Jangan biarkan kamera rosak sebab kulat, letak dalam DIY dry box



Tahukah anda kamera korang boleh rosak kalau terbiar tanpa digunakan?

Saya tahu ada antara korang yang beli kamera DSLR atau mirrorless tapi terbiar, pakai sebulan sekali pun belum tentu. Udara di sekeliling kita penuh dengan kelembapan, dari kelembapan ni kulat atau fungus boleh tumbuh kat lens dan kamera kita.

Bila kulat tu tumbuh, dia makan lapisan optical coating lens kita yang penting. Bila coating tu kena makan kulat, lens tu jadi makin tak sharp.

Kulat ni rupa dia macam akar pokok, senang nampak bila kita suluh lampu handphone dalam lens. Bawah ni contoh kulat yang saya maksudkan.

Contoh rupa kulat yang rosakkan lens.

Siapa berisiko kena fungus?
Lens DSLR dan mirrorless ada kaca lens yang besar. Sebab tu fungus suka makan. Kalau kamera kompak atau smartphone tak kisah sangat sebab lens dia kecik.


Camne fungus tumbuh?
Fungus ni suka dua benda; kelembapan dan tempat gelap. Biasanya orang yang biarkan lens atau kamera dalam beg kamera akan kena.


Cara nak elak fungus?
Cari tempat yang boleh keringkan udaranya, dan terang cahaya dia.


Camne cara 'Pros' elak fungus?
Pros yang dah punyai kamera berpuluh ribu, mestilah nak jaga barang dia dari kerosakan akibat kulat yang jahat ni. Jadi mereka beli DRY CABINET iaitu tempat simpanan kamera dan lens bentuk macam peti ais, yang secara automatik akan mengeringkan udara di dalamnya dan membantutkan pertumbuhan kulat.


Takde budget nak beli dry cabinet? Takpe, untuk yang takde budget tu buat DIY pun boleh.

Ikut step kat bawah ni.

1) Cari tupperware kedap udara lutsinar.


- Saya guna tupperware 10 liter, harga lebih kurang RM13.
- Saiz beli ikut kesesuaian berapa banyak barang nak disimpan dalam tu.
- Lutsinar, cahaya UV akan membantutkan pertumbuhan fungus.
- Kedap udara sebab kita nak keringkan udara dalam tu.


2) Drying Agent / Silica Gel


- Beli dari Daiso.
- Tugas dia keringkan udara dalam kotak tu.
- Udara kering pada tahap yang optimum akan bantutkan pertumbuhan fungus.
- Thirsty Hippo? kurang best. makan ruang dalam kotak.


3) Hygrometer


- Beli dari Daiso.
- Meter kecik menunjukkan tahap kelembapan udara.
- Kita nak kekalkan dalam 30-50% relative humidity (RH). terlalu lama rendah sangat nanti getah kering. Sebagai perbandingan biasanya bilik kita di sekitar 70% ke atas.

Gabungkan semua!


"Lens saya dah ada fungus, apa patut saya buat?"
Periksa semua lens. Asingkan lens yang terkena dari lens lain yang belum kena supaya tak berjangkit. Pergi hantar ke pusat servis untuk cuci, atau kalau kos cuci tu lagi mahal dari beli lens lain, beli lens lain je. Lens berfungus tu buat paperweight ke, hadiahkan kat kawan bagi dia cuci dan pakai ke, amboi. Haha.


"Apa cara lain taknak lens kena fungus?"
Jual lens yang korang kurang pakai. Pakai lens satu dua je. Pastikan yang ada tu selalu guna. Kenapa? UV light dalam cahaya matahari membantutkan pertumbuhan fungus. Fungus ni timbul kat lens yang disimpan tak pakai dalam keadaan gelap dan lembap. Lens yang korang selalu guna biasanya takkan kena fungus kalau selalu pakai.

Kat bawah ni saya punya meja, korang boleh tengok saya punya DIY dry box situ.


Terima kasih sebab membaca, semoga posting ni bermanfaat. Kalau bermanfaat, kongsikan blog post ni bagi kawan lain baca juga ya? Terima kasih!

Comments

Popular posts from this blog

Komputer LAMBAT nak start? Tukarlah pakai SSD!

7 Kamera Vlogging Terbaik untuk YouTube

Boleh ke Bina PC Gaming dengan bajet RM2k? (Ogos 2021)