Lens Hood, Perlukah?

Perlukah pakai lens hood?

Lens hood bertujuan untuk menghalang cahaya masuk dari angle pelik-pelik di tepian lens, kita nak cahaya yang masuk dari depan lens je.

Konsep dia sama macam mata manusia jugak. Bila panas terik kita pakai topi untuk kurangkan silau.

Bila ada cahaya masuk dari tepi lens, dia berselerak dalam lens. Silau ni buatkan gambar kurang contast, kelabu je. Sebab inilah orang pakai lens hood.

Lens hood ada dua jenis, round dan petal. Round tu biasa lah membulat je sekeliling lens. Petal pulak direka untuk extend sejauh mungkin kehadapan tanpa masuk dalam gambar, sensor kan empat segi, jadi sisi tepi lens hood tu dipotong untuk elakkan dia menghadang imej di tepi gambar.

Selain menambah baik contrast dengan menghalang cahaya daripada berselerak dalam lens, lens hood juga boleh melindungi kaca lens. Masa kita letak kamera kat bahu terhayun-hayun, terlanggar mana-mana lens hood yang terkena dulu, bukan kaca lens tu. Takdelah calar.

Kalau lens korang dah ada lens hood, gunakanlah ia. Tak payah simpan dia reversed kat lens, pasang dia forwards, gunakanlah ia.

Sesetengah lens tidak dibekalkan sekali dengan lens hood. Itu kena beli asing. Kalau selalu terkena masalah flare ghosting dan kekurangan contrast, cuba lah beli satu kalau mahu.

Orang kata pakai lens hood pun nampak lagi macho kan... hahaha...


Comments

Popular posts from this blog

Komputer LAMBAT nak start? Tukarlah pakai SSD!

7 Kamera Vlogging Terbaik untuk YouTube

Boleh ke Bina PC Gaming dengan bajet RM2k? (Ogos 2021)