CIPA Ratings - Cara Mudah Memeriksa Jangka Hayat Bateri Kamera Sebelum Membeli
Macam smartphone, kita mahukan kamera kita itu dilengkapi dengan bateri yang tahan lama. Kalau bateri habis dengan begitu cepat macam mana nak pakai kan?
Dalam dunia kamera, The Camera and Imaging Products Association (CIPA) di Jepun sejak tahun 2002 telah mengasaskan metod standard untuk menguji jangka hayat bateri sesebuah kamera.
Ujian itu cuba meniru cara penggunaan pengguna sebenar dengan mengambil gambar setiap 30 saat, separuh dengan flash separuh lagi tanpa flash. Lens juga dizoom sepenuhnya sebelum gambar diambil dan skrin dibiarkan terpasang. Selepas 10 shot kamera itu ditutup sementara dan semua langkah di atas ini diulang semula.
Jumlah gambar yang boleh ditangkap sebelum bateri kamera tersebut habis akan direkodkan sebagai CIPA ratings.
Contoh CIPA ratings beberapa kamera terkenal ialah;
Nikon D600 - 900 shots
Canon EOS-6D - 980 shots
Canon EOS-7D Mark II - 670 shots
Canon EOS-700D - 440 shots
Sony A7S II - 370 shots
Sony A6000 - 360 shots
Jadi semasa mencari kamera, penting untuk kita mencari rating CIPA ini kerana melalui CIPA ratings ini kita boleh menjangkakan berapa banyak shots boleh diambil sekali cas untuk mengetahui jangka hayat bateri kamera kita.
Namun kita harus tahu yang CIPA tests ini hanya anggaran kerana penggunaan sebenar boleh jadi lain sedikit dari cara ujian CIPA. Biasanya kita akan dapat jumlah shots yang lebih sedikit daripada CIPA ratings mengikut cara penggunaan kita.
Contohnya Canon EOS-7D yang saya gunakan, mempunyai CIPA rating 800 shot, tetapi dalam kegunaan saya, saya boleh mencapai 1400 shot kerana cara kegunaan saya yang kurang menggunakan flash dan kurang review gambar di skrin kamera.
Sebelum beli, check lah CIPA ratings dengan google search nama kamera dan 'CIPA shots'. Untuk kamera mirrorless dan DSLR entry level, biasanya di sekitar 400 shots per charge dan untuk kamera DSLR mid range dan high end biasanya di sekitar 800 shots per charge.
Berapa CIPA ratings kamera korang pula?
Comments
Post a Comment