Tiga Binaan PC Editing Skylake!
"Adzrin, specs komputer macam mana yang bagus untuk photo editing ya?"
"Rin, spec komputer apa yang cukup untuk buat full HD video editing?"
"Saya nak cari komputer yang boleh buat editing dan main game sekali, mohon rekemen."
Bermula bulan lepas tiba-tiba timbul minat saya untuk belajar pasal PC build ni. Dengan pengetahuan yang saya baru dapat ni saya kongsikan kepada anda tiga binaan PC yang sesuai untuk photo + video editing mengikut turutan Core i7, Core i5 dan Core i3.
Semuanya menggunakan processor generasi ke-6 Intel yang dikenali sebagai 'Skylake'.
Setiap binaan ini mestilah memenuhi kriteria seperti berikut;
- Boleh buat photo editing.
- Boleh buat Full HD video editing.
- Gunakan monitor IPS yang memaparkan warna lebih baik dari monitor biasa.
- Gunakan SSD sebagai boot drive supaya komputer beroperasi dengan pantas.
- Mempunyai Hard Disk Drive sebagai ruang penyimpanan fail gambar/video.
Disclaimer;
* Spesifikasi ini cuma cadangan, tak perlu ikut 100%, boleh tukar lagi ikut keperluan anda.
* Harga komponen hanya rujukan, harga pasaran mungkin berbeza.
Ok mari saya nak ceritakan sebab-sebab kenapa saya pilih komponen-komponen yang saya pilih.
1) Motherboard Gigabyte H170 yang saya pilih kesemuanya form factor ATX dengan LGA 1151 Socket, sebab saya nak bina Mid Tower dan guna Intel 6th Generation Processor yang dipanggil 'Skylake'. Done.
2) Processor? Ini artikel mengenai Intel Skylake processor untuk Editing PC jadi saya pun buat spec list setiap satu dari i7, i5 ke i3.
3) Mengenai GPU, ramai orang suka Nvidia, tapi dalam list ini saya banyak gunakan AMD. Dari R9 390, R9 380 ke R7 370. Tidak dapat dinafikan Nvidia sangat power dalam gaming tapi untuk editing saya nak fokus kepada rendering power; saya nak GPU dengan spesifikasi yang lagi tinggi untuk setiap ringgit yang dibelanjakan! Lagi banyak kapasiti VRAM dan GPU bits lagi bagus. R9 390 dan R9 980 itu sudah mampu handle 4K monitor dan 4K video editing tau! Ada lah 'futureproof' sikit.
4) RAM, ketiga-tiga build saya gunakan Corsair ValueSelect DDR4 8GB 2133MHz kerana ia paling murah dalam list saya ada. Kenapa tak pakai dual channel aka dua kad 4GB? Mana tau lagi pantas? Berdasarkan pembacaan saya dual channel RAM hanya ada kelebihan jika kita guna integrated graphics. Kalau kita pakai dedicated graphics processor kelebihan dual channel RAM tidak lagi terasa. Lagipun kita guna satu slot sahaja. Nanti nak upgrade jadi 16GB RAM ke, ada slot yang boleh guna.
5) Untuk boot drive, saya gunakan SSD yang antara paling murah dalam pasaran iaitu Kingston SSD Now V300 240GB dengan 191MB/s Read dan 142MB/s Write. Bukanlah yang paling pantas dalam pasaran, tapi masih pantas dari boot pakai hard disk normal. Saya juga tambah hard disk untuk storan gambar guna Seagate 1TB. Kalau nak pakai jenama lain pun boleh, cari je yang paling murah ada kat kedai hahaha.
6) Network adapter dan PSU, terlalu teknikal untuk diterangkan (sebenarnya saya yang tak faham, rasanya yang ni boleh pakai so letak je hahaha).
7) Saya suka monitor 24 inci. Salah satunya guna Dell S2415H FHD AH-IPS Monitor, lagi satu LG 24MP57HQ FHD IPS Monitor. Ada sesetengah monitor tak paparkan warna yang betul. Bila kita nampak warna yang salah kat monitor, editing kita pun akan salah. Bila print keluar warna lain. IPS panel biasanya kurang masalah ini daripada monitor TN panel biasa. Kalau nak lebih tepat warnanya sila buat 'screen calibration' guna Colormunki atau Spyder. Dell punya monitor glossy dan cantik, tapi LG punya monitor tu tak silap saya matte. Saya suka glossy, tapi itu semua personal preference. Semua monitor ini guna HDMI cable. Sila check kalau takde diberi dalam kotak, kena beli. i7 dan i5 build tadi tu boleh guna 4K monitor, cuma 4K monitor tak pakai HDMI, dia guna DisplayPort.
Setuju dengan pilihan saya? Share sikit pendapat korang.
*Terima kasih kepada Amin Afifi kerana banyak ajar pasal PC kat saya
Komponen | Model | Harga(RM) |
---|---|---|
Motherboard | Gigabyte GA-H170-GAMING 3 ATX LGA1151 | 609 |
CPU | Intel i7-6700K 4.2GHz 8MB Skylake | 1489 |
GPU | AMD Sapphire Nitro R9 390 8GB 512bit | 1599 |
RAM | Corsair ValueSelect DDR4 8GB 2133MHz | 179 |
Boot Drive | Kingston V300 240GB SSD | 229 |
Storage Drive | Seagate 1TB HDD | 209 |
Newtork Adapter | TP-Link 300Mbps Wireless N PCI Express Adapter TL-WN881ND | 69 |
PSU | Corsair CX750 Semi M 80+ Gold | 429 |
PC Case | Segotep Chariot TF USB 3.0 ATX | 109 |
Monitor | Dell 24" S2415H FHD AH-IPS Monitor | 789 |
5710 |
Komponen | Model | Harga(RM) |
---|---|---|
Motherboard | Gigabyte H170-HD3 DD3 ATX LGA1151 | 519 |
CPU | Intel i5-6600 3.9GHz 6MB Skylake | 929 |
GPU | AMD Sapphire R9 380 Nitro 4GB 256bit | 1059 |
RAM | Corsair ValueSelect DDR4 8GB 2133MHz | 179 |
Boot Drive | Kingston V300 240GB SSD | 229 |
Storage Drive | Seagate 1TB HDD | 209 |
Newtork Adapter | TP-Link 300Mbps Wireless N PCI Express Adapter TL-WN881ND | 69 |
PSU | Corsair CX750 Semi M 80+ Gold | 429 |
PC Case | Segotep Chariot TF USB 3.0 ATX | 109 |
Monitor | LG 24" 24MP57HQ FHD IPS Monitor | 599 |
4290 |
Komponen | Model | Harga(RM) |
---|---|---|
Motherboard | Gigabyte H170-HD3 DD3 ATX LGA1151 | 519 |
CPU | Intel i3-6100 3.7GHz 3MB Skylake | 499 |
GPU | AMD Sapphire R7 370 4GB 256bit | 819 |
RAM | Corsair ValueSelect DDR4 8GB 2133MHz | 179 |
Boot Drive | Kingston V300 240GB SSD | 229 |
Storage Drive | Seagate 1TB HDD | 209 |
Newtork Adapter | TP-Link 300Mbps Wireless N PCI Express Adapter TL-WN881ND | 69 |
PSU | Corsair CX750 Semi M 80+ Gold | 429 |
PC Case | Segotep Chariot TF USB 3.0 ATX | 109 |
Monitor | LG 24" 24MP57HQ FHD IPS Monitor | 599 |
3620 |
Ok mari saya nak ceritakan sebab-sebab kenapa saya pilih komponen-komponen yang saya pilih.
1) Motherboard Gigabyte H170 yang saya pilih kesemuanya form factor ATX dengan LGA 1151 Socket, sebab saya nak bina Mid Tower dan guna Intel 6th Generation Processor yang dipanggil 'Skylake'. Done.
2) Processor? Ini artikel mengenai Intel Skylake processor untuk Editing PC jadi saya pun buat spec list setiap satu dari i7, i5 ke i3.
3) Mengenai GPU, ramai orang suka Nvidia, tapi dalam list ini saya banyak gunakan AMD. Dari R9 390, R9 380 ke R7 370. Tidak dapat dinafikan Nvidia sangat power dalam gaming tapi untuk editing saya nak fokus kepada rendering power; saya nak GPU dengan spesifikasi yang lagi tinggi untuk setiap ringgit yang dibelanjakan! Lagi banyak kapasiti VRAM dan GPU bits lagi bagus. R9 390 dan R9 980 itu sudah mampu handle 4K monitor dan 4K video editing tau! Ada lah 'futureproof' sikit.
4) RAM, ketiga-tiga build saya gunakan Corsair ValueSelect DDR4 8GB 2133MHz kerana ia paling murah dalam list saya ada. Kenapa tak pakai dual channel aka dua kad 4GB? Mana tau lagi pantas? Berdasarkan pembacaan saya dual channel RAM hanya ada kelebihan jika kita guna integrated graphics. Kalau kita pakai dedicated graphics processor kelebihan dual channel RAM tidak lagi terasa. Lagipun kita guna satu slot sahaja. Nanti nak upgrade jadi 16GB RAM ke, ada slot yang boleh guna.
5) Untuk boot drive, saya gunakan SSD yang antara paling murah dalam pasaran iaitu Kingston SSD Now V300 240GB dengan 191MB/s Read dan 142MB/s Write. Bukanlah yang paling pantas dalam pasaran, tapi masih pantas dari boot pakai hard disk normal. Saya juga tambah hard disk untuk storan gambar guna Seagate 1TB. Kalau nak pakai jenama lain pun boleh, cari je yang paling murah ada kat kedai hahaha.
6) Network adapter dan PSU, terlalu teknikal untuk diterangkan (sebenarnya saya yang tak faham, rasanya yang ni boleh pakai so letak je hahaha).
7) Saya suka monitor 24 inci. Salah satunya guna Dell S2415H FHD AH-IPS Monitor, lagi satu LG 24MP57HQ FHD IPS Monitor. Ada sesetengah monitor tak paparkan warna yang betul. Bila kita nampak warna yang salah kat monitor, editing kita pun akan salah. Bila print keluar warna lain. IPS panel biasanya kurang masalah ini daripada monitor TN panel biasa. Kalau nak lebih tepat warnanya sila buat 'screen calibration' guna Colormunki atau Spyder. Dell punya monitor glossy dan cantik, tapi LG punya monitor tu tak silap saya matte. Saya suka glossy, tapi itu semua personal preference. Semua monitor ini guna HDMI cable. Sila check kalau takde diberi dalam kotak, kena beli. i7 dan i5 build tadi tu boleh guna 4K monitor, cuma 4K monitor tak pakai HDMI, dia guna DisplayPort.
Setuju dengan pilihan saya? Share sikit pendapat korang.
*Terima kasih kepada Amin Afifi kerana banyak ajar pasal PC kat saya
Comments
Post a Comment