Apple iPhone SE vs Sony Xperia Z5 Compact. Siapa Lebih Hebat?

iPhone SE baru

Apple baru sahaja umumkan iPhone bersaiz 4-inci yang dinamakan iPhone SE.  Specs penuh boleh didapati di Amanz.my. Sebagai seorang pengguna Android tegar, saya ingin tahu bagaimanakah iPhone kecil ini mampu bertahan apabila dibandingkan dengan telefon pintar Android kecil terhebat di pasaran, iaitu Sony Xperia Z5 Compact?

Sony Xperia Z5 Compact. Siapakah yang bakal menang?

Ini perbandingan yang saya dapat buat;

iPhone SE lebih kecil. iPhone SE datang dengan skrin 4-inci tetapi Z5 mempunyai skrin 4.6 inci. Berat Z5 ialah 138g manakala iPhone lebih ringan pada 113g.

Z5 mungkim mempunyai kamera yang lebih hebat. Z5 mempunyai kamera 23 MP manakala SE mempunyai 12 MP sahaja. Kedua-duanya mampu merakam video resolusi 4K. Untuk kamera depan pula, Z5 mempunyai kamera 5MP manakala SE datang dengan kamera 1.2MP. Dikhabarkan bahawa kamera SE direka berasaskan kamera iPhone 6s yang hebat, jadi kita mesti tunggu review penuh apabila SE mula dijual nanti.

Z5 tahan air. Sony Xperia Z5 Compact mempunyai IP68 certification, bermakna ia tahan air sedalam 1.5 meter atau selama 30 minit. iPhone SE tidak mempunyai rating ini.

Z5 mempunyai bateri yang lebih bagus. Bateri di dalam Z5 ialah unit 2700 mAh manakala SE mempunyai unit 1642 mAh. Z5 juga mempunyai fungsi "quick charge" dimanana kita boleh mengisi 60% kapasiti bateri dalam masa 30 minit. iPhone masih belum mempunyai fungsi sebegini.

SE mempunyai processor yang lebih baik. Z5 menggunakan Snapdragon 810 processor dengan 2 GB RAM. Manakala SE menggunakan prosessor A9 yang sama taraf dengan Snapdragon 820.

SE mempunyai rekaan yang lebih menarik. Ok ini subjektif, tetapi rekaan logam SE terasa lebih premium daripada frosted glass pada Z5.

Z5 mempunyai storan lebih besar. Z5 mempunyai ruang storan 32GB untuk internal dan mempunyai pilihan untuk menambah sehingga 200GB lagi dengan micro SD card. iPhone SE datang dengan dua varian, 16GB atau 64GB tetapi tiada slot SD.

Harga? Z5 dijual dengan harga RM2159 di DirectD. iPhone SE masih belum dijual di Malaysia, tetapi ia dilancarkan di USA dengan harga $399 (RM1594) dan varian 64GB dengan harga $499 (RM1993). *Harga official di Malaysia mungkin berbeza.

Apa kata anda? Android atau iOS? Z5 Compact atau SE?

Comments

Popular posts from this blog

Komputer LAMBAT nak start? Tukarlah pakai SSD!

7 Kamera Vlogging Terbaik untuk YouTube

Boleh ke Bina PC Gaming dengan bajet RM2k? (Ogos 2021)