Pre-Built vs Custom vs Self-Built PC. Mana Paling Bagus?
Hey guys! Adzrin Mansor is back!
Selepas saya tulis 4 tips elak ditipu masa beli barang komputer dari Lazada, ada member mesej tanya soalan yang agak bagus. Soalannya begini;
"Rin, saya nak beli PC jugak. Tapi saya masih fikir-fikir lagi sama ada nak beli yang pre-built atau custom build sendiri..."
Kalau kita nak komputer kita ada tiga pilihan.
1) Pre-built PC.
2) Custom Build PC.
3) Self build PC.
2) Custom Build PC.
3) Self build PC.
JADI YANG MANA PALING BAGUS? jom kita kupas satu persatu.
1) Pre-Built PC.
Contoh pre-built PC |
Maksudnya kita beli komputer yang sudah siap dipasang di kilang, biasanya oleh jenama besar contohnya Dell, HP, Acer, Lenovo, etc, sama macam kita beli laptop.
Kelebihan:
1. PC yang sudah siap pasang kat kilang ni ialah, dia bagus untuk konsumer biasa yang tak tahu sangat pasal komputer dan nak komputer yang beli terus boleh guna.
2. Kita dapat manufacturer punya warranty dan after sales service yang tip top!
2. Kita dapat manufacturer punya warranty dan after sales service yang tip top!
Sebagai contoh. Saya beli desktop pre-built jenama Dell dari website Dell Malaysia. Tapi ada problem pulak. Desktop kan besar dan berat. Susah nak bawak ke pusat servis. Takpe, saya cuma telefon after sales service Dell dan Dell akan hantarkan seorang technician ke rumah saya untuk periksa dan baiki kerosakan tu. Kalau warranty masih utuh, dia repair free of charge. Plus, saya tak perlu keluar rumah pun! Dell yang datang rumah saya! Komputer jenis pre-built dari jenama besar biasanya mahal sikit tapi ramai office, corporate clients, dan juga konsumer biasa macam saya suka jenama besar seperti Dell sebab kita bayar servis yang top begini!
3. Boleh dapat pelepasan cukai! Saya diberitahu kita boleh dapatkan pelepasan cukai pendapatan sehingga RM2,500 untuk pembelian komputer peribadi masa buat e-Filing LHDN. Cashback yay!
Kelemahan:
1. Kos, seperti mana dibincangkan di atas kita bayar lebih sikit untuk dapat warranty. Specs tu kalau bina custom kat luar boleh dapat specs yang lagi best.
2. Enthusiasts yang pandai pasal komputer kurang suka dengan pre-built PC sebab tak boleh diusik. Sesetengah komputer dilengkapi dengan sensor/pelekat yang bagitahu technician PC tu dah pernah dibuka ke tidak. Kalau technician tu dapat tahu PC tu dah diusik isi perutnya, warranty terus dikira batal. Jadi susah nak upgrade guna PC ni.

3. Kita tak belajar apa-apa. Yelah kita tunjuk je komputer apa nak, terus dapat. Tak tambah ilmu langsung.
2) Custom Build PC
![]() |
"Boss, bagi spec ni, yang lain follow. OK?" |
Maksudnya kita pergi ke kedai komputer contohnya kat Lowyat, atau Ideal Tech, kita cakap kita nak spec sekian-sekian, dengan budget sekian-sekian. Diorang pun bina kan custom untuk kita. Kita tunjuk je, orang tu binakan untuk kita.
Kelebihan:
1. Enthusiasts dapat tentukan parts apa yang masuk dalam komputer diorang sebab bina custom. Boleh dapatkan performance terbaik.
2. Dapat khidmat nasihat pakar. Kat kedai komputer sana ada ramai staff yang boleh bagi kita nasihat barang apa yang masuk dengan barang mana. Kuranglah risiko tersilap beli parts.
3. Masih dapat warranty! Contohnya, saya order komputer custom build full set dari Ideal Tech. Apa-apa hal saya boleh bawak desktop tu ke kedai diorang dan diorang yang akan cari apa yang rosak dan repair kerosakan tu. Tak sehebat technician datang rumah tapi masih ada pakar boleh tolong.
4. Pun boleh dapat perlepasan cukai! Sama macam kat atas tadi, kita boleh mohon pelepasan cukai pendapatan sehingga RM2,500 untuk pembelian komputer peribadi masa buat e-Filing LHDN. Sebab kita beli PC dari satu kedai je, semua computer parts dari A sampai Z dalam satu resit - jadi ia dikira satu komputer siap. Kita masih boleh mohon perlepasan cukai tu. (Berdasarkan apa yang saya diberitahu, kalau silap mohon betulkan ye!)

5. Orang yang tak tahu banyak pasal komputer pun masih boleh dapat nasihat pakar kat kedai komputer.
Kelemahan:
1. Stock. Satu kedai bukannya ada jual semua benda. Kalau ada barang yang kita nak tapi kedai tu tak jual, kita kena pergi cari sendiri kat kedai lain.
Kelemahan:
1. Stock. Satu kedai bukannya ada jual semua benda. Kalau ada barang yang kita nak tapi kedai tu tak jual, kita kena pergi cari sendiri kat kedai lain.
2. Kena bayar upah pasang. Biasanya kedai akan campurkan upah pasang dalam harga barangan supaya boleh bagi upah pasang free. Jadi kita bayar lebih sikit untuk upah pasang tu.
3. Sama macam di atas, kita mungkin boleh belajar sikit-sikit pasal apa yang masuk dengan yang mana melalui perbualan dengan staff kedai komputer tu. Tapi bila pemasangan staff tu yang pasangkan, kita tak dapat belajar ilmu cara pasang dan bina komputer tu.
3) Self-Built PC
3) Self-Built PC
![]() |
Parts yang saya beli untuk bina PC sendiri. |
Maksudnya kita sendiri yang kena rancang parts apa nak beli. Kita sendiri kena pergi beli parts, dan kita sendiri yang pasang komputer kita sendiri. Contohnya, beli parts kat Lazada lah, Lelong lah, eBay lah, bila barang sampai kita pasang sendiri. Haritu saya buat macam ni.
Kelebihan:
1. Kita sendiri dapat tentukan 100% apa parts yang kita nak dalam PC kita. Enthusiasts suka.
2. Sebab kita yang plan build, kita yang beli, dan kita yang pasang. Jadi kita boleh belajar dari A sampai Z pasal komputer parts sampailah cara nak pasang. Saya memilih untuk bina sendiri sebab tujuan utama saya ialah nak belajar pasal komputer!
![]() |
Gambar masa baru separuh siap pasang. Saya pilih untuk bina sendiri sebab tujuan utama ialah nak belajar pasal komputer. |
3. Dari segi kos, kalau kita memang dah pakar, kita boleh jimat banyak sebab tak perlu bayar upah pemasangan. Kita sendiri yang pasang kan.
Kelemahan:
1. Memerlukan banyak pengetahuan pasal komputer. Saya habiskan hampir sebulan hanya untuk research dan order semua parts ini. Penat beb.
2. Tak ada warranty. Kalau ada barang rosak, kita sendiri kena cari apa yang rosak dan repair.
3. Risiko untuk buat silap itu tinggi.
Ini kesilapan saya masa build PC saya;
- Saya beli processor Intel Core i7-8700 (versi bukan K/unlocked). Mula-mula pasang intel stock cooler. Lepas tu angkat aftermarket cooler yang lagi besar dan lagi power iaitu Cryorig M9i. Dah pasang yang tu member pulak cakap. Kau tak overclock pun, pakai stock cooler pun sebenarnya cukup je. Ah sudah malas nak tukar balik biarkan jelah.
- Motherboard saya jenis Z370 yang support overclocking dan mahal harganya. Tapi saya tak nak overclock pun, sebab tu beli processor i7-8700 versi tidak unlocked. Ini kesilapan masa planning lagi. Kalau pergi mintak nasihat pakar kat kedai, mungkin boleh dapatkan motherboard yang murah sikit sesuai dengan processor tanpa perlu overclocking. Boleh jimat duit sikit.

- Saya diberitahu power supply jenis Cooler Master V550S ni tak begitu tahan lama dan 550W mungkin tak cukup power kalau nak tambah GPU high end di masa hadapan.
![]() |
Takpelah, fikir positif... |
Takpelah, bila fikir positif. Dari kesilapan lah kita belajar ye dak?
Ok pada pendapat korang, antara tiga pilihan tu semua yang mana paling bagus? Share kat member korang yang lain.
Apa-apa roger kat Facebook...
Comments
Post a Comment