10 Kesilapan Aku Sepanjang 7 Tahun Berblogging

Dalam blog post yang lepas, aku tulis 5 kesilapan photographer amatur. Hari ni aku nak tulis 10 kesilapan aku pulak semasa berblogging.

1) Blog aku bukan lagi pasal diri aku.

Aku mula berblogging sejak tahun 2010. Pada masa itu aku tulis blog dalam Bahasa Inggeris. Aku banyak tulis esei panjang pasal pengalaman travel merata tempat dan pengalaman hidup aku sendiri.

Ramai member aku yang bukan Melayu suka baca. Pada hujung tahun 2011, aku mula berminat kepada fotografi. Jadi pada masa ini aku banyak membaca artikel di internet pasal fotografi. Aku tuliskan semula apa yang aku baru belajar kat dalam blog. Supaya segala teori dan ilmu pengetahuan tu lekat dalam kepala.

Pada masa ini semua penulisan aku masih lagi dalam Bahasa Inggeris. Siapa yang follow aku dari zaman Aperture Kinetics, dan kemudiannya ditukar jadi APKINS tahu lah ni semua.

Tapi ramai member Melayu bagi cadangan, blog fotografi dalam Bahasa Inggeris dah banyak dah ada, apa jadi kalau aku tulis dalam Bahasa Melayu supaya ramai orang Melayu boleh dapat manfaat dari penulisan aku. Yelah bukan ramai orang Melayu yang rajin nak baca benda ilmiah dalam Bahasa Inggeris. Aku fikir, benda apa yang aku baru belajar, aku kongsikan kat blog, boleh dapat pahala.

Blog aku bukan lagi pasal aku. Bukan lagi pasal hidup aku. Blog aku adalah artikel yang penuh informasi benda yang aku baru belajar. Lama aku tulis tips itu dan ini pasal kamera. Penuh informasi.

Apa itu aperture, apa itu shutter speed. Apa itu metering. Apa itu back button focusing. Benda asas yang simple tapi tak ramai yang share. Makin banyak aku share, makin bertambah jumlah orang yang follow aku. Pada aku, orang follow aku sebab aku beri manfaat kepada mereka. Ini benda yang baik.

Memanglah dulu aku rasa aku buat ni semua demi pahala menyebarkan ilmu. Tapi rupanya ini satu kesilapan besar. Kenapa? Sebab point nombor 2.

2) Ramai ambil manfaat ilmu dari aku, tapi takde siapa kisah pasal aku.

Baru-baru ini blog post aku dilanda kontroversi akibat silap faham dan fitnah oleh beberapa individu (akan dikupaskan kemudian di bawah). Aku perhatikanlah. Masa tu ada yang salah faham pasal isu kecil, tapi jadi besar oleh netizen yang tak tahu cerita sebenar tapi nak masuk campur.

Aku tak kisah pasal beberapa individu yang memang benci aku secara terang-terangan nak fitnah aku. Tapi paling sakit ialah bila follower yang dulu banyak membaca dan menerima manfaat dari aku. Follower yang aku kenal, yang dulu tanya soalan apa-apa aku pun luangkan masa untuk jawab dan bersembang dengan mereka. Sakit menusuk datang bila mereka pun mengutuk aku. Serious aku down.

Aku kecewa. Terasa selama ni aku menaip, kongsi informasi, luangkan masa, semua tu untuk apa? Diorang bukan kisah pasal aku pun. Bila aku diserang aku tengok jelah mereka berpaling tadah mengutuk aku balik.

"Pandai teori je dia ni."
"Blog pun google translate."
"Gila glamour."


Tapi aku ucapkan terima kasih sebab masih ramai yang bagi sokongan secara dalam inbox, semua tu. Terima kasih sangat. Aku hargai korang tak support secara public sebab kalau korang cuba, korang jugak yang kena serang sekali. Takpe. Sokongan masih sokongan. Terima kasih.

3) Buka group BINCANG THREAD adalah lagi satu kesilapan terbesar.

Pada masa tu aku dan seorang lagi fellow blogger fotografi Ejad Fotopoyo, nak buka satu ruang bicara mengenai kamera dan fotografi. Di sinilah tempat dimana orang boleh berbincang dan bertukar ilmu pengetahuan dengan bebas. Namun ternyata ini semua satu kesilapan.

Kat page, follower semua follow seseorang page admin. Ramai orang ada di situ sebab nak respon kepada admin. Namun dalam group, semua orang boleh post. Ini benda bagus sebab bagi peluang orang lain nak berkongsi. Tapi masalahnya, ada sesetengah individu datang 'berkongsi' ilmu yang sesat.

"Pakai JPEG SOOC barulah hebat! RAW ni untuk orang malas nak jaga exposure dan white balance!" (Kitorang guna teknik expose for highlights, recover the shadows, sebab raw memang banyak data. White balance pun boleh set kemudian. Macam ada insurans pakai RAW ni.)
"Kalau korang format kad memori, nanti kalau corrupt susah nak recover. Jadi jangan format kad memori anda. Kerana saya ada offer servis recover data kad memori." (WTF, regularly format akan refresh FAT data table, mencegah insiden kad memori corrupt)

"Kalau pakai lens khas dibuat untuk crop sensor contohnya kit lens 18-55mm, kita tak akan terkesan dengan crop factor." (18mm kat kit lens dengan 18mm kat full frame punyalah jauh bezanya. Selagi kau pakai sensor crop, selagi tu lah crop factor applies. Bila admins cuba nak betulkan 'ilmu' yang diorang 'kongsikan' ini, diorang ajak settle kat luar la, nak buat field test la bagai).

4) Admin lain yang ban, aku yang dapat nama.

Dalam group tu admin ada ramai. Masa pergaduhan pasal isu lens crop sensor, admin lain yang bergaduh. Aku satu pun tak masuk campur sebab aku sibuk dengan hal kerja hakiki aku.
Tau-tau admin lain mesej aku, kata dah bergaduh teruk pasal isu crop factor siap diorang ajak berjumpa gaduh kat luar lagi. Aku mula tak tahu pasal pergaduhan ni. Diorang mesej baru aku tahu pasal tu.

Aku baca la apa yang diorang (geng field test kitorang gelarkan). Bahasa yang digunakan masa mereka menulis memang kurang ajar la. Sudah over tu. Aku nasihatkan admin lain, kalau dah teruk sangat ban je. Maka diorang pun ban.

Tapi bila aku berinteraksi dengan orang di group lain atau dalam group wasap, orang blame aku. Gelar aku kaki ban. Group BINCANG THREAD itu dikatakan hak mutlak aku sedangkan realitinya group itu milik admin yang ada ramai dan yang bergaduh serta ban tu semua admin lain.

Aku punya stail, aku ban sekejap bagi dia merasa je. Dalam sebulan lepas tu aku clearkan balik blocklist. Tapi aku masih rasa wajar mereka diban sebab dah tua bangka besar panjang pun nak ajak bergaduh kat luar macam budak sekolah tingkatan 2.

5) Pengetahuan aku terhad kepada Canon dan Sony sahaja.

Dalam group BINCANG THREAD hampir setiap hari aku kongsikan gambar, informasi, dan tips mengikut apa yang aku guna. Oleh sebab aku pakai kamera jenama Canon dan Sony, memang aku tahu cerita pasal fungsi dan teknik guna kamera ni lah. Logik lah kan?

Tapi selepas beberapa lama, muncul lah seorang mamat ni, kita panggil 'mamat' (bukan nama sebenar).

Mula-mula dia komplen aku asyik cerita pasal Sony dan Canon. Mula dia komplen biasa je. Aku layan gitu-gitu je. Biasanya setiap kali orang komplen aku akan jawab;

"Aku tak tahu nak cerita pasal Nikon sebab tak pakai Nikon. Nak aku cerita pasal Nikon, belikan aku Nikon sebiji. Nanti boleh la cerita Nikon."

Aku kan post setiap hari. Makin lama makin membuak kebencian dia terhadap Sony. Asyik Nikon Nikon Nikon dia bising kat ruangan komen posting aku. Dia tak post apa-apa posting lain. Kat ruangan komen posting aku jugak dia memekak. Dia selalu komen kesian kat aku sebab kononnya nak perhatian, dia komen aku ni gila glamour. Tapi dia sendiri mengaku dia bukannya bui Nikon sangat pun, dia sengaja komen begitu sebab dia sengaja nak kacau aku je. Mungkin itu cara dia nak berkawan dan dapatkan perhatian atau respon dari aku yang pada matanya dah sangat femes kononnya. Kesian dia.

Aku dengan sukacitanya ban dia. Dia lah satu-satunya individu yang aku pernah ban dari group dan page aku. Tapi macam biasa la. Aku ban sekejap je. Lepas tu aku unban balik. Tapi la ni aku block balik hahaha.

Lawaknya, haritu dia posing dengan kamera Sony A6000, kata kat member dia suka kamera tu. Semoga kau berbahagia dengan kamera apa pun yang kau pakai. Yang penting kita happy. Mamat ni lawak je. Takde bahaya sangat. Tapi ada lagi seorang pakcik tua ni lagi bahaya.

6) Terlayan kerenah pakcik tua.

Dalam group BINCANG THREAD tu ada lagi kes pada masa dulu. Kali ni pasal JPEG dan RAW. Ramai dah pernah shoot dalam JPEG. Tapi ramai tak pernah lagi cuba shoot guna RAW. File format RAW ni simpan lebih banyak data jadi dia lagi bagus untuk editing. Jadi aku suka galakkan orang lain untuk cuba shoot dalam format RAW.

Tapi ada seorang pakcik tua ni seorang pengguna kamera jenama F. Kamera jenama F memang best sebab dia hasilkan JPEG paling cantik sebab dalam kamera dia dah ada filter ala VSCO yang tiru filem. Kalau pakai RAW lagi best sebab satu file RAW tu kalau buka kat editing suite jenama F kat komputer kita boleh ubah lagi tukar filter lain. Lagi best lah kan?

Tapi tidak. Pakcik ni sangat anti dengan RAW. Bukan ada apa salah kat RAW tu. Rasanya lah, dia ego, dia tak suka budak muda tahu lagi banyak dari dia. Jadi dia pertahankan JPEG sampai mati. Again, masalahnya kalau nak promote kelebihan shoot JPEG pun, bukak la post baru. Group tu semua orang boleh post. Tapi tidakkk, sama macam orang sebelumnya, dalam setiap ruangan komen post aku jer dia nak memekik dan melolong.

Sampai masa aku fed up dengan group BINCANG THREAD. Pada masa itu aku tekad nak tutup group for good dan kembali fokus ke page. Group patutnya memberi peluang orang untuk bersuara. Tapi individu ni rosakkan segalanya buat aku. Memang aku nekad dah nak tutup. Tapi admin lain macam tahan la, jangan la. Gitu.

Lepas tu pakcik tua ni pun keluar dari group secara sukarela. Aman hidup aku. Tapi hanya untuk beberapa bulan sahaja... Dendam kesumat dia masih simpan... Dendam dia macam aku bawak lari anak perempuan dia punya tahap dendam...

7) Siapa aku untuk nasihatkan mereka?

Bulan lepas aku berkerjasama dengan seorang photography trainer untuk hebahkan kelas yang beliau anjurkan. Aku hebahkan kelas beliau kepada following aku yang ada 20,000 tu dengan tukaran barter satu spot untuk aku sebagai peserta dalam kelas tu. Sounds like a good deal right? Orang lain caj upah duit mahal-mahal. Aku minta tiket satu untuk jadi peserta je.

Aku tulis blog post yang bertajuk 5 kesilapan besar photographer amatur. Salah satu kesilapan yang aku tulis ialah 'tak mahu shoot RAW'. Kesilapan dia ialah keengganan untuk mencuba RAW. Dan sudah semestinya, Malaysia ini bumi JPEG. Ada yang tak puas hati dengan statement aku. Dan mula menyerang aku. Dengan penuh egois; Siapa dia nak beri nasihat pasal fotografi kat aku? Aku lagi power dari dia. Apsal dia ni famous? Gila glamour?

Oh. Bila aku baca lagi, dia baca posting aku lompat-lompat, dalam keadaan marah dan penuh ego serta defensif - dalam kelas fotografi yang aku hebahkan itu, ADA YANG MENGECAM KERANA INGAT AKU YANG AKAN MENGAJAR.

Realitinya aku pergi sana sebagai peserta je. Itu satu. Sikap ego siapa kau nak bagi nasihat kat aku, aku lagi power dari kau, itu dari sifat riak je semua tu pun menambah perisa jugak.

8) Sebab ramai orang tak kenal aku siapa, jadi aku senang-senang je difitnah pakcik tua.

Ramai orang tak tahu aku ni bukanlah orang yang serious sangat. Sejak aku masa mula berblogging dulu pun aku dah menguruskan facebook page berunsur satire yang besar. Sekarang aku dengan social media company yang lagi besar dengan video production house. Tapi itu tak penting. Aku tak boleh riak sebab syarikat kecik je pon. Yang penting ramai orang tak kenal aku ni macam mana orangnya, diorang tak tahu yang aku ni suka buat satire dan troll.

Siapa pernah tengok movie Rock Ooo pernah dengar ayat: tiga perkara yang merosakkan negara: rasuah, tidak menepati masa dan chinggey.

Berdasarkan joke itu, aku buat joke begini;
Ada tiga perkara yang photographer Melayu takutkan; shoot raw, customer mintak diskaun, dan shutter count.

Kalau orang yang minda bersih, hati bersih, minda terbuka, baca takde apa pun. Photographer melayu tu merujuk kepada golongan. Memang betul pun. Melayu je takut RAW. Photographer luar negara dalam group VSCO FILM USERS lagi banyak tekankan kepentingan shoot RAW. Penulisan aku pasal shoot RAW tu pun adalah nasihat biasa. Google search 'photographer mistake raw' mesti keluar banyak artikel yang bagi nasihat 100% sama dengan nasihat aku. Takde apa pun.

Tapi orang yang dah memang ego. Orang dah memang tertutup enggan menerima ilmu, kerana ego, siapa aku untuk mengetahui lagi banyak dari dia, jadi-apa yang aku cakap pun disalahertikan jadi kononnya perkauman.

Pakcik tua dengan lajunya mengambil jari jemarinya untuk menabur fitnah kata kononnya, aku kata, 'Melayu Bodoh' sedangkan aku langsung tak taip begitu pun.

Boleh tengok dalam blog post aku 20 Perkara Anda Perlu Tahu Mengenai Shutter Count. Memang takde aku taip. Tapi sebab fitnah ini, ramai netizen yang tak tahu hal sebenar nak masuk campur kononnya aku bersifat perkauman dan menyerang aku. 

Bila masa netizen menyerang aku atas dakwaan yang tidak benar, aku tengok jelah sesetengah follower aku sendiri berseronok bersama-sama menyerang aku. Ini semua buat aku tersedar betapa ramainya yang dulu join in ambil faedah perbincangan ilmiah aku dulu, begitu senang berpaling dan baling batu kat aku, kerana nak berseronok dengan member diorang.

Takpe. Sikit je aku kena tu. Sekejap je lepas tu semua orang beralih arah nak mengecam Neelofa sebab buat event launch tudung kat Zouk. Neelofa lagi teruk kena hentam sebab dia lagi famous.

Takpe juga, aku masih ada ramai lagi yang menyokong aku. Apa aku tulis pun lepas ni aku tulis demi diri aku dan orang yang masih lagi menyokong aku. Siapa tak suka, sila bukak blog sendiri. Nak field test crop factor ke, format kad ke, sembah JPEG ke, dipersilakan buka dan buat kat blog korang sendiri. Internet ni takde siapa pun conquer.

9) Jangan berharap kat sifu otai ni semua (termasuk aku, jangan anggap aku sifu ke apa. Aku cuma suka menaip).

Dulu aku pernah tulis blog, jangan rasa rendah diri beli kamera murah-murah entry level. Ada banyak kelebihan kamera murah, sekian-sekian. Ada sorang mamat ni entah kenapa trigger terlebih kutuk aku. Habistu pros beli kamera mahal untuk apa? Maki maki. Bila masa aku tulis blog untuk pros macam kau baca siot? Target market blog aku ni siapa? Ask yourself.

Pada masa tu aku tengok je sifu yang dulu aku hormati pun ikut sekali member dia hentam aku. Aku tak respon apa-apa. That was the right thing to do.

Menariknya dalam pada masa aku dihentam oleh netizen pasal isu raw ni, ada seorang sifu lama ni kembali muncul. Dulu masa aku baru belajar fotografi aku ada follow dia. Ada lah cuba approach dia, Tanya soalan kat dia. Dia layan tak layan je soalan aku setiap kali aku approach. Bila dah selalu kena 'seen' aku faham la dan akhirnya aku undur diri.

Dulu taknak layan aku. Sekarang tiba-tiba muncul hanya untuk make fun dan kacau aku di ruangan komen page aku. Hide comment jelah. Tak perlu aku layan dia ni.

Secara jujurnya, dia ni lah sebab kenapa aku cuba jugak luangkan masa layan setiap orang yang mesej aku sampai sekarang. So kepada korang, tolong jangan anggap aku sifu ke apa. Anggap aku macam member korang yang suka menaip dan berkongsi idea je. Member kan kadang-kadang ada. Kalau takde pun tak apa. Jangan bergantung kat orang lain. Kalau kita nak sesuatu, kita sendiri pergi kejar ok?

10) Aku perlu berhenti respon kepada netizen.

Inilah kesilapan aku yang aku akan baiki. Lepas ni aku perlu fokus kepada blog dan page aku sendiri. Aku tak boleh respon terlalu banyak dalam ruangan komen dalam groups sebab di sana, apa-apa yang negatif mempunyai impak yang besar. Sebab groups memang tujuan utama dia ialah ruangan komen. Kalau aku aktif kat sana pun, faedahnya dapat kat group tu ada ahli aktif macam aku. Bukannya faedah tu datang kat blog aku. Tidak.

Kalau ada yang cuba mengacau, lepas ni aku perlu nasihatkan diri aku supaya tak respon. Aku akan kekal dengan blog aku jugak. Nak jawapan? Nanti aku jawab dalam penulisan kat blog. Simple.

Lepas ni, aku focus kat blog ni, Facebook page aku dan Instagram stories aku yang makin lama makin membesar dengan sihat.

Mari kenali siapa diri aku dulu.


A post shared by Adzrin Mansor (@adzrinmansor) on

Comments

Popular posts from this blog

7 Kamera Vlogging Terbaik untuk YouTube

Komputer LAMBAT nak start? Tukarlah pakai SSD!

Boleh ke Bina PC Gaming dengan bajet RM2k? (Ogos 2021)