Komputer LAMBAT nak start? Tukarlah pakai SSD!


Korang punya komputer lambat nak start?

Kalau bukak program berat macam Google Chrome atau Photoshop, loading lama barulah dia bukak?


Kemungkinan besar komputer korang masih lagi menggunakan Hard Disk Drive (HDD) sebagai boot drive.

1. Apa salah hard disk?

Hard disk drive ni memang pilihan paling murah per-GB untuk penyimpanan data. Dalam isi perut HDD ada disk yang berpusing dan data ditulis/dibaca oleh satu jarum pembaca.


Sebab tu masa beli HDD dia mesti tulis berapa RPM dia berpusing. 5400RPM lah, 7200 RPM lah. Tapi dia boleh pusing laju mana sangat... HDD ni biasanya read/write speed dia di sekitar 80-160 MB/s sahaja.

Sebab read/write speed dia slow lah kenapa komputer korang punyalah lambat nak start, dan program berat yang korang launch ambik masa lama nak run!


2. Memperkenalkan SSD!


Macam gambar kat atas ni, Solid state drive (SSD) ni takde disk yang berputar tapi dia hanya terdiri daripada koleksi cips. Sebab takde disk berputar lah SSD ni LAJU! 

Tadi HDD punya read/write speed di sekitar 80-160MB/s kan...

SSD punya read/write speed di sekitar 500MB/s tau!

Pakai SSD ni, gerenti windows nak boot lagi laju dan nak bukak program berat jadi lebih laju berbanding HDD.


Korang pakai laptop lama, masih sayang lagi taknak beli baru? Upgrade kan HDD dia jadi SSD. Laptop lama bila upgrade ke SSD pun boleh jadi laju balik (provided processor masih elok dan RAM masih mencukupi)

tengok video kat bawah ni perbezaan laptop yang sama tapi satu pakai HDD lagi satu pakai SSD



Nampak kan perbezaan dia?

3. Berapa saiz SSD yang kita perlukan?

Biasanya HDD ni orang beli 1Terabyte (1TB = 1,000GB).
Tapi bila masuk bab SSD ni orang biasanya beli 120GB, 240GB dan keatas.

120GB/128GB - Light user. Saiz sesuai untuk orang yang guna komputer untuk menaip dokumen word, browse internet, kegunaan ringan. Game pun main satu dua game je.

240GB/250GB - Common user. Saiz ini saya lebih rekemen untuk kegunaan ramai orang. Kapasitinya cukup besar untuk berbagai kegunaan, tapi tak terlalu besar jadi harganya masih mampu milik.

480GB/500GB - Heavy user. Saiz ni sesuai untuk orang yang banyak pakai program berat. Contohnya Adobe suite, semua Photoshop, Lightroom, Premiere, After Effects, semua dia install. Game pun dia tak main satu dua. Dia install empat lima game. Sebaiknya pakai kapasiti besar macam ni (nak lebih sampai 1TB pun ada tapi harga lah mahal).

960GB/1TB - Orang kaya. Joking. Power user contohnya video editor yang edit video resolusi 4K sebaiknya pakai SSD besar camni untuk edit sebab video 4K memang besar. 

Saya sendiri pakai 2 SSD dalam komputer. 250GB boot, 480GB untuk 'working drive' iaitu tempat letak segala footage untuk edit dan render out supaya proses editing laju. Saya shoot 1080p je jadi buat masa ni cukup dah. Belum terbuka hati nak shoot 4K lagi haha.


4. Kat mana nak beli SSD?

Kat bawah ni saya bagi links menuju ke penjual yang saya percaya dan pernah beli dari Lazada. Bila kita beli dari store yang dipercayai, diorang ni selamat, reliable, dan senang. Order dan tunggu diorang pos barang tu sampai kat rumah.

Nak beli kapasiti apa pepandai la korang pilih kat situ ;-)

Untuk kebanyakan orang - APACER AS350 (klik sini)

Untuk power user/video editor - Samsung 860 EVO (klik sini)

Samsung mahal, tapi ramai puji kat forums sebab tahan lama, dan boleh lagi banyak read/write cycles dari SSD yang murah. Sebab tu saya rekemen Samsung untuk power user.


5. Kejap, apa itu M.2?


Kebanyakan komputer baru support SSD bentuk baru yang dipanggil M.2. Chip kecil yang kita boleh cucuk terus ke motherboard. Kelebihan M.2 ialah

- Saiz lebih kecil
- Tak payah wayar cucuk terus pada slot PCIE motherboard
- Tapi, harganya kadang-kadang mahal sikit dari 2.5" drive

6. Kejap, apa itu NVME?

SSD dalam bentuk M.2 ni ada dua jenis - SATA dan PCIe yang merujuk kepada jenis sambungan M.2 tu kat motherboard.

PCIe zaman sekarang banyak guna protokol NVME.


NVME punya read/write speed boleh mencecah 3,000MB/s
SATA punya read/write speed sama macam 2.5" je sekitar 500MB/s.

Biasanya kebanyakan motherboard desktop atau laptop korang punya M.2 slot boleh terima dua-dua SATA ataupun PCIe NVME. Tapi sebab perbezaan harga tak jauh antara SATA dan NVME, elakkan beli SATA. Beli NVME M.2 terus okey!

Tak paham?

NVME > SATA

Paham ni je kira dah cukup dah brader haha.


7. Apa M.2 SSD yang Rin rekemen?


Untuk kebanyakan orang - Kingston A1000 NVME (klik sini)

Untuk gamer budget - ADATA XPG SX6000 Lite (klik sini)

Untuk power user budget - ADATA XPG SX8200 Pro HIGHLY RECOMMENDED (klik sini)

Untuk power user  - Samsung 970 EVO (klik sini)


8. Habis tu HDD tak payah beli ke?

Eh jangan camtu,

Hard disk masih lagi berguna untuk penyimpanan files. Beli lah 1TB ke hape untuk buat simpan file yang tak perlukan speed.

Untuk kegunaan dalam desktop - Seagate Barracuda 1TB 3.5" 7200RPM (klik sini)

Untuk kegunaan dalam laptop - Seagate Barracuda 1TB 2.5" (klik sini)

Untuk kegunaan external - Seagate Expansion (klik sini)


Ok selamat bershopping guys,

Apa-apa nak cari saya boleh cari di Facebook atau Instagram

Comments

Popular posts from this blog

3 Laptop Mampu Milik Paling BERBALOI (Awal 2019)

Jom Belajar Aperture, Shutter Speed dan ISO dalam 3 minit je!

5 Kesilapan BESAR Ramai Photographer Amatur