Boleh ke bina PC Home Office Bajet RM1k? (Ogos 2021)

Dalam blog post yang lepas saya dah listkan parts list PC Gaming pada bajet sekitar RM2.1k . Tapi saya teringin nak tengok HOW LOW CAN WE GO? Yelah sekarang ni ramai mencari komputer. Sama ada nak buat home office ataupun nak bagi anak belajar secara online. Masalahnya, ramai juga yang jadi mangsa page facebook scam . Modus operandi mereka biasanya diorang akan buat FB ADS, mereka gunakan nama page ala-ala kedai komputer atau kata "cyber cafe gulung tikar" jual PC terpakai yang spec power pada harga yang sangat murah. Sebab harga terlalu murah sebab nak tarik mangsa. Bila mangsa buat bank transfer bayaran, mereka pun block. Mereka pun lesap bersama duit anda.. Jangan lah buat macam tu! Biasa beli barang dari Shopee dah kan? Setakat ni semua barang selamat sampai kan? Ok apa kata beli parts PC satu persatu, dan pasang sendiri di rumah. Ini akan jadi aktiviti yang menyeronokkan terutamanya remaja yang suka bertukang macam saya. Tak susah pun sebenarnya. Senang je. Boleh ikut Yo