Orang cakap GEAR DOESN'T MATTER tapi dia pakai kamera MAHAL


"Rin, sifu-sifu selalu cakap gear does not matter. Tapi bila aku tengok gear diorang sendiri pakai kamera full frame mahal dan sedap. Camne tu?"

1. Full frame vs crop.

Memang full frame sedap kalau dibandingkan dengan crop sensor. Tak dapat dinafikan bila aku first time upgrade dari crop ke full frame, memang terasa perbezaan kualiti imej dia.

Kalau ada budget, aku sendiri pun akan rekemen full frame. Kelebihan full frame ni tak yah pakai lens mahal, full frame kalau dengan lens murah 50mm f/1.8 je pun dah cukup lawa dah macam gambar ni. #DoneRacun 😂

2. Gear does matter, but not that much.

Gear mahal ada banyak features tambahan yang membantu mudahkan kerja. Tapi apa yang sifu-sifu tu nak sampaikan ialah, jangan kejar sangat gajet tu.

Mula-mula kena kejar skill dulu. Dah cukup skill barulah pelan-pelan upgrade gear. Sebab kalau pakai kamera murah, tangkap gambar tak lawa tak rugi. Kalau pakai kamera mahal tapi still tangkap gambar buruk, itu memang rugi 😋

Korang yang membaca tu, citer sikit korang pakai crop sensor ke pakai full frame. Ke korang tak pasti sensor tu amende 😂 takpe jangan segan untuk bertanya.


Comments

Popular posts from this blog

3 Laptop Mampu Milik Paling BERBALOI (Awal 2019)

5 Kesilapan BESAR Ramai Photographer Amatur

Jom Belajar Aperture, Shutter Speed dan ISO dalam 3 minit je!