5 Hadiah BIRTHDAY untuk Photographer Bawah RM100


Korang ada kawan photographer yang hari jadi / birthday dia dah dekat?

Harga barang kamera mahal sangat, jadi korang tak tahu nak beli hadiah apa untuk dia?

Jangan risau! Abam Rin akan tolong bagitahu hadiah apa nak bagi bawah budget RM100!

Semua link ini menuju ke kedai-kedai yang trusted dari Lazada. Jadi senang korang nak beli online dengan selamat. Senang, order dan tunggu barang dihantar sampai rumah korang. Simple. Try lah!




1) Kad memori (SD Card)

Kebanyakan kamera zaman sekarang guna kad memori jenis SD Card belah kiri tu. Belah kanan Micro SD Card tu handphone atau drone aje yang guna.

Nak beli kad memori yang mana satu ye? Untuk kegunaan saya, minimum ialah 32GB untuk gambar dan minimum 64GB kalau member tu shoot video full HD.

Btw sila berhati-hati dengan SD Card palsu, sentiasa beli dari Sandisk Official Store atau official distributor sahaja okey? Link di bawah tu semuanya ke Sandisk Official Store.

Ini beberapa kad memori yang saya rekemen,

Kalau dia shoot gambar sahaja + video FULL HD 1080p;
Sandisk Ultra 32GB (klik sini)
Sandisk Ultra 64GB (klik sini)
Sandisk Ultra 128GB (klik sini)

Kalau dia kaki shoot video resolusi 4K:
Sandisk Extreme Pro 64GB (klik sini)

Kalau dia pakai drone:
Sandisk Extreme Pro Micro SD 64GB (klik sini)


2) SD Card Reader

Dah ada kad memori kena lah ada pembacanya. Bahaya pakai card reader jenama cap ayam. Kalau kerosakan berlaku semasa transfer, mau rosak dan hilang semua data gambar kita kat dalam kad memori. Jadi, berilah rakan anda card reader yang berjenama dan reliable seperti di bawah ini.

Untuk dia pakai kat PC / Laptop dengan USB Port;
- Transcend RDF5 USB3.1 Card Reader (Klik sini)

Untuk dia pakai kat Macbook Pro atau Smartphone Android guna Type C;
Transcend RDC2 USB2.0 Type C Card Reader (Klik sini)


3) Tripod untuk VLOGGING

Member korang tu ada teringin nak buat vlog dan jadi YouTuber? Sokonglah impian member anda dengan hadiahkan dia tripod mini yang ramai orang guna untuk vlogging. Nak buat travel photography pakai tripod ni pun senang je.
- Manfrotto Pixi Mini Tripod (klik sini)

Kalau pemurah lagi nak beli tripod mini yang lagi tahan berat (overbudget);
- Manfrotto Pixi Evo Mini Tripod (klik sini)

Kejap ini bukan Eneloop. Siapa curi Eneloop aku?

4) Rechargeable AA Battery

Kalau member tu selalu pakai speeedlight, elakkan lah guna bateri pakai buang. Pakailah bateri yang boleh cas semula. Ramai orang suka bateri Panasonic Eneloop Pro ini sebab tahan lasak dan tahan lama. Ini ada empat bijik;
- Panasonic Eneloop Pro 4x AA (klik sini)

Kalau pemurah lagi nak belikan sekali dengan fast charger (Overbudget);
- Panasonic Eneloop Pro Quick Charger + 4x AA (klik sini)


5) Mouse!

Nak buat editing kat komputer, kita perlukan mouse yang selesa! Biasanya mouse gaming ini direka untuk mengurangkan tangan kita rasa lesu bila guna pada jangka masa yang panjang. (Ehem kalau takde mood nak edit, boleh main game satu dua round dulu ye dak?)

Saiz tangan kecil
- Logitech G102 Prodigy (klik sini)

Saiz tangan sederhana
- Corsair Harpoon RGB (klik sini)

Saiz tangan besar sikit
- Tecware Torque RGB (klik sini)

Dah tahu dah nak beli apa untuk member? Ke teracun nak beli barang ni semua untuk diri sendiri?

Elok lah, Lazada sale pun tak lama lagi. Selamat ber-shopping #DoneRacun

Jemput follow saya di Facebook atau Instagram untuk lebih banyak RACUN!

Comments

Popular posts from this blog

7 Kamera Vlogging Terbaik untuk YouTube

Komputer LAMBAT nak start? Tukarlah pakai SSD!

Boleh ke Bina PC Gaming dengan bajet RM2k? (Ogos 2021)