Tips Beli Kamera Murah Di Jepun
![]() |
Kedai Kamera Yodobashi Shinjuku Tokyo |
Awal Disember lepas saya pergi bercuti di Jepun. Masa kat sana saya banyak instastory pasal kedai kamera di instagram saya @rinmansor jadi ramai pun bertanya pasal beli kamera kat sana.
Sebab yang tanya bukan satu dua orang, saya tulis jawapan dalam bentuk blog post terus lagi senang. Ini beberapa tips yang anda perlu tahu sebelum beli kamera di Jepun!
1) Kamera sana murah ke?
- Yes! Sebagai pelancong kat Jepun, kita boleh beli kamera tanpa perlu membayar cukai jualan 8% (TAX FREE).
- Ikut pemerhatian saya, kebanyakan body DSLR dan kamera mirrorless yang saya aim lebih kurang aje dengan Malaysia harganya. Tapi kamera kompak dan lensa third party dari Sigma, Tamron dan Tokina MURAH!

2) Macam mana nak tahu yang mana murah dan mahal?
- Kena pandai bandingkan harga.
- Sila bawak smartphone dan portable wifi untuk convert harga item tu jadi RM. Lepas tu bandingkan harga dengan kedai kamera online di Malaysia contohnya Shashinki atau KLDSLR.

3) Kedai mana yang best?
- Kat Tokyo dan Osaka ada banyak kedai tapi Yodobashi dan Bic Camera paling best.
- Yodobashi ada banyak display kamera. Kamera Pentax 645z dan Fujifilm GFX yang harga puluh ribu rilek je dia display bagi orang main.
- Bic Camera bagi harga terbaik. Sebelum diskaun pun dia murah. Plus tax free, plus time tu dia bagi 5% discount lagi kalau pakai kad kredit VISA, jadi murah lagi. Ehem, G-Shock pun sini murah. Plus Bic Camera ni chain store ada branch kat banyak tempat, semua branch harga serupa. Terbaik!
(Edit: Saya diberitahu ada lagi satu kedai nama Map Camera harganya pun murah! Check it out!)

Bic Camera Shibuya Tokyo |
![]() |
Budak masuk playground |
![]() |
Antara kamera dia display |
![]() |
Sony A9 pun ada |
![]() |
Kat Jepun ramai jugak pakai Pentax |
![]() |
Kamera terpakai pun ada |
4) Apa yang saya beli?
- Nikon Coolpix A300 berharga ±RM420 selepas diskaun. (Harga Malaysia RM638).
- Sigma 19mm f/2.8 DN Art, ±RM550 selepas diskaun. (Harga Malaysia RM780).

5) Kamera second hand murah tak?
- Ada je dia jual kamera dan lens second hand tapi yang nampak semuanya harga tak beberapa berbaloi, harga lebih kurang di Malaysia.
- Kalau korang nak second hand jugak jugak mungkin kena cari kedai kamera kecik lain, saya tak cukup masa nak cari dalam trip ni. Kena repeat Japan ni. Jom!

6) Apa beza kamera Jepun dengan Malaysia?
- 100% sama kecuali nama model kadang-kadang tukar sikit, dan warranty.
- Kebanyakan kamera Jepun warranty dia limited kat Jepun sahaja. Sama la kalau beli kat Malaysia, warranty laku kat Malaysia sahaja.
- Jadi pastikan check kamera atau lens tu betul-betul, segala-galanya berfungsi selepas beli. Nanti dah balik Malaysia takkan nak terbang balik ke Jepun semata nak mintak kedai tukar ye dak?

7) Macam mana nak ikut Adzrin punya tips kamera dan travel?
- kat instagram @rinmansor lah
SERIOUS INTERESTING STUFF COMING SOON KAT INSTAGRAM

^ ok soalan no 7 ni takde siapa tanya saya yang letak sendiri hahaha.
Ok sila share jika bermanfaat. Anything roger kat Instagram!
Comments
Post a Comment