Berapa Banyak Megapixel Yang Kita Perlukan?


Dulu kita selalu dengar kamera yang mempunyai lebih banyak megapixel lebih baik. Banyak syarikat pembuat kamera berperang sesama mereka untuk menghasilkan kamera dengan jumlah megapixel yang lebih banyak!

Megapixel merujuk kepada berapa besar resolusi maksimum gambar yang boleh diambil menggunakan kamera tersebut. Sebagai contoh, kamera 24 megapixel boleh menghasilkan gambar sebesar 6000 x 4000 pixel.

6000 x 4000 = 24 juta(mega) pixel

Semakin besar saiz resolusi gambar yang kita ada, lebih besar saiz gambar yang kita boleh cetak dan lebih banyak kebebasan untuk kita lakukan cropping tanpa hilang banyak informasi pixel.

Tetapi berapa besarkah yang kita perlukan? Dengan hanya 5 megapixel kita boleh mencetak gambar bersaiz kertas A4 dengan selesa tanpa kekurangan kualiti. Jika anda ingin memuat naik gambar ke facebook atau instagram, anda hanya memerlukan gambar bersaiz 2 megapixel sahaja!


Oleh kerana kebanyakan kamera digital, termasuk telefon pintar, masa kini mampu menghasilkan imej bersaiz 8 megapixel atau lebih, semua kamera takkan ada masalah untuk hasilkan gambar untuk dimuat naik ke media sosial dan dicetak saiz besar.

Kalau anda adalah seorang jurufoto landskap atau jurufoto studio yang memerlukan banyak details, anda akan lebih menghargai kamera denga megapixel count yang tinggi seperti Canon 5DSR dan Sony A7R II. Tetapi majoriti daripada pengguna kamera hanya mahukan gambar cantik untuk dimuat naik ke media sosial.

Kita boleh katakan lah, perang megapixel tidak lagi membawa apa-apa makna untuk kegunaan kebanyakan pengguna masa kini.

Let's keep in touch, follow saya di facebook dengan klik pada link ini. Terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

Komputer LAMBAT nak start? Tukarlah pakai SSD!

7 Kamera Vlogging Terbaik untuk YouTube

Boleh ke Bina PC Gaming dengan bajet RM2k? (Ogos 2021)