5 Mitos Fotografi Yang Ramai Orang Percaya
1. "Lens 35mm guna untuk street je, tak boleh portrait. 50mm keatas baru boleh untuk portrait."
Gambar ini saya tangkap guna kit lens, 28mm f/4.0. Takde istilah satu lens tu untuk satu fungsi je. Dengan tukar focal length lens kita boleh ubah prespektif gambar kita walaupun kita tengah tangkap gambar subjek yang sama. Lens banyak fungsi beb.
Orang kata 50mm untuk portrait, saya pernah guna 50mm tu buat landscape.
Orang kata shoot landscape kena beli wide lens 12mm, saya pernah shoot landscape guna telephoto 200mm.
Eh lens saya punya, suka hati lah nak guna buat apa pun. Hahaha!
2. "Saya tak tahu lokasi yang best untuk photoshoot di area ni, tu sebab saya tak ambik gambar."
Semua orang faham, sebenarnya mencari lokasi untuk photoshoot ni sangat peningkan kepala. Bila tak tahu nak shoot kat mana, apa kata cari CONTENT dulu? Just keluar dan cari subjek apa yang ada.
Nak mencabar lagi, cari lighting dulu. "Eh matahari dah turun, cantik ni golden hour. Baru dapat golden light yang cantik." Kalau ada lighting lawa, basikal berkarat belakang rumah pun jadi.
Content + Lighting + Composition = itulah resipi untuk gambar yang cantik. Kalau nak banyak like kat instagram, tambah gadis cantik. Done. Hahaha.
3. "Tak suka prime lens, sempit. Tak wide."
Prime lens ialah nama lain dari "fixed focal length lens" yang bermaksud lens tanpa fungsi zoom.
Ramai orang ingat prime lens ni hanyalah lens 50mm. Sebab lens 50mm f/1.8 adalah lens paling famous dan paling mampu milik.
Lens 50mm ni bila guna kat kamera crop memang tak wide. Tapi, ia tak bermaksud tak ada prime lens lain yang wide. Prime lens datang dalam berbagai focal length. Dari 8mm fisheye, 14mm ultra wide, 35mm wide standard, 50mm standard, 85mm short telephoto, 135mm telephoto, 300m super telephoto dan banyak lagi!
Bukan 50mm je yang ada. Ada banyak prime lens untuk dipilih. Nak tahu, follow lah Adzrin Mansor untuk blog posts seterusnya hahaha.
4. "Pakai kamera crop jangan guna ISO tinggi dari 1,600, nanti noise."
Gambar ni gambar testing saya tangkap guna kamera crop (Sony NEX-5N) dan ISO 12,800. Jauh lagi tinggi dari limit ISO 1,600 yang diberikan.
Bila pakai ISO terlalu tinggi, nanti gambar akan ada tompok-tompok yang dipanggil grain (itu nama zaman filem) atau zaman sekarang dipanggil 'noise'. Noise ini sangat jelas bila kita zoom in 100% kat gambar atau sewaktu kita 'pixel peeping'.
Realitinya, majoriti viewer gambar anda tengok keseluruhan frame gambar, takde zoom 100%, guna smartphone skrin saiz 5 inci. Skrin sekecil tu noise/grain takkan nampak punya.
Tak perlu tunggu ada A7s baru guna ISO tinggi. Be brave. Gunakan je ISO tinggi bila perlu. Biar ada gambar noise dari takde gambar langsung.
5. "Tak perlu belajar rule of thirds. Seni tak ada rules. Break the rules."
Composition adalah teknik-teknik susunan subjek dalam frame gambar. Bukan rules.
Dalam berpuluh teknik composition ni salah satunya ada rule of thirds suruh letak subjek kat tepi. Dalam teknik composition pun ada jugak symmetry yang suruh letak subjek kat tengah. Rules of thirds hanyalah salah satu daripada banyak lagi teknik-teknik composition.
Dengan pengetahuan composition, kita boleh ambik satu situasi tu jadi berpuluh gambar dengan ubah susunan subjek dalam frame. Boleh penuh satu album. Berguna kan kalau ada ilmu ni composition ni?
Toksah sombong. Belajar lah teknik-teknik composition. Kita semua perlukannya walau sedar ataupun tak.
Apa lagi mitos yang korang tahu? SHARE LAH!
Let's keep in contact, di bawah ini adalah Instagram saya kalau anda mahu datang melawat ;-)
Comments
Post a Comment