Kenapa Rin buat video maki TM UNIFI BAB1?


Ramai rakyat Malaysia (actually orang sekeliling aku je kot lol) selalu komplen pasal internet diorang slow. Topik internet slow ni boleh menyatu-padukan seluruh rakyat Malaysia lagi kuat dari semangat patriotisme masa 31 ogos.

Bila diorang alami masalah internet slow, biasanya diorang terus salahkan Internet Service Provider (ISP) tak kira lah TM Unifi ke, Maxis ke ape. Macam biasa lah, tulis posting komplen pasal internet slow di media sosial pastu lain pakat share ha ye ye betul. Pastu ada yang sampai call customer service hanya untuk maki diorang.

Berdasarkan pemerhatian aku, (memang ada sekali sekala salah ISP) tapi majoriti masalah internet slow ni sebab hardware networking yang kita pakai tak mencukupi. Majoriti hanya bergantung kepada hardware yang 'FREE' dari ISP je. Bila ISP cadangkan solusi yang lebih baik pun ramai tak nak ambik sebab kena bayar lebih.

NETWORKING NI SAMA MACAM PC JUGAK

Dalam dunia PC dan jugak networking, cheap thing not good. good thing not cheap.

Bukannya nak kata wah aku pandai, orang lain bodo. Bukan. Kalau punca internet slow tu ialah hardware yang berada di rumah kita, lagi senang kita nak baiki dan upgrade. Paham? Benda simple.

BAB1

Ada member aku komplen pasal internet slow. Rupanya Wi-Fi receiver kat komputer diorang yang tak elok. Penerima tak elok, letak lah pemancar kuat mana pun slow jugak.

Time tu aku baru download video editing software baru, jadi aku nak try lah. Mesej kat atas tadi tu yang begitu simple aku jadikan dalam bentuk video.



Tak sangka ramai orang share. Sebab clickbait kot. Ingatkan budak ni punya video sama macam orang lain. Maki hamun TM UNIFI. Rupa-rupanya si budak Rin ni ajarkan solusi baru. Video ni power giler kat Facebook sampai dapat 100,000 views dan 1,600 shares. Mak aih terbaik.

Tak lama lepas tu OOKAS The Networking Store contact aku, diorang tanya nak tak review diorang punya TP Link Deco M5 Mesh Wifi. Seperti kebiasaannya dalam industri tech ni, diorang selalu bagi barang je untuk review tapi takde beri duit upah imbuhan rasuah ke ape untuk kita buat review. So reviewer boleh bagi pendapat sejujur yang mungkin.

Aku bukan reviewer sangat pun sebab aku pun bukannya pakar dalam bidang networking ni. Aku cakap ok lah aku try buat sebagai BAB2.

BAB2

Aku terbaca posting dari seorang uncle mana entah, komplen pasal wi-fi dia tak capai bilik tidur, jadi dia puji (dengan sarkastik) ISP dia iaitu Maxis Fibre sebab menggalakkan keluarga dia tidur dengan baik, jangan main internet sebab signal internet tak sampai ke bilik tidur.

Again, ini masalah hardware yang ada kat rumah pengguna. Maki Maxis bukannya dapat selesaikan pun. Jadi aku buat video ajar cara nak selesaikan masalah wi-fi tak kuat kat rumah bertingkat.







A post shared by Rin (@rinmansor) on


Video BAB2 pulak cakap pasal kenapa wi-fi asyik putus dan aku memeperkenalkan teknologi mesh wifi yang menyelesaikan masalah wi-fi tak boleh capai ceruk rumah yang jauh atau tingkat atas rumah. Bab2 dapat 43,000 views dan 600 shares. Not bad.

Antara soalan yang biasa aku terima selepas aku memperkenalkan mesh wifi ni ialah;

1) apa beza mesh dengan repeater atau extender?
2) mahal la, murah lagi ada?

Ok ada 5 cara nak tambah range wifi kita supaya boleh pergi jauh.


1) Tarik kabel LAN. Cara paling murah. Tapi korang kena tarik wayar kat dinding rumah dari router ke komputer. Kalau wayar tu tak tanam dalam dinding, nampak la wayar kita pakukan ke dinding. Pastu satu komputer yang ada wayar LAN tu jela yang dapat internet.


2) Tarik kabel LAN, pastu letak router kedua sebagai Access Point. Jadi korang ada dua SSID atau wifi signal. Contohnya router 1 keluarkan signal 'WIFI Tingkat 1' pastu router 2 keluarkan signal 'WIFI Tingkat 2'. Masalahnya kalau korang dari tingkat 1, naik tingkat 2. Smartphone korang masih lagi connected dengan router tingkat bawah jadi korang pun dapat wifi slow kat tingkat atas. Kena tukar setting kat phone manually. Kan payah?


3) Guna wireless repeater. Benda alah kecik yang terima signal pastu retransmit balik signal tu. Bandwith korang jadi separuh. Aku pun pakai benda ni. Dia takleh support banyak device.


4) Powerline. Guna wayar elektrik untuk transmit signal internet. Benda ni pun bukannya murah tau haha.


5) Mesh wifi. Bagi aku mesh wifi ni terbaik sebab;

- berbanding tarik kabel sistem mesh wifi ni totally wireless
- berbanding repeater, mesh wifi ni terdiri daripada beberapa unit yang berkerjasama sebagai satu router yang besar. dia bukan terima pastu retransmit. speed dia lagi bagus.
- berbanding access point atau repeater, mesh wifi ni keluarkan satu signal yang sama.




Ada lah yang komplen, mesh wifi ni mahal la. Yep tapi pada aku berbaloi sebab dia memang set dan forget.

- sistem totally wireless
- korang naik lah tingkat satu dua tiga ke, semua keluarkan satu signal wifi yang sama takyah tukar setting. senang amat.

Nak bagitahu, Maxis Fibre ada jugak bagi pilihan untuk guna mesh wifi model Airties 4830 kalau korang subscribe plan 500mbps atau 800mbps dia bagi dua bijik free.


TAPI, ramai guna 300mbps je kan? Plan 300mbps kena beli RM300 satu unit.


Mana ada orang beli SATU. Mesh wifi ni sekurang-kurangnya DUA. RM600.

Takpe, your choice. Lebih kurang aje. Yang penting kalau rumah korang dua tingkat atau lebih, aku highly recommend pakai mesh wifi.

Aik, iPhone lima ribu boleh beli takde bising. iPhone sebijik tu sorang je boleh pakai. Networking gear under seribu ringgit tapi dalam satu rumah, semua orang boleh pakai. Lagi berbaloi beli mesh wifi.


BAB3

Video ni pulak aku buat nak introduce teknologi wi-fi terbaru yang dipanggil wifi AX atau wifi 6.



Teknologi ni masih lagi terlalu baru dan tak banyak device yang support. Tapi seronok dapat tahu dah ada teknologi yang address masalah network congestion bila ada banyak device dalam network yang sama.


MASIH PENING?

Jangan risau, experts kat OOKAS, kedai networking terkemuka Malaysia ada artikel yang lagi detail pasal

- OOKAS How mesh wifi works (klik sini)
- OOKAS The router upgrade guide (klik sini)


Ok semoga bermanfaat

Comments

Popular posts from this blog

3 Laptop Mampu Milik Paling BERBALOI (Awal 2019)

Jom Belajar Aperture, Shutter Speed dan ISO dalam 3 minit je!

5 Kesilapan BESAR Ramai Photographer Amatur