5 Sebab Kenapa Gambar Tak Sharp



Ada seorang rakan saya datang kat saya tanya, adakah lens Canon EF 50mm f/1.8 STM dia tidak sharp? Bila pakai kat body Canon 70D dia, tak berapa nak sharp.

Ok jom tengok gambar yang saya tangkap guna lens yang sama;










Sharp tak gambar-gambar ni?

Jom kita analyze satu persatu kenapa gambar boleh jadi tak sharp.

1. Tak cukup shutter speed
Lens ini tidak ada fungsi optical stabilizer, jadi kita kena guna shutter speed yang cukup. Shutter speed mestilah 1/focal length atau lebih. Contohnya lens ni 50mm, shutter speed mestilah 1/50s atau lebih. Saya selalu guna 1/125s atau 1/80s untuk membekukan pergerakan manusia. Slow sangat nanti gegar atau gambar nampak blur.

2. ISO terlalu tinggi/Noise Reduction
Kalau kita set ISO yang terlalu tinggi pun boleh menjejaskan sharpness gambar. Bila ISO tinggi, jumlah noise/grain akan tinggi juga, kamera akan cuba kurangkan noise dengan software Noise Reduction yang akan buat gambar nampak soft.

3. Kecilkan sikit aperture hingga 'sweet spot'
Apabila kita gunakan aperture yang besar seperti f/1.8, fokus yang tepat sangatlah penting. Kalau subjek bergerak kedepan atau kebelakang sikit, dah jadi out of focus. Ini dinamakan depth of Field (DOF). Kalau kecilkan sedikit aperture jadi f/2.2 hingga f/2.8, kita akan dapat 'sweet spot' dimana sharpness maksimum kebanyakan prime lens boleh dinikmati.

4. Focus pada tempat yang salah
Sama macam yang atas tadi tu, bila kita shoot portrait, tersangatlah penting untuk fokus pada mata. Kalau gambar tu fokus kat hidung ke, telinga ke, memang akan nampak tak sharp. Focus kena tepat ya.

5. Cara export file
Kalau shoot JPEG, check picture style korang ada tambah sharpening atau tidak. Pastikan ia tambah sedikit sharpening. Kalau shoot RAW, korang juga boleh buat sharpening pada sharpening panel di program editing.

Apa jadi kalau dah check semua ini, tapi masih tak sharp sharp jugak?

Beli lens lain yang lagi sharp. HAHAHA POISON!!!

Jemput like FACEBOOK PAGE (klik sini) untuk lebih banyak blog posts sebegini di masa hadapan.

Jemput juga FOLLOW SAYA DI INSTAGRAM di bawah;

Comments

Popular posts from this blog

7 Kamera Vlogging Terbaik untuk YouTube

Komputer LAMBAT nak start? Tukarlah pakai SSD!

Boleh ke Bina PC Gaming dengan bajet RM2k? (Ogos 2021)