5 Sebab Kenapa Wi-Fi Korang SLOW


Ramai orang komplen internet slow, signal wi-fi tak kuat kat bilik tidur blablabla. Siap ada posting viral lagi baru-baru ni.

Dia kritik customer service Internet Service Provider (ISP) tu lambat saya boleh faham sebab pernah kena jugak dulu. Tapi bila dia cakap signal wi-fi tak kuat tu secara terang-terangan ini masalah hardware - Masalah ni sebenarnya boleh diselesaikan dengan mudah kalau kita tahu punca-puncanya.

makcik sofia sudah marah aiyok

1. Router yang lemah 


Biasanya TM, Time atau Maxis (ISP) akan bagi router yang sesuai dengan kelajuan pakej yang korang langgan. Isu pakai router noob ni muncul bila korang baru je ditawarkan speed upgrade. Lepas upgrade pakej, kalau diperlukan, biasanya ISP akan jadualkan technician untuk datang dan upgrade korang punya router. Call customer service ISP korang untuk check perlu upgrade router atau tidak. Kalau diorang cakap perlu nanti diorang jadualkan technician untuk datang.

your router be like

2. Router diletakkan dalam tempat tertutup

Ada orang suka letak router belakang almari dekat dinding lah, dalam almari kaca lah. Bila ada benda menghalang signal, kurangkan kekuatan signal. Letak elok-elok ya! Kalau router tu dalam tempat penuh habuk pun dia overheat, sebabkan wi-fi korang slow. Letak router di tempat yang optima untuk pemancaran signal dan bagi router tu bernafas ok!

good luck

3. Rumah besar/banyak dinding/banyak tingkat

Kalau duduk rumah besar, banyak bilik/dinding, 2-3 tingkat, biasanya router pun struggle nak pancarkan signal yang kuat untuk cover semua tempat. Solusi dia ada banyak, tapi paling saya rekemen ialah mesh wifi yang saya ceritakan dalam video ini (klik sini).

kaya duduk rumah besar pun susah beb

4. Banyak sangat device dalam satu wi-fi yang sama

Bayangkan ramai-ramai member datang rumah pasang laptop main dota sesama guna satu line wi-fi yang sama. Pastu semua bising lag. Atau member sebelah asyik download movie, kita punya jadi slow. Kebanyakan router yang kita guna sekarang ni hanya mampu berkomunikasi dengan satu wi-fi device pada satu masa je. Kalau banyak device yang bersambung dengan wi-fi yang sama, dapatlah kita merasa network congestion.

Teknologi baru wi-fi 6 yang selesaikan masalah ni, yang saya cerita dalam video ini (klik sini) masih terlalu baru, tak banyak device yang pakai.

bila banyak kereta - jam. wi-fi pun sama je

5. Network adapter/penerima kat PC korang yang lemah

Kita pakai pakej internet laju tapi komputer korang yang tak laju. Solusi dia, upgrade segala komputer tua kat rumah tu 😂 Belilah wi-fi adapter (wi-fi receiver) yang laju. Contohnya jenis tulis AC1200. Tak kira jenama, beli jenis AC1200 at least, barulah sedap nak guna dengan plan 300Mbps dan boleh guna wifi 5GHz. Barulah laju!

yang lama tu bakor je haha


Ok guys jemput subscribe ke YouTube channel saya dimana saya cover topik kenapa wifi slow di sini;

Comments

Popular posts from this blog

Komputer LAMBAT nak start? Tukarlah pakai SSD!

7 Kamera Vlogging Terbaik untuk YouTube

Boleh ke Bina PC Gaming dengan bajet RM2k? (Ogos 2021)