Honor 20 Lite - Bakal Raja Phone Bajet 2019?


KUALA LUMPUR 17 April - Honor Malaysia baru je lancarkan smartphone midrange terbaru diorang iaitu Honor 20 Lite.

Smartphone ini dilengkapi dengan skrin 6.21 inci Full HD+ dengan notch berbentuk U yang dipanggil Dewdrop display oleh Honor.


Dikuasakan dengan processor Kirin 710 dengan AI, 4GB RAM, 128GB ROM dan bateri berkapasiti 3,400mAh yang dicaj menggunakan microUSB.

Penambahan paling best kat kamera dia. Honor 20 Lite dilengkapi dengan 3 kamera;
1. Kamera utama 24MP f/1.8
2. Kamera ultrawide 8MP f/2.4 FOV 120°
3. Kamera depth sensor 2MP f/2.4

Kamera selfie kat bahagian depan pulak 32 megapixel dan dilengkapi dengan face-unlock.


Macam biasa, kerja AI biasanya untuk kenalpasti situasi kegunaan kita dan letak setting odel ni juga dilengkapi dengan AI stabilization untuk rakaman video. Not bad.

Honor 20 Lite akan dijual di Honor Online Store atau di Shopee pada 24 April dengan harga RM949. Kepada yang lagi suka nak belek-belek phone sebelum beli boleh tunggu kemunculan Honor 20 Lite di kedai Honor Experience Store 26 April ini.

Format ala berita tapi bahasa pasar ni apa cerita? Rilek lah ni kan blog adzrinmansor.com hahaha

#ASKRIN

Ok sini part saya ceritakan pendapat saya berdasarkan produk ni. Kalau tengok specs dia sangat persis Honor 8X yang dilancarkan tahun lepas, dengan beberapa penambahbaikan lah, yang paling utama sekali notch yang lebih kecil dan jugak kamera wide angle.

Sekarang ni harga Honor 8X dah turun, dah murah. Mesti diorang tanya, nak beli Honor 20 Lite ke Honor 8X? Pada pendapat saya lah kan, saya memang tak puas hati dengan trend notch besar tahun lepas, jadi saya akan skip Honor 8X dan terus ke Honor 20 Lite je.

Tapi ini pendapat saya berdasarkan specs je, nak betul-betul compare sebaiknya kena try main dengan phone tu sebelah-sebelah.

Harap korang selalu share blog post daya dan follow saya di facebook untuk updates blog saya.

Mana tahu nanti kalau blog saya cukup famous nanti Honor Malaysia boleh bagi saya phone ni untuk buat review dan testing untuk korang? Kang bagus tu. Sapot pls. Thanks

Comments

Popular posts from this blog

3 Laptop Mampu Milik Paling BERBALOI (Awal 2019)

Jom Belajar Aperture, Shutter Speed dan ISO dalam 3 minit je!

5 Kesilapan BESAR Ramai Photographer Amatur