Kenapa Ramai Photographer Malaysia Pakat Jual Canon 6D Diorang?

Hey guys lama dah saya tak update blog.

Dalam blog post kali ni saya nak ceritakan satu kajian tak saintifik yang menarik saya buat sejak bulan ramadan haritu mengenai harga pasaran Canon 6D terpakai. Market terpakai je.

Canon EOS 6D tengah murah sekarang ni.

Harga 6D Jatuh Merudum
Waktu bulan Ramadan sebelum raya haritu saya survey harga Canon 6D, sangat teruk sekitar 2.5k je. Jatuh teruk berbanding harga tahun lalu setinggi 4k keatas.

Harga masa bulan ramadan haritu.

Apa puncanya krisis harga ni?
Malaysia baru. Hahaha. Dulu boleh katakan sangat ramai wedding photographer di Malaysia ni guna kamera Canon 6D. Bila kerajaan umumkan GST 0% ramai ambil kesempatan upgrade ke kamera lagi power macam 5D Mark IV, ataupun jump ke Nikon D750 atau Sony A7III.

Maka ramai ramai jual Canon 6D, jadi lambakan dalam pasaran. Bila oversupply, orang akan turunkan harga untuk jadi lebih kompetitif aka jual dengan cepat. Maka jadilah Canon 6D harga murah campak sungai macam kita perhatikan masa bulan ramadan haritu.

Kenapa Rin kata campak sungai?
Sebab harga tu patutnya harga Canon 5D Mark II, kamera yang jauh lagi tua dari Canon 6D. Yelah dari 4k ke 2.5k tak ke jauh sangat tu bezanya? Buang harga betul haha.

Apa special sangat 6D ni?
Well, ramai wedding photographer cuma perlukan kamera full frame yang ada basic essentials sahaja. Sebab wedding di Malaysia tak begitu demanding pun sebenarnya.

1. Nak DSLR full frame yang kecil dan ringan.
2. Boleh naik ISO tinggi bila indoor.
3. Ada AF system yang basic, takpe bukannya pengantin berlari balapan 100 meter pon.
4. Boleh transfer gambar guna wifi ke smartphone untuk live update di media sosial.
5. Guna SD Card yang jauh lebih murah per GB berbanding CF card.

Canon 6D best nak buat job wedding, travel pun.

Macam minat pulak 6D. Sekarang masih murah lagi ke?
Boleh tahan la. Saya perhatikan semasa blog post ini ditulis iaitu pada hujung bulan Aidilfitri, harga Canon 6D sudah pulih sikit kat sekitar 3.1k. Tak semurah campak sungai macam dulu.

Kalau diorang pakat jual 6D, mesti 6D tak bagus?
Eh bagus je. Biarlah pros tu upgrade kamera mahal-mahal yang lagi power. Kita hobbyist dan geng baru nak up ni sambar la apa yang diorang jual murah. Ini peluang baik untuk crop sensor Canon user nak upgrade ke full frame tanpa berbelanja banyak hahaha.

Apa prediction masa depan?
Saya jangkakan harga Canon 6D akan pulih lagi selepas SST dikuatkuasakan September ini. Selain tu ia akan mengukuh lagi bila tiba musim kahwin iaitu bulan November dan Disember, di mana wedding photographer yang guna crop camera ada banyak job dan ada bajet untuk upgrade full frame.

So, siapa takmau sebat 6D sebijik sekarang akan rugi imho.

Nanti hujung tahun toksah komplen kat saya kamera full frame mahal. Wa sudah bagitahu awal-awal okey haha.

Ok share blog post ni bagi member yang nak upgrade full frame tu. Apa-apa roger kat instagram.


A post shared by Adzrin Mansor (@rinmansor) on


Comments

Popular posts from this blog

7 Kamera Vlogging Terbaik untuk YouTube

Komputer LAMBAT nak start? Tukarlah pakai SSD!

Boleh ke Bina PC Gaming dengan bajet RM2k? (Ogos 2021)