Adakah Image Quality Kamera Mirrorless Tak Elok?


Ada seseorang mesej saya bertanya mengenai kamera DSLR Nikon. Saya cuba untuk meyakinkan beliau bahawa ada kamera mirrorless yang kecil comel pun mampu menghasilkan kualiti imej setaraf DSLR. Beliau lebih yakin dengan DSLR Nikon kerana risau akan rakan-rakannya mengelakkan dia jika dia datang dengan kamera kecil.

Itu semua impresi sahaja. Ramai orang tak kisah dengan saiz kamera kita melainkan diri kita sendiri. Macam saiz 'lelaki' lah. Perempuan tak kisah pun pasal tu, perempuan lagi busy fikir benda lain, tapi lelaki je yang 'overthinking'.

Saya pun pernah dan suka shoot wedding dengan kamera kecil Sony A7. Gambar wedding itu boleh didapati di sini.

Tapi yang menyakitkan tu, bila ada orang kata kamera mirrorless ni taraf kamera kompak digital camera je. Image quality tak elok. Hanya DSLR hitam besar je yang mampu menghasilkan image quality yang elok. Mari kita bincangkan.

Image quality ditentukan oleh banyak perkara. Kualiti lens, skill si jurugambar memproses gambar, dan banyak lagi. Tetapi;

faktor paling besar mempengaruhi image quality ialah saiz sensor.

Sensor ialah bahagian kamera yang menerima imej/cahaya dari lens dan menukarkannya ke data gambar bentuk digital yang kita nampak di skrin. 

Dari segi manufacturing, lebih mudah untuk buat sensor besar yang mengeluarkan output berkualiti tinggi berbanding sensor kecil (walaupun sensor besar lebih mahal untuk dibuat).

Bila sensor kamera itu besar, contohnya bersaiz full frame atau APSC, image quality yang dapat dihasilkan oleh kamera itu biasanya tinggi. Sensor kecil dalam smartphone android, iPhone dan kamera kompak tersangatlah kecil, susah nak buat sensor kecil yang mampu mengeluarkan output berkualiti tinggi.


Di dalam gambar ini ialah Sony NEX-C3 yang menggunakan sensor 16 megapixel bersaiz APSC. Kamera ini kecil comel je.


Rajah dari cameradecision.com ini membandingkan kamera ini dengan DSLR Nikon D7000.

Nikon D7000 jauh lebih besar dan berat daripada Sony NEX-C3.

Sukacita untuk saya maklumkan, sensor di dalam kamera kecil comel buatan Sony ini adalah sensor 16 megapixel bersaiz APSC yang sama digunakan di dalam kamera DSLR Nikon D7000.

Nikon sudah lama outsource pembuatan image sensor kepada Sony. Banyak lagi model DSLR Nikon lain yang berkongsi sensor yang sama dengan Sony. Contoh lain yang terkenal ialah sensor 36 megapixel tanpa AA filter pada Sony A7R adalah sensor yang sama digunakan di kamera Nikon D810. Sensor 24 megapixel Sony A7 adalah sensor yang sama dengan Nikon D610 dan Nikon D750. Banyak lagi manufacturer DSLR lain seperti Pentax yang menggunakan sensor dari kamera 'kecil-kecil kompak' Sony.

Saya tak ada kamera Nikon D7000, jadi untuk perbandingan saiz dengan DSLR saya letak DSLR Canon 6D di belakangnya.


Jom kita kembali ke perbincangan utama, adakah image quality kamera kecil ini tak elok?

Saya bagi beberapa contoh gambar, tell me what you think.

Please excuse my over the top editing. Ini semua gambar dari tahun 2012/2013, zaman newbie.




Jom kita lagi menggila dengan HDR~




Jadi macam mana?

Kecil tak bermakna tak bagus.

Terutamanya jika 'hatinya' besar. Cia cia cia...


Share lah post ni. Atau jemput tengok gambar-gambar wedding yang saya tangkap guna kamera mirrorless pada tahun 2015 dengan klik di link ini; Saya mahu lihat gambar wedding mirrorless!

Let's keep in touch, jemput sertai saya di instagram saya di bawah;


A post shared by Adzrin Mansor (@adzrinmansor) on

Comments

Popular posts from this blog

Komputer LAMBAT nak start? Tukarlah pakai SSD!

7 Kamera Vlogging Terbaik untuk YouTube

Boleh ke Bina PC Gaming dengan bajet RM2k? (Ogos 2021)