Shutter Count/Limit - Apa Yang Anda Perlu Tahu

Group atau forum fotografi takkan sah kalau takde soalan;

"macam mana nak check shutter count kamera saya?"


Ramai orang salah anggap mirror lifting mechanism di atas ini ialah shutter mechanism. Sebab tiada mirror lifting mechanism pada kamera mirrorless, maka shutter mechanism pun tiada pada kamera mirrorless. Eh? Saya telah bincangkan hal ini dalam posting yang lepas - Mirrorless Tiada Shutter Count?


Eh shutter count sampai limit?

Dah semua panik nak check shutter count kamera masing-masing.


Dalam gambar di atas ini ialah focal plane shutter mechanism yang mengawal durasi kemasukan cahaya ke sensor kamera kita - shutter speed. Dia ada 'curtains' yang bergerak untuk buka dan tutup. Satu cycle pergerakan dipanggil satu 'actuation'. Setiap satu kali ambil gambar, satu cycle dia bergerak, bermakna kita dah guna satu actuation.


Kebanyakan syarikat pembuat kamera akan test ketahanan module shutter mechanism buatan mereka. Selepas testing, mereka akan bagi anggaran berapa cycle/actuation mechanism ini boleh berfungsi tanpa perlu servis.

Pay attention kepada perkataan 'tanpa perlu servis' tu. Lain kamera lain shutter count rating dia. Ini beberapa contoh rating dia.

Canon 6D - 100,000 actuations.
Canon 5D Mark II - 100,000 actuations
Canon 1DX - 300,000 actuations
Sony A7R II - 300,000 actuations

Kebanyakan kamera akan 'rated' kat 100,000 actuations.

Ok, apa jadi kalau dah capai 'limit' 100,000?

Penggunaan perkataan 'limit' disini agak salah. Mana ada capai 100,001 actuation terus kamera meletup. Selepas mencapai 100,000 actuations pun kamera akan terus berfungsi macam biasa. Cuma risiko untuk mechanism failure itu lebih tinggi berbanding sebelumnya. Sebab tanpa servis kan.

Macam enjin kereta lah. Kalau kita drive lama-lama tanpa hantar servis ikut jadual, dah tentu kereta tu boleh je bergerak, tapi risiko untuk kerosakan berlaku, enjin mati tersadai tepi jalan, itu lebih tinggi daripada kereta yang diservis mengikut jadual. Sebenarnya engine failure boleh berlaku bila-bila masa sahaja pun. Baru keluar kilang pun kalau ada cela sikit, rosak.

Kalau dah sampai 100,000 actuations takde masalah nak guna kalau rasa nak guna lagi. Ada pengguna Canon 5D Mark II dilaporkan capai sampai 8,000,000 (8 juta) shutter actuations baru mechanism failure dan perlu diservis. Baru nama pushing your limits haha.

Jadi shutter count 100,000 bukan limit ok. Just pastikan masa buat job penting korang ada secondary camera kalau ada apa-apa berlaku kat kamera utama. Semua professionals akan ready dua kamera pun walaupun dua-dua brand new. Just in case.

Mechanism failure berlaku bila kita set 1/1000s tapi masa ambil gambar lambat macam pakai 1/10s. Kalau tak mahu risiko menunggu failure ini berlaku, hantar servis. Masuk workshop. Selesai.

Kamera full frame seperti 5D Mark II yang dijual pada harga sekitar RM3500 used, kalau hantar servis tukar shutter mechanism baru, boleh guna tanpa risau balik. Kos biasanya cuma RM700-800, bukan RM3500 macam beli kamera lagi satu.

Dalam dunia membeli dan menjual kamera terpakai, shutter count cuma unit untuk menilai tahap/durasi gunaan sesuatu kamera. Kalau shutter count tinggi, maka ia petanda tahap guna tinggi dan susut nilai harganya haruslah tinggi. Tengok harga di kedai, sc 100k mestilah harga lagi rendah dari sc 20k kan? Ada je orang nak beli kamera sc 100k sebab nak murah - dan faham shutter tiada 'limit'.

Bila perlu check shutter count? Masa nak jual kamera sebagai petanda tahap kegunaan je. Situasi lain tak perlu. Abaikan. Keep calm and take pictures.

Soalan yang paling ditunggu ramai, macam mana nak check shutter count?

Nikon - Kebanyakan kamera Nikon simpan shutter actuation data dalam EXIF files. Guna program macam EXIF viewer macam EXIFTool, Opanda IExif dan macam-macam lagi boleh dicari di internets.

Sony - Sama macan Nikon, Sony simpan shutter count data dalam EXIF. Upload gambar JPEG yang diambil straight out of camera ke website Sony Alpha shutter count tool ni, nanti dia akan beritahu shutter count.


Canon - Canon ni jahat sikit dia macam tak bagi orang check shutter count. Kadang-kadang boleh dapatkan info shutter count guna EOS info. Cuba lah.


OK SAYA BALIK DULU! SAYA NAK CHECK SHUTTER COUNT! TAKUT SAMPAI LIMIT!


Let's keep in touch, follow saya di facebook untuk updates terbaru dari saya. Klik pada link ini.

Comments

Popular posts from this blog

Komputer LAMBAT nak start? Tukarlah pakai SSD!

7 Kamera Vlogging Terbaik untuk YouTube

Boleh ke Bina PC Gaming dengan bajet RM2k? (Ogos 2021)