5 Sebab Anda Tidak Perlukan Kamera Yang Mahal


Majoriti penggemar fotografi yang mengggunakan kamera DSLR atau Mirrorless dengan crop sensor, semestinya menyimpan hasrat untuk upgrade ke full frame satu hari nanti.

Antara kamera full frame impian ramai ialah Canon 6D, Nikon D750 dan Sony A7 R II. Biasanya kamera full frame berharga RM5,000 dan keatas.

Dalam posting kali ini saya ingin beri lima sebab kenapa anda tidak perlukan kamera yang mahal-mahal!

1. Keselamatan

Malaysia ni kan aman. Sejak awal tahun ini je ada empat orang dalam friend list saya yang kereta kena pecah masuk dan kamera mereka dicuri. Kalau kamera full frame lima enam tujuh ribu kena curi, memang menangis tak berlagu! Kalau kamera yang tak terlalu mahal macam Canon 550D contohnya, bila kena curi memang sakit hati tapi sekurang-kurangnya taklah kerugian besar sangat.

2. Lens lagi penting dari kamera.

Kos kamera crop yang rendah bantu kita belajar guna lens itu dan ini. Contohnya kita ambil 5D Mark III dengan 50mm f/1.4. Kita dapat merasa satu lens je. Tapi kalau guna crop, contohnya 700D, baki banyak ribu tu, banyak lens boleh cuba. Beli telephoto cuba shoot wildlife, sports. Beli wide shoot landcape, milky way etc. Beli primes shoot portraiture, street. Tukar lens, kita boleh tukar perspektif imej yang boleh ditangkap dengan lens tu dengan drastik sekali. Tidaklah stuck kat satu lens sahaja.

3. Full frame bagus dalam low light?

Korang banyak berkerja dalam situasi gelap tak banyak cahaya? Add light. Speedlight atau external flash ni dalam tiga ratus, paling mahal pun seribu lebih. Bukan empat ribu macam beli kamera full frame.

4. Bokeh is overrated.

Saya mengaku full frame boleh hasilkan gambar dengan background blur yang lagi smooth, cantik lagi lazat. Tapi artis ambik selfie, beratus ribu orang suka tengok sebab content gambar. Kalau gambar bokeh lazat mana sekalipun, geng photographer sendiri je yang suka tengok bokeh ni. Orang bukan photographer tak ambik kisah langsung pasal bokeh. Kalau tengok gambar-gambar pemenang anugerah photojournalism, menang sebab apa? Cerita di sebalik gambar. Perjuangan dia. Tak pernah lagi dengar orang menang sebab bokeh blur dia paling banyak.

5. Belanjakan duit kepada travel daripada beli equipment.

Contoh ada seorang ni, dia ada equipment terbaik di dunia, tapi dia punya equipment duduk je kat rumah. Duit habis beli equipment takde duit nak keluar. Ada seorang lagi pakai equipment murah je, tapi duit dia banyak guna untuk beli tiket kapal terbang dan bayar hostel berjalan merata dunia. Cuba teka siapa akan hasilkan gambar yang lebih menarik? Korang pun tahu jawapannya.

Itu adalah 5 sebab kenapa kita penggemar aka hobbyists tak perlukan kamera mahal-mahal. Pakai entry level pun tak menjadi masalah pun. Full frame entry level macam D610 dan 6D pun ada kalau mahu. Pengguna kamera crop, jangan rasa rendah diri sebab 'hanya pakai crop'. Semua benda ada plus minus dia.

Professional lain, mereka memang lah perlukan kamera yang mahal-mahal. Untuk kita yang sekadar penggemar fotografi, entry level is good enough.

BACA LAGI:

'5 Sebab Kenapa Anda Perlukan Kamera High End - Untuk Working Professional'

'Dua Kamera Saya Syorkan Untuk Kegunaan Travel'

Share lah!
Adzrin Mansor
www.adzrinmansor.com

Comments

Popular posts from this blog

Komputer LAMBAT nak start? Tukarlah pakai SSD!

7 Kamera Vlogging Terbaik untuk YouTube

Boleh ke Bina PC Gaming dengan bajet RM2k? (Ogos 2021)