Harga barang tech akan naik bulan April 2020 nanti?

Kerja dari rumah!

Sekarang ni ada perintah kawalan pergerakan untuk mengawal penularan virus COVID-19 yang makin lama makin membimbangkan di Malaysia. Makin lama makin banyak kes yang timbul. Jadi kerajaan arahkan rakyat untuk duduk rumah dari 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020.


Banyak ofis pun tutup, pekerja diarahkan untuk berkerja dari rumah. Tentera pun akan membantu polis kuatkuasakan perintah kawalan pergerakan ni mulai 22 Mac nanti. Haih. Semoga segalanya baik baik je.


Tapi kerbimbangan ramai peminat gajet dan tech ialah kesan ekonomi yang akan melanda jika situasi ini makin melarat. Yelah, sekarang kedai semua tutup, takde sale. Kena harapkan online stores macam Shopee, Lazada ataupun website diorang sahaja.


Kalau kita tengok nilai matawang kita pun makin lama makin jatuh berbanding US Dollar. Yelah, barang tech ni kan banyak diimport dari luar. Jika keadaan ini berterusan memang saya agak barang tech mungkin akan naik harga bulan April 2020 nanti. Mungkin. Naik sikit ke banyak kita tak tahu lagi...

So kalau korang ada dah berniat nak beli barang tech macam laptop, pc parts, gpu, cpu, ram, kamera segala macam tu... Takyah tunggu lama-lama sangat. Beli sekarang. Beli online.

Sebab kedai terpaksa tutup, saya perasan beberapa jenama pun giat buat sale dan promosi untuk online store diorang. Contohnya MSI yang buat March Promo.


Laptop nipis dan ringan MSI Modern 15 dan Modern 14 serta laptop gaming GF63 tu nampak agak berbaloi. Klik sini untuk check out promo dari MSI.

Ok pape roger kat instagram!


Comments

Popular posts from this blog

7 Kamera Vlogging Terbaik untuk YouTube

Komputer LAMBAT nak start? Tukarlah pakai SSD!

Boleh ke Bina PC Gaming dengan bajet RM2k? (Ogos 2021)