Mari mengumpat, jemput mengata semua

Gambar hiasan takde kaitan haha

Alkisah diceritakan tahun lalu aku ada tulis posting dalam satu group Facebook yang bercerita mengenai kisah member aku. Member aku ni aku dah kenal sejak zaman sekolah lagi. Cerita dia camni.

Dia couple dengan seorang awek sekejap. Tapi tak lama, awek tu reject dia dengan alasan 'awak kerja photographer je bukan kerja tetap'. Dia down kena reject.

Lepas tu dia mula tunjukkan kemewahan dia di media sosial. Upload gambar duit cash dal wallet, tangkap gambar kereta import dia, mengeluh kononnya mahalnya servis kereta ni, cheh orang lain pun servis kereta jugak, pergi mall bergambar depan kedai luxury segala bagai.

Ala macam tak biasa pulak, posting stail Alif Syukri lah senang cerita.

Sorry to say meluat gak. Tapi sebagai member aku paling risau part dia upload gambar duit cash. Aku wasap lah wei jangan nanti rumah kau kena aim perompak. Dia reply, aku perlu buat supaya dia (si ex) nampak.

Oh ok. Menarik.

Aku pun pergi ke group fotografi di Facebook tu dan tulis lah posting mari mengumpat. Dan cerita pasal ni.

Tetibe ada dua orang photographer yang senior mengamuk di ruangan komen. Kata aku mengata pasal cikgu diorang. Aku pun stalk lah cikgu diorang tu.

Oh rupanya ada seorang photographer terkenal dalam industri fesyen yang aku tak berapa kenal. Dia pun di media sosial dia buat perkara yang serupa. Upload gambar kereta, upload gambar di mall dengan kedai jenama mewah etc.

Diorang kata, jangan kutuk cikgu kami, cikgu kami banyak bantu kami blablabla.

HAHAHAHA

Macam ni lah media sosial. Lain orang kita tuju, lain orang yang terasa. Silap aku jugak sebab ini memang mengumpat member sendiri pun, sebab ni mengumpat tu dosa, sebab membuka peluang fitnah. Salah aku ni aku perlu admit. Ok astagrfirullah.

Kembali ke kisah kawan aku.

Aku tulis sebab aku tak tahu nak handle member aku tu pada masa tu. Bayangkan kawan kau hari-hari upload post macam Alif Syukri atau DS Vida sedangkan kau kenal dia, lepak luar biasa je.

Aku cuba takutkan dengan cakap 'nanti perompak aim' tak jalan. Aku unfriend kat Facebook, at least aku tak terjebak 'meramaikan' komen atau like posting dia sampai perompak nampak dan aim dia. Tak kisah pun sebab selalu contact guna wasap anyways.

Aku cakap lagi, perempuan suka 'test' lelaki. Perempuan ni kadang-kadang dia reject sebab nak tengok cara kau handle rejection. Kalau kau kuat, ada peluang dia consider kau semula. Tapi kalau kau jadi psiko bila kena reject camni, memang takde peluang dah la. Aku pernah kena (dan fail test ini) so aku tahu la taktik perempuan ni haha.

Ada member aku yang lain dapat idea takutkan dia dengan 'lembaga'.

Lembaga Hasil Dalam Negeri. Jangan upload mewah sangat, nanti lembaga cari suruh bayar cukai. Memang real, memang lembaga ada team pantau media sosial cari siapa lari dari bayar cukai.

Berkesan beb! Dia dah berhenti. Sampai sekarang dia masih single tapi at least dia tak lagi aktif main Facebook sangat. Dia dah pandai main Instagram untuk cari customer. Sekarang dia tak lagi main-main di media sosial tapi guna untuk bantu kerjaya dia. Baguslah begini.

Kepada photographer senior yang takde kaitan tapi tetiba terkait tu, hahaha maaflah lain dituju lain terasa. Aku rasa memang industri dia fesyen so benda jenama mewah tu semua memang dunia dia. Tau lah dia nak buat apa.

Aku lagi risaukan member aku sendiri, korang yang baru nak up ni, perniagaan daftar SSM bagus dah tapi cukai tak daftar, hahaha jangan lupa Lembaga sentiasa memerhatikan anda.

Ok apa-apa roger kat Facebook page Adzrin Mansor okeh. Link kat situ.

Comments

Racun

ShaShinKi.com - 150x300 Warning

Popular posts from this blog

Tips Beli Kamera Murah Di Jepun

4 Tips Elak Ditipu Semasa Membeli Barang Komputer dari Lazada!

5 Kamera DSLR Terbaik Untuk Budget RM2000 (2017)