Mencuba Tiga Perisian Editing Gambar Percuma. Ini Pendapat Saya


Perisian Adobe macam Photoshop dan Lightroom memang bagus, tapi software tu mahal. Ramai orang download/torrent/pirate. Mencuri tu. Sebab tu bila orang tanya saya macam mana nak torrent software Adobe saya tak ajarkan. Buat jahat senyap-senyap sendiri je, tak boleh ajar orang lain buat jahat sama. Betul tak?

Di atas ini saya tunjukkan perisian Adobe Lightroom 5.7. Versi 6 atau CC ada dengan harga USD$147 atau USD$9.99 sebulan.

So, saya ada download dan cuba tiga software alternatif yang free terutamanya untuk orang yang nak experiment shoot dengan RAW sebab saya kan selalu galakkan orang shoot RAW untuk benefits dia.



1. Google Picasa 3.

Interface sangat user friendly dan design yang simple, novice users pun boleh guna dengan senang. Tapi features dia terlalu basic. Baik ambil gambar JPEG, copy dalam android dan proses guna Snapseed atau VSCOCAM – mungkin lebih banyak fungsi boleh digunakan di dua apps free tu. Lagi satu, tak semua RAW files dari semua kamera dia boleh buka, Google dah lama tak update database Picasa jadi kebanyakan kamera baru boleh buka RAW files, tapi jadi colour cast macam dalam screenshot di atas tu.

Perisian ini boleh didapati di laman web Google - Google Picasa 3



2. Capture One Express for Sony.

Perisian dari Phase One ini boleh didownload secara percuma untuk pengguna kamera Sony. Saya dah cuba download, bagus juga. Banyak features yang advanced ada. Perisian ini boleh proses RAW files dari kamera Sony sahaja, tapi masih boleh terima semua jenis JPEG.

Tapi, function penting macam keystone corrections yang penting bagi saya terkunci, kalau nak kena beli Capture One Pro for Sony yang berharga 50 Euro atau beli Capture One Pro 9 penuh pada 269 Euro. Selain tu exporting gambar selepas editing sangatlah perlahan berbanding Adobe. Mungkin ini isu komputer saya? Saya tak pasti.

Perisian ini boleh didapati di laman web ini - Capture One Express for Sony



3. Digital Photo Professional dari Canon

Masa beli kamera DSLR Canon ada kotak kan, dalam kotak tu ada CD warna silver tulis 'EOS Digital Solutions Disk'. Mesti ada software ini. Kalau tak ada, boleh dimuat turun dari website Canon.

Perisian ini juga hanya proses RAW dari kamera Canon dan tidak akan terima RAW dari kamera jenama lain. Ia boleh terima semua jenis JPEG, tapi banyak pula fungsi jadi terkunci. Fungsi macam HSL boleh diakses, tetapi fungsi basic seperti brightness itu pun terkunci? Why Canon? Why? Bila kita gunakan format RAW, kebanyakan features penting ada dan sangat usable - kecuali keystone corrections.

Export gambar juga perlahan, tetapi tak seperlahan Capture One.

Perisian ini boleh didapati di laman web ini - Canon Europe Support


Secara konklusinya untuk kegunaan basic, pada pendapat saya paling senang proses sajalah di smartphone menggunakan apps seperti Snapseed atau VSCOCAM. Dua-dua apps ini ada banyak fungsi yang kita boleh gunakan secara percuma. Dan handle JPEG files di smartphone lebih mudah. Kalau mahukan RAW, Snapseed boleh proses gambar RAW dalam format universal DNG sejak Android 5.0 Lollipop.

Untuk kegunaan advanced pula, perisian dari Adobe masih lagi perisian editing gambar yang terbaik. Tapi untuk dapatkan perisian yang sah kena bayar hampir RM700. So kenalah berusaha lebih kuat dapatkan pendapatan yang cukup melalui fotografi. Barulah pulang modal untuk beli.

Let's keep in touch, ikut perkembangan terbaru saya di facebook. Klik di sini.

Comments

Popular posts from this blog

7 Kamera Vlogging Terbaik untuk YouTube

Komputer LAMBAT nak start? Tukarlah pakai SSD!

Boleh ke Bina PC Gaming dengan bajet RM2k? (Ogos 2021)