Spesifikasi Canon EOS-1D X Mark II Diumumkan


Canon baru sahaja umumkan specs untuk kamera flagship terbaru mereka iaitu Canon EOS-1D X Mark II. Kamera ini dijangka akan dijual dengan harga US$6000, rendah sikit daripada pesaing kuat Nikon D5 yang dijual pada harga US$6500.

1DX baru ini dilengkapi dengan sensor Dual Pixel CMOS, AF & Movie Servo AF untuk high speed, frame rate tinggi dan continuous autofocus semasa rakaman video. 1D X Mark II mempunyai burst mode sepantas 14 fps atau 16 fps dalam Live View Mode, dan ISO native 100–51200; dengan expansion ISO hingga 409600.



4K video boleh dirakam dengan frame rate 60fps (59.94), dalam format Motion JPEG, jadi ia menyokong fungsi 8.8-Megapixel in-camera still frame grab. Menariknya kita boleh merakam full 1080p HD dengan frame rate 120fps untuk slow motion.

Kamera 1D X Mark II meneruskan tradisi body 1 series yang dibina dengan aloi magnesium yang kukuh untuk kegunaan lasak sports photographer dan photojournalist. Spesifikasi lain adalah seperti di dalam jadual di bawah;

  Canon EOS ID X Mark II
 Effective Pixels 20.2 megapixels
 Sensor Size Full Frame 36 x 24mm
 Video 4096 x 2160 @ 60/50/30/25/24fps
 1920 x 1080 @ 120/100/60/50/30/25/24fps
 Lens Mount Canon EF
 Auto Focus 61 AF point
 41 Cross-type sensor
 all 61 point support focusing at f/8
 support Dual Pixel CMOS AF system
 EOS Intelligent Tracking and Recognition(iTR)
 Metering 216-zone 360,000 pixel RGB+IR Sensor
 EOS Intelligent Subject Analysis(iSA)
 Shutter Speed 1/8000s to 30s,Bulb
 ISO Sensitivity ISO 100-51,200
 Expansion to ISO 409,600
 Continuous 14fps(with AF / AE)
 16fps(without AF / AE)
 up to 170/73 full-size RAW+JPEG(CFast/CF)
 LCD Screen 3.2 inch 1,620,000 pixel Touch LCD
 ViewFinder 100% coverage 0.76x magnification optical viewfinder
 Wi-Fi / NFC / GPS built-in GPS
 Recording Media CFast 2.0 / CF
 All-Weather Yes
 Battery LP-E19 rechargeable battery
 up to 1210 shots per charge
 Dimension 158.0 x 167.6 x 82.6mm
 Weight 1530g


Comments

Popular posts from this blog

Komputer LAMBAT nak start? Tukarlah pakai SSD!

Laptop LAWA Macam Jenama ‘Buah’ Tapi HARGA RAKYAT

Budget RM1500 Jangan Beli Laptop, Bina PC!