5 Monitor 4K & 1080p Terbaik Untuk Editing (Awal 2019)


Baru beli desktop PC untuk editing dan sedang mencari monitor?


Biasa edit kat laptop, skrin laptop colour tak lawa dan kecik?

Dah ada monitor tapi bila edit, print gambar keluar jadi lain?

Jangan risau! Abang Rin ada untuk membantu! Dalam blog post kali ini jom kita tengok 5 option monitor terbaik untuk si abang photographer dan videographer yang nak edit 4K.

KRITERIA PEMILIHAN

Monitor yang saya rekemen mestilah ikut kriteria di bawah;

1) Saiz - Biasanya saya rekemen pakai 24 inci, ini saiz normal. Tapi untuk 4K saya rekemen 27 inci dan keatas.

2) Colour gamut - Untuk individu kreatif yang edit gambar, sangatlah penting untuk kita cari monitor yang boleh display colour gamut luas dan boleh display colour dengan tepat. Takdelah nanti tersalah edit. Kita edit warna main sedap mata je, bila print keluar warna lain sebab monitor tak display colour yang accurate.

3) Factory calibrated - Sebelum keluar kilang, mereka akan calibrate dulu supaya warna yang dipaparkan kat skrin tu tepat. Monitor sebegini dalam box tu mesti ada colour calibration report.

"Ingat, monitor ni benda yang kita hari-hari hadap, so better don't skimp on your monitor."


UNTUK VIDEO 4K

1) Untuk 4K Video Editing - Dell U2718Q


Dalam inudstri kreatif Dell Ultrasharp series ni adalah siri monitor yang paling famous sebab dia bagi pro features pada harga mampu milik (mampu milik untuk pro lah). Monitor mahal gini gerenti boleh papar colour gamut lebih luas dari sRGB 99% dan factory calibrated. Untuk videographer pro yang nak edit video 4K, dipersilakan angkut ini.

Klik sini untuk beli Dell U2718Q dari Shopee.


2) Untuk 4K Video Editing (Murah sikit) - LG 27UK600


Nak monitor yang murah sikit dari Dell tapi masih lagi 4K, siap 4K HDR10 lagi tau! Masih boleh paparkan sRGB 99% dan masih lagi factory calibrated? Orang Korea pandai buat monitor bagus dan murah berbanding orang Amerika. Maka pakailah LG ini.

Klik sini untuk beli LG 27UK600 dari Shopee


TAK PERLUKAN 4K? 1080P CUKUP DAH

3) Untuk Photo + 1080p Video Editing - Dell U2419H


Tak perlukan resolusi 4K tak apa. Kalau banyak buat 1080p video editing dan photo editing, 1080p cukup dah. Inilah siri Dell Ultrasharp paling murah dalam family dia sebab dia hanya bersaiz 24 inci. Monitor ini masih boleh paparkan sRGB 99% dan factory calibrated. Bagus sangat dah untuk kegunaan editing.

Klik sini untuk beli Dell U2419H dari Shopee


4) Untuk Photo + 1080p Video Edting (Lebar) - LG 29WK600


Sama macam kat atas, orang Korea pandai buat monitor yang masih bagus tapi murah berbanding orang Amerika. Nak monitor yang murah sikit dari Dell tapi masih boleh paparkan sRGB 99% dan masih lagi factory calibrated? Maka pakailah LG ini. Juga HDR10 certified. Instead of 24 inci, monitor ni 29 inci sebab dia lebar - ULTRAWIDE! Kalau korang serius edit video, saya lebih rekemen pakai monitor ultrawide sebab korang boleh nampak lagi banyak timeline korang. Tak caya? Tengok screenshot komputer saya kat bawah ni.


Sedap kan nak edit video sebab timeline nampak banyak?

Klik sini untuk beli LG 29WK600 dari Shopee.


NAK CARI MONITOR BIASA JE?

5) Untuk Multimedia 1080p - Acer ET271

Korang hanya perlukan monitor kegunaan biasa macam web browsing, gaming, dan light editing? Maksudnya nak cuba-cuba aje tak begitu serius lagi? Nak monitor 27 inci yang besar tapi murah tak terlalu mahal?

Dari segi colour monitor ni hanya paparkan dalam anggaran 72% sRGB sahaja. Kurang sesuai untuk editing yang serius, tapi untuk monitor jenis PLS ini, colour dia jauh lebih baik dari kebanyakan monitor TN panel yang banyak digunakan kat laptop. Inilah monitor paling murah dalam list kita hari ini. 27 inci beb!

Klik sini untuk beli Acer ET271 dari Shopee


Kenapa semua link pergi ke Shopee?
- Sebab saya memang suka membeli barang secara online dari Shopee.
- Semua link ini saya tujukan ke kedai yang TRUSTED. (Saya sendiri pernah beli barang dari mereka)
- Untuk setiap pembelian, Shopee akan jadi orang tengah pegang dulu duit kita, bila barang dah siap deliver kat pembeli, barulah Shopee akan release payment kepada seller. SELAMAT.
- Beli barang dari Shopee dia boleh deliver seluruh Malaysia, tak payah nak angkut susah susah tunggu je barang sampai kat rumah.

 #DoneRacun.

Anything roger kat Facebook page Adzrin Mansor atau di Instagram.

Comments

Popular posts from this blog

3 Laptop Mampu Milik Paling BERBALOI (Awal 2019)

5 Kesilapan BESAR Ramai Photographer Amatur

Jom Belajar Aperture, Shutter Speed dan ISO dalam 3 minit je!