komputer LAMBAT nak start? Tukarlah pakai SSD!

Boleh ke Bina PC Gaming dengan bajet RM2k? (Ogos 2021)