Kenapa lens Sony MAHAL?

Saya bukan fanboy Sony ok. Cuma orang yang pentingkan logik.

Alkisah diceritakan suatu ketika dulu, aku lepak dengan geng, ada sorang member yang baru berminat nak beli kamera Sony A6000 untuk kegunaan hobi dan travel. Dia tanya pendapat kitorang sebelum dia beli.

Kamera Sony A6000 ni kamera mirrorless yang agak mampu milik. Harga cuma RM2000+ tapi spesifikasi dia setanding kamera DSLR harga RM3000+. (klik sini kalau korang berminat nak beli dari Shopee)

Memang strategi Sony jual kamera murah, supaya ramai orang tertarik untuk jump dari jenama lain ke Sony. Sony jual A6000 tu rasanya dia ambik untung sipi-sipi je tu demi kumpul user dan dapatkan brand awareness dari user.

Ini member lain yang guna Sony A6000

"Sony ni harga G Master dia mengarut. Mahal nak mampus." kata seorang photographer pro dalam group kami.

"Eh yeke?" Member yang nak beli Sony A6000 tu pun dah risau.

Aku memang kenal si tukang komplen kata lens Sony mahal tu, dia seorang pro photographer. Dia pakai Canon 5D Mark III dengan lens Canon EF 24-70mm f/2.8L II USM.

Aku cuma reply, "Sony A6000 tu ada kit lens 16-50 PZ, lens tu ok je. Pakai je kit lens tu. Takyah beli lens banyak-banyak nanti serabut. Duit fokus beli tiket kapal terbang pi travel."

Dia masih risau pasal lens mahal tu. Yelah sebab si komplen tu photographer pro lah pulak, mestilah orang lagi percaya cakap dia dari cakap aku, seorang blogger dan content creator marhein ni.

Aku tambah lagi; "Main kamera ni memang mahal dan keluar duit bro. Melainkan kau main Fixed Deposit ke, ASB Financing ke, itu baru masuk duit hahaha."

Aku tanya balik elok-elok kat si photographer pro; "kau punya Canon 24-70L version II tu kau beli new ke used?"

Dia jawab; "sekehen bro, ada orang nak bersara jual kat aku murah-murah."

Aku pun dah dapat jawapan yang aku mahukan.


Kenapa lens Sony mahal?

Ok mari kita bandingkan harga lens Canon 24-70L version II dengan Sony 24-70 G Master yang dikatakan mahal tu.


Uhh, serupa je.

Sebab lens dua ni sekufu. Harga pun sekufu.

Sama dengan lens-lens lain, kebanyakan lebih kurang je. Kalau ada beza pun kau kena tengok specs list lens tu. Optical glass jenis apa. Coating jenis apa. Focus motor jenis apa. Mesti ada sebab kenapa ada perbezaan harga tu. Melainkan kau buat pening pergi compare lens yang tak sekufu macam compare 24-70mm dengan kit lens 18-55mm. Haha.

Sebenarnya punca kenapa wujud impresi "lens Sony mahal" ni ada dua.

Pertama - USED MARKET.

Canon dah lama dalam market. Ada banyak barang used. Barang terpakai senang nak cari.

Sony masih dikira budak baru dalam market. Kalau nak cari barang used dia ada, tapi tak semudah tak sebelambak macam barang Canon.

Kalau nak beli lens Sony, kemungkinan besar kau kena beli lens brand new.

Jadi apa yang si pro photographer tu cakap ada kebenarannya. Tak salah.

Sebab tu dia dengan mudah boleh beli lens mahal dengan "subsidi" daripada pengguna sebelumnya. Sebab tu dia tak rasa "MAHAL".

Kalau dia nak beli lens Sony, dia kena beli brand new dan kena bayar FULL PRICE.

Kalau dia kena beli lens Canon 24-70L version II dia brand new aku gerenti dia akan bising benda yang sama; "Eh lens Canon red ring mahal nak mampus!"

Cerita ni dah berlaku lama dah. Sekarang ni barang used Sony pun dah makin lama makin berlambak dalam pasaran used. Tapi macam biasa lah - rumor pasal keburukan sesuatu brand akan kekal sampai bila-bila. Macam kes power window Proton, itu cerita dari model Proton Waja tahun 2004, 15 tahun dulu beb. Masalah Cadbury babi pun lagi satu contoh. Sampai sekarang orang momokkan, sedangkan isu lama.

Kedua - JUMP SHIP MEMANG MAHAL

Bayangkan kau dah ada berlambak lens Canon atau Nikon. Nak jump ke Sony, kau kena jual semua lens yang kau ada, berserta susut nilai barang terpakai, pastu beli balik

Tak kira lah kau jump ship ke jenama apa sekalipun. Jual lens dan beli balik ni lah benda yang paling mahal kau kena telan bila jump ship. Simple.


Tapi aku tak setuju dengan si photographer pro tu atas satu sebab.

Brader tu nak pakai kamera Sony A6000 untuk kegunaan hobi je. Apa keperluan dia pakai lens mahal pro grade G Master Carl Zeiss Red Ring? Takde keperluan beb.

Lens Canon red ring ke, G Master ke, Carl Zeiss ke, itu semua dunia pro photographer kau. Budak tu nak main kamera sebagai hobi je. Lain kali bagi nasihat tengok orang jugak.

Tengok gambar budak bawah ni, pakai kamera noob (Canon 600D) tapi pakai lens yang jauh lagi mahal dari harga kamera dia. Tak balance beb. Eh itu aku rupanya. Been there and I advise against this. Melainkan lens sewa/pinjaman.


Secara konklusinya, aku nak tegaskan, tak kira lah kau pakai jenama apa, cuba minimalkan gear.

Dulu aku ada sampai 7 lens. Dari ultra wide sampai telephoto semua aku completekan. Bukannya lagi best, lagi serabut ada nak fikir nak guna lens mana untuk shoot. Last-last jual.

Sekarang aku jadi minimalist. Aku punya Sony ada kit lens 28-70mm dan 50mm f/1.8. Sepanjang masa 50mm lah yang melekat kat kamera tu, lens 50mm lah yang paling kerap aku gunakan.

Kenapa aku guna lens tu je? Lagi lagi lens 50mm tu jenis fixed tak boleh zoom? Sebab nak praktis diri, selesaikan masalah guna kreativiti, bukan pakai duit.

Aku akui memang sekali sekala ada lens ultra wide 10mm atau super telephoto 300mm tu agak useful. Tapi sekali sekala je.

Korang aku galakkan jugak cuba shoot hanya guna satu lens jangan tukar. Lagi-lagi bila lens tu prime lens yang fixed seperti 30mm ke, 35mm ke, 50mm ke.

Aku gerenti skill fotografi korang pun akan meningkat dengan cepat sebab ia paksa korang berfikir pasal macam mana nak susun composition dan framing shot kita - bukannya berfikir lens apa perlu kita tukar/beli selepas ni.

Ingatlah kata-kata keramat ini;

"Sony/Canon/Nikon/ Fuji tak mahal, kita yang miskin."


Setuju?

Jika blog post ini bermanfaat jemput share bagi kawan korang baca.

Tak puas hati ke, nak fight ke, hah mari cari aku kat Instagram.

Comments

  1. Van Schalkwyk MCI, Heetham D, Reeves A, Petticrew M. We should take urgent motion to keep away from an increase in problem gambling and gambling associated harms. A meta-analysis of problem gambling danger elements within the common grownup population. Shriber T. Singapore casinos are closing via May four end result of} coronavirus. And stories point out popular buying and selling platforms added hundreds of thousands of recent accounts within the first 4 months of the year . Like the course of the pandemic itself, the long run} availability of gambling is unknown and unpredictable. This paper critiques evidence so far on the 카지노 사이트 influence on people of those results.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

7 Kamera Vlogging Terbaik untuk YouTube

Komputer LAMBAT nak start? Tukarlah pakai SSD!

Boleh ke Bina PC Gaming dengan bajet RM2k? (Ogos 2021)