JANGAN BELI Samsung S10 / S10 Plus. Beli S10E LAGI BAIK!
Samsung baru je lancarkan tiga model dalam siri S10 baru-baru ini. Kali ni diorang umumkan tiga variant. S10, S10 Plus dan S10E.
Boleh katakan Samsung ni ada tiru strategi Apple jugak lah.
Flagship skrin besar: iPhone XS Max kasi lawan Samsung S10 Plus
Flagship : iPhone XS kasi lawan Samsung S10
Flagship kecik : iPhone XR kasi lawan Samsung S10E
Pada pendapat saya, dalam semua siri Samsung S10 ni, S10E ialah model paling terbaik.
TAK SETUJU KE? HA MARI LAH FIGHT HA MARI
Ini 5 sebab kenapa saya rasa S10E paling best;
1) Skrin kecik senang nak guna sebelah tangan!
Masalah dengan banyak phone zaman sekarang, semua flagship dengan specs yang bagus semua skrin dia makin lama makin membesar. Nak guna sebelah tangan nak menaip guna ibu jari contohnya, makin susah! S10E ada skrin 5.8 inci dengan bezel yang tersangat nipis. Jadi saiz keseluruhan phone ni sangat kompak, gerenti senang nak menaip sebelah tangan macam dulu-dulu.
2) Spec flagship setanding dengan model S10 lain.
Walaupun S10E ni model paling murah antara tiga variant tu (RM 2.699), S10E masih menggunakan processor Snapgradon 855 sama macam geng S10 lain. Dari segi storan, variant paling murah dapat 128GB ROM dan 6GB RAM. Ada lagi satu variant 8GB/256GB kalau nak tapi bagi saya 6GB RAM sudah cukup dah. Kalau nak guna MicroSD card boleh guna slot SIM2. Phone ni jugak masih IP68 rated waterproof. Masih setanding dengan geng S10 lain.
Yang dikurangkan cuma saiz skrin (5.8 inci), kapasiti bateri (3,100mAh), dan in-display ultrasonic fingerprint sensor yang digantikan dengan fingerprint scanner fizikal yang diletakkan kat butang power. Masih flagship.
![]() |
In screen ultrasonic fingerprint reader tak ada, tapi ada kat power button |
3) Skrin rata bukan melengkung
Maaflah Samsung, korang selama ni buat siri S dengan design skrin melengkung kat tepi tu memang lah nampak canggih dan mengagumkan. Tapi saya tak suka skrin melengkung kat tepi tu. Sebab tak suka bila tengok video YouTube contohnya, bahagian atas dan bawah skrin jadi 'distorted'. Samsung buat phone sebenarnya dah best dah, cuma tang skrin melengkung ni je saya kurang berkenan.
Bila saya dapat tahu Samsung Galaxy S10E skrin dia rata dan tidak melengkung, saya memang literally jerit 'YES'!
4) Dua kamera
Kat belakang ada dua kamera; kamera biasa 12 megapixel dan kamera ultra wide 16 megapixel. Model S10 yang lain ada lagi kamera telephoto tambahan. S10E tak ada telephoto tu. Tapi pada pendapat saya kamera ultra wide jauh lagi berguna dari telephoto. Dua kamera kat S10E ni dah cukup sangat dah!
![]() |
Samsung masih mengekalkan headphone jack untuk semua siri S10 yay! |
Ada headphone jack! Boleh guna headphone biasa! Tak perlu berbelanja lebih nak beli Bluetooth earbuds airpod segala bagai tu! YAY!
Setuju tak? Siapa rasa S10E paling best sila angkat tangan!
Tak setuju ke, nak komen ke, nak membawang ke, sunyi perlu rakan ke, anything roger kat insta saya ya!
Comments
Post a Comment