Inilah Kamera Full Frame Paling Murah Di Malaysia!

Ejad Fotopoyo bersama kamera medium format beliau, ini lagi power dari full frame. Gambar hiasan.

Bukan semua kamera DSLR yang besar dan hitam itu sama. Isi perutnya jauh berbeza. Memiliki kamera 'full frame' adalah satu impian buat ramai penggemar fotografi dan pemilik kamera DSLR. 

Apakah maksud 'full frame'?

Sebelum saya dedahkan kamera full frame paling murah tu izinkan saya terangkan secara ringkas apakah maksud full frame. 

Full frame merujuk kepada saiz sensor imej sesebuah kamera. Sensor inilah bahagian yang menerima imej cahaya dari lensa dan menukarkan imej cahaya itu menjadi gambar berbentuk digital.

Masa zaman filem dulu, kita guna filem bersaiz 35mm. Alah, benda negatif yang gulung-gulung dalam roll zaman dulu-dulu tu... Sensor 'full frame' ini merujuk kepada sensor yang bersaiz sama dengan satu frame filem 35mm. Kamera full frame biasanya mahal-mahal. Majoriti pengguna DSLR menggunakan kamera dengan sensor yang kecil sedikit yang dipanggil 'crop sensor' atau 'APSC' - kamera jenis ini lebih mampu milik.

Sebab itulah kamera full frame ni biasanya hanya jurufoto yang betul-betul serius je mampu beli.

Jadi, apakah kamera full frame paling murah di Malaysia?

Jeng jeng jeng. Sebelum saya begitahu model kamera tu, saya nak tegaskan;

1. Kita bercerita pasal kamera full frame DIGITAL tau, bukan kamera filem.

2. Kita bercerita pasal kamera BARU tau, bukan terpakai aka second hand!

Jawapannya ialah... Kamera ini bukan berjenama Canon, bukan juga Nikon. Tapi Sony!


Inilah dia! Sony A7II!

Shashinki, kedai kamera online yang berpengkalan di Johor Bahru sedang mengadakan promosi istimewa sempena Hari Natal. Diorang jual memang murah beb! Biasanya kamera ni RM5,000 lebih tapi promosi ni jadikan dia RM4,611 je. Rujuk di sini; Sony A7II Christmas Promo

[Christmas Promo] Sony Alpha a7II Mirrorless Digital Camera (Body Only) (Free Sony 16GB 94MB/s Memory Card) (Sony Malaysia)

Ish, betul ke Sony A7II ni full frame paling murah?

Kalau tak percaya, mari tengok kamera full frame dari Canon Nikon yang sekufu dengannya.

Canon 6D - RM 6,413
Canon 6D Mark II - RM 8,162
Nikon D610 - RM 5,406
Nikon D750 - RM 6,360

(Harga ni masa hari blog post ini ditulis, nak harga yang lebih terkini boleh klik link tu)

Best sangat ke Sony A7II ni?

1. Kamera full frame memang power dalam low light dan bokeh dia lagi lazat.
2. Kamera mirrorless lebih ringan dari DSLR
3. Kamera mirrorless boleh pasang adapter dan pakai bermacam jenis lens! Nak pakai lens vintage murah-murah pun senang!
4. Kamera ini ada in body sensor shift stabilizer.
5. Kamera ni rakam video Full HD dengan codec XAVCS dan ada S-Log2 Gamma.
6. Kamera ni ada microphone input dan audio out untuk monitor audio - videographer tau semua ni.

Banyak lagi lah! Saya sendiri pakai Sony A7, model generasi sebelum model ini.

A post shared by Adzrin Mansor (@adzrinmansor) on

Kalau korang berminat dengan Sony A7II tu baik cepat sebab promosi Hari Natal dia bukannya lama tu. Nanti habis melepas jangan marah saya pulak hahaha.

Anything boleh contact saya di social media Facebook atau Instagram ye...

#DoneRacun

Comments

Popular posts from this blog

Komputer LAMBAT nak start? Tukarlah pakai SSD!

7 Kamera Vlogging Terbaik untuk YouTube

Boleh ke Bina PC Gaming dengan bajet RM2k? (Ogos 2021)