20 Perkara Anda WAJIB Tahu Mengenai Shutter Count

Ikuti segala perkembangan saya di instagram @adzrinmansor

Dalam dunia ini, ada tiga perkara photographer melayu sangat takutkan, boleh sampai berbuih mulut bila diorang;

1. Kena shoot RAW.
2. Jumpa customer mintak diskaun.
3. Check shutter count.

Hahaha itu statement lawak kasar. It's so funny because it's true. Takpe saya Melayu jadi saya boleh keluarkan statement rasis kat bangsa sendiri. Hahaha. Isu satu dan dua tu kita biarkan untuk dikupas kemudian hari. Dalam blog post kali ini jom kita bincangkan isu ketiga iaitu PARANOIA SHUTTER COUNT.

Ramai photographer begitu paranoid dengan shutter count. Kenapa ye? Jom kita kupas segala persoalan mengenai shutter count satu persatu.


1. Apa itu shutter count?
Definisi shutter count ialah jumlah pergerakan shutter sepanjang hayat kamera yang dirakam oleh kamera. Konsep dia sama macam odometer yang mengira jumlah berapa kilometer kereta kita dah pergi sepanjang hayat kereta tu. Satu kali tangkap gambar, satu kali shutter bergerak, dikira satu actuation dan dirakam dalam shutter count.

2. Kalau saya punya shutter count sudah 10,000 apa maksudnya?
Maksudnya sepanjang hayat kamera anda, kamera itu sudah tangkap 10,000 ribu gambar. Simple as that.

3. Kejap, apa itu shutter?
Ingat lagi tak tiga setting utama exposure? ISO, aperture dan shutter speed. Shutter speed ini bila shoot kita kawal untuk membekukan pergerakan atau nak bagi shutter terbuka lama untuk benarkan banyak cahaya masuk.

Shutter mechanism ni lah mekanisma yang mengawal shutter speed. Dia berada betul-betul di depan sensor. DSLR ke, mirrorless ke, kebanyakan kamera sensor besar sama ada APSC/crop sensor atau full frame akan pakai mechanical shutter.

Tiada istilah 'mirrorless tak ada shutter'. Mirrorless takde mirror. Bukan takde shutter.

Ini shutter.

4. Kenapa orang check shutter count?
Kalau korang nak jual kamera je check berapa shutter count korang. Shutter count itu menjadi kayu mengukur tahap guna kamera tu. Kalau shutter count tinggi bermaksud tahap guna tinggi. Kalau tahap guna tinggi, value kamera pun rendah sikit. Sama macam kereta lah. Orang tengok odometer punya mileage masa nak tentukan harga kereta masa nak jual.
Kalau korang bukan nak jual kamera korang dalam masa terdekat, jangan check shutter count. Nanti korang jadi paranoid pulak dengan shutter count ni. Hahaha.

5. Kalau macam tu, patutkah saya shoot jimat-jimat supaya jimatkan shutter count?
Beli kamera nak guna kan? Baik guna. Jangan fikir beli kamera sebab nak jual. Sebab kamera kalau korang biar kat almari pun, gerenti akan turun harga. Kalau duduk fikir nak beli kamera nak balik modal nak investment segala bagai baik korang tak payah beli kamera dari awal. Simpan duit masuk akaun tabung haji kumpul dividen lagi baik. Seruan haji~

6. Macam mana nak check shutter count?
Nikon - Kebanyakan kamera Nikon simpan shutter actuation data dalam EXIF files. Guna program macam EXIF viewer macam EXIFTool, Opanda IExif dan macam-macam lagi boleh dicari di internets.
Sony - Sama macan Nikon, Sony simpan shutter count data dalam EXIF. Upload gambar JPEG yang diambil straight out of camera ke website Sony Alpha shutter count tool ni, nanti dia akan beritahu shutter count.
Canon - Canon ni jahat sikit dia macam tak bagi orang check shutter count. Kadang-kadang boleh dapatkan info shutter count guna EOS info. Cuba lah.

Kalau korang selalu guna kamera untuk shoot timelapse macam ni memang shutter count akan naik dengan laju.

7. Orang kata shutter count sampai 100,000 je?
Sebelum melancarkan sesuatu model kamera, syarikat pembuat kamera akan buat ujian ketahanan kamera tu. Selepas testing dia boleh tahu berapakah purata jangka hayat komponen kamera tu.
Manufacturer akan keluarkan statement seperti 'shutter mechanism rated at 100,000 actuations'.
Ini bermaksud manufacturer menjamin shutter mechanism kamera keluaran dia akan berfungsi dengan cemerlang sehingga 100,000 kali, tanpa perlu diservis.

8. Semua kamera boleh sampai 100,000 je ke?
Bergantung kepada model kamera. Majoriti kamera biasa dilengkapi dengan shutter mechanism yang rated sampai 100,000 atau 150,000. Ada juga kamera high end yang sangat mahal seperti Canon 1D series dan Sony A9 yang dilengkapi dengan shutter mechanism rated at 400,000 - 500,000. Tapi untuk senang cerita boleh katakan majoriti kamera biasanya sampai 100,000 je.

9. Biasanya berapa lama nak capai 100,000?
Bayangkan Ahmad, seorang wedding photographer part time yang shoot wedding sekali seminggu pada hujung minggu. Satu minggu secara purata dia shoot 500 gambar. Nak capai 100,000 dia memerlukan masa lebih kurang EMPAT TAHUN. Biasanya selepas 4 tahun, korang pun dah bernafsu nak tukar kamera lain dah hahaha.

10. Andaikan kamera saya sudah capai 99,999, apakah yang akan terjadi bila saya sampai limit 100,000 tu?
Di sini pengunaan perkataan 'limit' itu telah mengelirukan ramai orang. Bila kamera dah capai 99,999 tekan ambik gambar sekali terus kamera meletup. Bukan macam tu.
Kebiasaannya, kamera akan terus berfungsi macam biasa walau selepas 100,000 pun hahaha. Sama macam tarikh luput roti gardenia. Kita tengok tarikh luput hari ini. Kita tengok elok je lagi kulat pun tak ada lagi. Makan je lah. Takde jadi apa pun. Dua tiga hari kemudian baru kulat naik kan? Haa gitu lah.

9. Jadi pakai kamera yang shutter count melebihi 100,000 pun okay?
Okay je sebenarnya... Cuma! Eh ada cuma... Peluang untuk dapat kerosakan shutter mechanism failure jadi lebih tinggi berbanding sebelum rated life yang diberi manufacturer.

10. Apa itu shutter mechanism failure?
Seperti dibincangkan di point nombor 3, fungsi shutter ialah mengawal shutter speed yang kita set bila tangkap gambar.  Bila failure berlaku, shutter berhenti berfungsi dan kita tak boleh tangkap gambar lah.

Bayangkan kamera berhenti berfungsi semasa shoot job... Cemas beb!

11. Ada petanda tak shutter mechanism failure ni nak berlaku sebelum dia betul-betul rosak?
Ada. 'Petanda' shutter mechanism ni nak rosak ialah;
1) Kita tekan butang shutter. Kita dengar mirror naik tapi lepas tu dia senyap, gambar tak ambik pun. Kat skrin kamera tulis error.
2) Kita tak boleh set shutter speed. Ada shutter speed okay. Ada shutter speed error
3) Ada jugak, tak ada warning, terus kamera keluar error tak boleh pakai terus.
4) PENTING - sebenarnya shutter mechanism ni boleh fail bila-bila masa dia mahu. Tak payah tunggu 100,000 keatas. Baru 100 je pun boleh berlaku. Sebab tu kamera baru datang sekali dengan warranty. Boleh mintak diorang tukar free. Yang beli second hand tu jangan mengada pulak mintak claim warranty kat previous owner. ;-)

12. Bila kamera tulis error kat skrin apa patut kita buat?
Temporary fix dia ialah keluarkan bateri, tunggu sekejap biar kamera reset balik, lepas tu masukkan semula bateri. Biasanya problem tu akan hilang sekejap tapi ini sementara je. Dah boleh start google, masuk website syarikat manufacturer kamera anda, dan cari pusat servis yang terdekat.

13. Kalau hantar repair biasanya kena berapa?
Anggaran biasa bagi kamera full frame atau 'fx' ialah di sekitar RM700-900 gitu. Kamera APSC/crop sensor murah sikit. Selain saiz sensor, usia model kamera pun ambil peranan. Kalau model kamera baru lagi, parts senang nak order dari manufacturer. Kalau model kamera lama, semakin susah nak cari parts.
 
Harga ni on a case to case basis. Nak harga betul kena contact service center atau kedai repair tu. Takyah la serabut tanya member kat facebook. Member pun biasanya tak tahu, mampu bagi sokongan moral dan ucapan semoga cepat sembuh je. Pergi angkat telefon, cakap terus dengan repairman dapatkan quotation harga sebelum repair.

14. Takut la hantar repair pastu kena tipu.
Service center official takkan sesekali menipu haha. Siap dapat warranty lagi untuk parts baru tu. Kedai repair kamera pun biasanya tak tipu.
Kedai kamera biasa-biasa ni je problem sikit. Sebenarnya dia bukan 'tipu' pun. Bukannya ambik duit korang pastu gelak evil kat dalam store room sesama sendiri. Bukan. Tapi diorang akan hantar kamera korang ke service center... Lepas tu caj korang upah penghantaran pergi dan balik. Baik korang hantar sendiri je ke service center ye dak?

15. Kat mana service center?
Dalam kotak kamera anda, sekali dengan documentation warranty dan user manual ada bagi complete list service center seluruh malaysia. Kalau tak ada, boleh rujuk website jenama kamera korang. Senang je nak cari pun. Jangan malas ok!

Contoh la - Kalau Canon pergi terus ke Canon Tower kat UOA Business Park Subang. Kalau Sony boleh rujuk Sony Store KLCC atau Sony Store The Curve Mutiara Damansara. Kalau Nikon saya tak tahu sebab saya tak pakai Nikon. Belikan saya satu DSLR Nikon buat pengeras nanti saya bagitau okeh? Hahaha.

16. Selain service center kat mana lagi kedai repair yang bagus?
Ok yang ni risky. Saya nak rekemen pun takut. Tapi kalau korang baca blog post yang begitu panjang sampai sini, korang memang betul-betul memerlukan ni. Saya bagitahu beberapa kedai yang member-member saya selalu pergi.
- Cheah Camera Repair, Mutiara Complex, Jalan Ipoh KL. (Saya pergi sini)
- Cam Care, Sungai Besi.
- YL Camera, Pudu Plaza.
- Camerarescue QRC, Penang.
Contact number dan lokasi diorang senang je korang boleh cari online. Jangan malas macam saya! Saya malas nak tulis hahaha.

Saya ambik gambar Uncle Cheah tengah repair lens. Biasanya apa-apa pasal repair ni saya akan rujuk Uncle Cheah dulu.

17. Macam mana nak elakkan shutter rosak semasa shoot job?
Saya nak ulang lagi sekali shutter mechanism failure boleh berlaku bila-bila masa sebenarnya. Things can go wrong whenever it can go wrong.

Sediakan backup camera lah. Kalau kamera pertama fail, korang boleh sambar kamera kedua dan teruskan shoot job macam takde apa yang berlaku. Photographer yang ada dua biji kamera murah itu lagi baik - dari photographer yang ada kamera mahal tapi satu biji sahaja.

18. Patutkah saya hantar tukar shutter sebelum shutter tu rosak?

Pada pendapat saya kalau kamera tu belum rosak tak payah dibaiki. Seperti di atas saya rekemen korang pakai dua kamera, satu kamera utama, satu lagi sebagai backup. Kalau korang ada satu sahaja kamera yang menjadi sumber pendapatan utama anda, nak repair sila rujuk nasihat pakar kamera di pusat servis ye?

19. Photographer pro biasanya shoot banyak gambar, mesti shutter cepat kong, macam mana diorang repair?


Betul tu. Abam hakak pro ada yang masuk ahli Professional Services, contohnya Canon punya CPS atau Nikon punya NPS, diorang dapat bermacam kelebihan seperti diskaun bila servis kamera (Canon bagi 30% bagus tu) dan keutamaan masa servis diorang tak perlu tunggu lama dan bermacam lagi.

Kalau korang betul-betul professional photographer, ada kelebihan jugak masuk ahli ini. Tapi untuk pro tahap tinggi je ni. Syarat nak masuk kena ada pro bodies lah, pro lenses lah, ada yuran lagi etc.

Kalau kita yang shoot wedding part time seminggu sekali, tak perlu kot. ;-)

20. Macam mana nak dapat shutter count life yang panjang?

Kenapa tidak start dari shutter count 0? Ramai rakan photographer Melayu saya selalu begitu gilakan barang terpakai. Kalau boleh memang taknak taknak beli kamera yang baru. Berbuih mulut kalau saya ajak tengok kamera baru hahaha.

Ramai orang tak tahu, kadang-kadang harga kamera yang korang beli terpakai tu, tambah sikit je dah boleh beli baru. BARU BEB! - bau kedai, shutter count 0, dapat warranty official setahun lebih etc. Siapa tak peka dengan perkembangan sale, dia lah yang rugi ;-)

Ikuti saya di Facebook atau Instagram

Biasanya saya suka share blog post atau instastory bila saya jumpa produk yang best atau ada sale yang berbaloi - saya panggil itu semua 'meracun'. Nak contact saya di sana untuk nasihat atau more details pun boleh. Insyaallah kalau saya ada masa saya akan cuba bantu..

Jemput share blog post ini bagi member lain baca. Semoga korang tidak lagi takut dengan shutter count. #DoneRacun





Comments

Popular posts from this blog

7 Kamera Vlogging Terbaik untuk YouTube

Komputer LAMBAT nak start? Tukarlah pakai SSD!

Boleh ke Bina PC Gaming dengan bajet RM2k? (Ogos 2021)