6D Mark II Diramalkan Dengan Sensor 25MP, Rakaman 4K & Dual SD Slot
Menurut CanonRumors, Canon EOS 6D Mark II diramalkan akan diumumkan pada suku pertama tahun 2017, sempena ekspo CP+ di Jepun.
Dikhabarkan prototaip sedang diuji oleh jurugambar terpilih secara rahsia. 6D Mark II itu diramalkan;
1) mempunyai sensor full frame 25MP
2) skrin yang boleh diputar ke hadapan seperti Canon 80D
3) dua slot kad memori SD
4) rakaman 4K.
5) Saiz lebih kecil dan lebih ringan dari 6D.
Ini cuma ramalan sahaja. Kalau ia jdi realiti, bagus jugak kan? Saya juga harap ia akan dilengkapi dengan sistem autofokus 19-point dari Canon 7D dan burst shot sekurang-kurangnya 5fps. Kalau betul, 6D Mark II akan terjual macam pisang goreng panas sebab semua situasi boleh guna!
Apakah spesifikasi harapan anda?
Comments
Post a Comment