Bagaimana Saya Belajar Fotografi Perkahwinan Tanpa Masuk Kelas
Penulisan ini dikongsikan oleh Saufa Che Mat, seorang jurufoto perkahwinan yang berpengkalan di Pasir Putih, Kelantan. Disunting oleh Adzrin Mansor.
Ini cerita pada tahun 2016 lalu, pada masa itu saya memang 'zero' dalam fotografi. Buta pasal semua benda pasal ISO shutter speed aperture semua tu, memang tak ada pengetahuan asas langsung. Minat untuk belajar fotografi memang sudah lama ada dalam diri ini. Nak belajar macam mana?
Macam biasa, orang akan galakkan kita untuk masuk belajar kat kelas. Tapi kebanyakan kelas fotografi di pantai timur ini berbayar. Atas kekangan bajet, saya tak dapat sertai kelas.
Pada Disember 2016 saya mengambil keputusan untuk melaburkan simpanan saya untuk membeli kamera. Tapi kamera apa yang berbaloi nak beli? Kamera jenis apa yang patut saya beli? Fikir punya fikir, buat perbandingan kamera itu dan ini, akhirnya saya beli Sony A6000 secara online. Seminggu selepas order, kamera tu sampai.
Ini apa yang saya buat untuk belajar fotografi;
1. Perkara pertama yang saya buat untuk belajar fotografi ialah sertai outing yang dianjurkan oleh group fotografi KB. Mula-mula tu snap memang main belasah je. Memang masa tu shoot guna mode Auto lah. Sambil tu cuba lah godek-godek cara nak guna kamera. Pada masa yang sama cuba mintak tunjuk ajar rakan jurufoto lain macam mana cara nak setting guna manual mode - set aperture, ISO dan shutter speed. Ambil masa 3 hari jugak nak faham.
2. Seterusnya, saya juga rajinkan diri untuk rujuk kepada mahaguru Google dan Youtube untuk baca lagi mengenai teknik shoot dan teknik editing. Ada banyak website, blog dan video tutorial di internet yang kita boleh belajar secara percuma. Penulisan khas pasal Sony A6000 pun ada banyak. Kita cuma perlu usaha untuk cari dan baca je.
3. Selain itu saya juga rajinkan diri untuk selalu shoot. Mesti rajin praktis. Kalau boleh setiap hari shoot supaya kita sentiasa cuba benda baru atau mantapkan lagi teknik lama kita ada. Paling tidak pun selang sehari dua je rehat tak shoot. Mesti keluar shoot selalu!
Setahun telah berlalu sejak pertama kali saya beli kamera Sony A6000 ini untuk belajar fotografi. Kini saya sudah berani untuk berhenti dari tempat kerja saya sebelum ini, untuk fokus kerjaya sebagai jurufoto sepenuh masa.
Sampai sekarang pun saya masih lagi dalam proses belajar fotografi. Belajar fotografi ikut kelas berbayar ni tak salah pun. Sebenarnya kalau ada panduan guru lagi bagus. Ia ibarat melancong guna pemandu pelancong, kita jimat masa mencari, apa-apa nak tahu boleh terus tanya kat pemandu pelancong. Bagus ada orang yang berikan panduan kalau kita ada bajet.
Belajar fotografi melalui trial and error ini macam pergi melancong backpacker. Kita sendiri kena cari jalan berpandukan peta sendiri. Cara trial and error ini sudah tentu makan lebih masa mencari sikit, oleh itu kesabaran dan semangat tak boleh cepat putus asa itu sangat penting.
Kenapa Sony A6000 menjadi pilihan?
1. Sony A6000 bersaiz kecil dan ringan, mudah nak dibawa merata. Saya bawa A6000 dengan kit lens 16-50mm, lens 50mm, flash dan bateri 3 biji. Ringan! Kenapa perlu berat-berat? Nak angkat berat bina otot boleh pergi gym. Memang ada terasa sedara mara pengantin yang guna DSLR pandang semacam kat kita, alahai mamat ni pakai kamera kecik, lens kecik. Lantak lah asalkan output bagus dan kita selesa pakai.
2. Kamera Sony A6000 ni punya output pun ok. ISO push sampai 1000 pun belum ada noise. Kalau indoor tambah lagi cahaya guna external flash/speedlight. Biasanya saya set ISO dalam range 200-800 je sebab guna speedlight.
3. Semua features yang ada kat Sony A6000 ni sangat memadai untuk kegunaan pro sekalipun. Kalau tak percaya boleh tengok Jason Lanier shoot wedding pakai Sony A6000 di youtube.
4. Skrin live-view kat Sony A6000 ini mudah nak digunakan. Masa kita ubah setting ISO, aperture dan shutter speed, kita boleh terus tengok preview kat skrin macam mana hasil gambar kita akan keluar sebelum tekan butang shutter lagi. (Mohon jangan kecam) Boleh katakan 99.9% kali saya guna skrin. Sangat mudah nak guna, bagi budak pun boleh pakai.
5. Skrin kat kamera A6000 ini pun jenis flip screen, maksudnya kita boleh sengetkan skrin tu ke atas atau ke bawah. Senang nak ambil gambar low angle atau high angle, tak perlu nak baring atas lantai. Tak banyak DSLR yang ada fungsi ni.
Kit apa yang saya guna?
Ini kit saya:
1. Kamera: Sony A6000 dan Kit Lens 16-50mm (tengah sale sekarang tau!)
2. Bateri: NP-FW50 untuk Sony A6000
3. Kad memori: Sony 16GB
4. Lens: Sony E-Mount 50mm f/1.8
5. Speedlight: Godox TT600
6. Trigger: Godox X1T-S
(Semua link di atas menuju ke Lazada, mana tahu kalau korang minat nak beli Sony A6000 jugak. Jangan risau Lazada harga terbaik tu. #DoneRacun)
Tuan Saufa Che Mat boleh dihubungi melalui Instagram beliau.
Jemput share blog post ini bagi kawan lain baca! Jika anda berminat untuk berkongsi penulisan anda kepada saya atau inginkan lebih banyak blog post seperti ini, ikuti saya di Facebook atau Instagram. #DoneRacun
Comments
Post a Comment