Hargai Assistant Anda Dengan 2 Cara Mudah
![]() |
gambar hiasan je k |
Hi guys! Dah lama tak post kat blog.
Dalam posting kali ini pendek je, saya nak address satu isu yang agak panas saya nampak di newsfeed facebook saya iaitu photographer mencari assistant atau tagger secara percuma.
"Mencari assistant / tagger / peneman masa makan nasi minyak kenduri..."
Ada photographer yang baik sikit dia akan belanja makan lepas job habis. Ada yang tu terima kasih sama sama je! Kata itu semua nak bagi pengalaman kat newbie shoot job.
Okay...
Apakah kerja sebagai assistant / tagger / second shooter?
1. Dia tolong pegang speedlight atau reflector.
2. Dia bawak kamera dia sendiri, dan tolong shoot dari second angle.
3. Dah habis shoot, copy semua gambar bagi kepada principle photog.
4. Atau kadang-kadang dia edit dulu, hasil akhir baru bagi ke principle photog.
Apakah kos yang dikeluarkan oleh assistant?
1. Masa dia keluar dari rumah tidak terluang bersama keluarga
2. Keringat dia pegang reflector.
3. Kos pergi dan balik ke lokasi.
4. Kos shutter count camera yang dimiliki oleh assistant sendiri.
5. Kos editing seperti software, tenaga manusia dan tenaga elektrik.
6. Kos sarapan sebelum shoot dan kos makan malam selepas habis shoot (kalau lunch makan nasi kenduri)
Nampak tu, assist orang pun kena keluarkan kos kan?
Jadi,
Macam manakah nak hargai penat lelah assistant?
1. Hulur duit sikit.
Belanja makan tu bagus, tapi bagi saya instead of that, hulur duit lagi bagus. Principle photographer dapat job ratusan mahupun ribuan ringgit. Kalau upah anda mampu cover, hulurlah sedikit kepada assistant anda. RM30 ke, RM50 is a good start kalau upah anda tak besar. Ikut hourly rate yang dirasakan sesuai pun boleh like RM10 per hour. Lebih lagi bagus ikut tugas yang assistant buat atau tahap pengalaman dia. Mana tahu, ada orang tanya dia pasal job, dia akan rekemen kita principle lagi? Haa.
2. Jemput dan hantar ke rumah.
Ramai photographer akan drive ke lokasi shoot kan? So, singgah rumah assistant pagi-pagi, jemput dia dan dah habis shoot nanti hantar dia balik ke rumah. Supaya dia tak perlu keluarkan kos nak pergi balik. If possible lah. Kita memang nak ke lokasi pun. Ambik je dia sekali.
Ada yang kata tak perlu bayar assistant ni sebab upah principle photog sendiri terlalu sedikit. Well, sifu saya kata begini;
Apa jadi kalau saya tak mampu nak bayar assistant?
1. Caj kepada client 'second shooter fees'.
2. Tak payah pakai assistant terus.
Apa salahnya berkongsi rezeki... Ye dok?
Macam biasa, 'share jika bermanfaat'.
Disclaimer: Blog post terbaru saya tulis atas dasar ingin berkongsi cara saya menghargai assistant yang pernah membantu saya.
Saya tidak menghalakan kritikan kepada yang pernah menggunakan khidmat assistant tidak berbayar, mahupun menujukan blog post itu kepada sesiapa.
Kalau pernah menggunakan khidmat assistant tak berbayar, semoga lepas ni boleh tambah baik skim penghargaan anda kepada khidmat mereka...
Comments
Post a Comment