Saya DICABAR Bina PC Photo Editing Bajet RM2000! CHALLENGE ACCEPTED! (Awal 2019)


Semalam saya tulis blog post Photo Editing PC Bajet RM3000, tapi ada member kata MAHAL, dia punya RM2k aje.


Bila disiasat, rupanya build dia untuk PC sahaja, tak kira sekali monitor. Tapi dia kata monitor dia murah je RM400. Bukannya pakai monitor Dell Ultrasharp yang berharga RM1k yang saya rekemen untuk build dalam blog post build RM3000 tu.

Hahaha tajuk propa aje 'dicabar'. Sekali sekala buat propa apa salahnya. Tapi still, saya rasa sangat tertarik untuk push 'how low can we go'?

Kalau korang belum baca blog post Photo Editing PC Bajet RM3000 saya galakkan baca tu dulu sebab spec sana lebih baik dan tahan lama in the long run. Kalau dah, jom kita tengok apa kita boleh dapat dengan RM2000.


1. Processor - AMD Ryzen 3 2200G

Kali ini kita downgrade ke Ryzen 3, processor 3.5GHz, 4 core, 4 threads. Versi 'G' bermaksud CPU ni dah dilengkapi dengan Vega 8 Graphics jadi tak perlu beli dedicated graphics card berasingan. CPU ni pun bagi Wraith Stealth cooler dalam kotak jadi kita pakai tu je.

Saya ada build satu PC workstation untuk mak saya guna processor ni. Berdasarkan kegunaan saya, ia masih smooth untuk edit gambar guna Adobe Lightroom. Tapi akan terasa sikit bila run heavy tasks contohnya HDR Photo Merge. Takpe ramai wedding photographer tak selalu pakai fungsi tu, budget build.


2. Motherboard - ASUS Prime A320M-K (MATX)Kita masih mengekalkan pilihan motherboard yang sama dengan build sebelum ni. Saiz MATX, dua RAM slot, satu M.2 slot. Masih sama takde overclocking. Tak apa, Ryzen 3 2200G ni kita guna stock speed dah ok dah.


3. RAM - Klevv Value RAM 8GB 2400MHz 

Untuk build dengan bajet yang lebih besar saya pakai RAM 3200MHz tapi kali ni kita terpaksa guna RAM dengan kelajuan rendah sikit 2400MHz, takpe masih dikira laju. Ingat, RAM ni laju bila ada dua bijik (dual channel) jadi kalau dah ada bajet lebih nanti, jangan pulak buang RAM ni beli 3200MHz - lagi baik hang beli 2400MHz kedua - jadikan 16GB dual channel 2400MHz. Itu upgrade yang lebih mesra dompet.


4. SSD - Western Digital Green M.2 120GB

Build sebelum ni kita guna SSD M.2 berkapasiti 240GB dan berteknologi NVMe. Tapi untuk build ni kita terpaksa rendahkan ke SSD M.2 jenis biasa dan berkapasiti 120GB. Eh 120GB je? Cukup ke? Cukup kalau korang mengekalkan workflow semua files dan gambar simpan dalam hard disk 'D' drive. Yang paling penting kita masih guna SSD sebagai boot drive atau 'C' drive supaya programs kita run dengan laju.


5. HDD - Seagate Barracuda 1TB 7200RPM

Hard disk ni lah tempat simpanan files kita. Dalam build RM3000 kita mampu letak model 2TB tapi nak fit budget RM2000 ni, kita letak hard disk sama berkapasiti 1TB je. Takpe yang penting wajib ada untuk simpan gambar dan files kita.


6. PSU - Thermaltake Litepower 450W Non-modular

Dalam build RM3000 kita letak power supply wattage setinggi 650W yang upgrade-ready kalau nak upgrade di masa hadapan. Tapi untuk build ini, kita jimat sikit letak power supply 450W - cukup je nak power build kita ni. Takpe, kalau bercadang nak upgrade tambah GPU ke, time tu baru upgrade PSU lain.


7. Casing - Tecware Nexus M TG 

Masih guna casing yang sama dengan build RM3000. Saiz MATX, masih ada PSU shroud untuk sorok kabel dari PSU non-modular kita, masih ada tempered glass panel di tepi. Masih casing terbaik for the money!


8. Monitor - LG 24MP68VQ

Kali ni kita tak lagi gunakan monitor Dell Ultrasharp yang berharga RM1k+ yang saya rekemen dalam build RM3000 tu. Saya gantikan dengan model LG yang lebih mesra dompet. Monitor LG ini masih monitor jenis IPS bersaiz 24 inci, dan masih lagi mampu memaparkan warna yang cantik dan tepat. Kerana monitor ni pun di-calibrate sebelum meninggalkan kilang. Dari segi specs monitor ni mampu paparkan colour space 72% NTSC atau equivalent dengan 99% sRGB. Memang bagus untuk editing.

Camne saya tahu semua ini? kalau tengok balik gambar atas sekali tu, saya guna monitor siri yang sama, versi 29 inci ultrawide je. Monitor siri ini datang dengan factory colour calibration report yang unik bagi setiap unit monitor. Kalau bagus kenapa murah? Sebab orang Korea pandai buat monitor lebih murah dari orang Amerika (Dell), dan mungkin LG kurang famous/kurang marketing berbanding Dell Ultrasharp series.

9. Apa yang takde?

Mengikut perkiraan saya semasa blog post ini ditulis, semua item-item di atas ni berjumlah RM2000. Tapi korang masih kena #tambahsikit untuk beli aksesori penting;


1) USB wi-fi adapter - untuk guna internet lol!
2) Keyboard
3) Mouse

Anggaran total tiga item ini RM100. Done.

Dengan bajet RM2000 pun kita masih lagi boleh dapat decent PC untuk photo editing guna Adobe Lightroom atau Adobe Photoshop. Ada pulak yang tanya, kenapa mesti bina PC, kenapa tak angkat laptop je? Good question, tapi topic tu panjang perlukan blog post sendiri. Nantikan blog post seterusnya... So tunggu saya kongsikan link itu di Facebook atau follow saya di Instagram @rinmansor

Nak bertanya, nak membawang, nak berkawan ke, saya sangat aktif di Instagram so jangan segan untuk follow saya di sana!




Comments

Racun

ShaShinKi.com - 150x300 Warning

Popular posts from this blog

Tips Beli Kamera Murah Di Jepun

5 Kamera DSLR Terbaik Untuk Budget RM2000 (2017)

4 Tips Elak Ditipu Semasa Membeli Barang Komputer dari Lazada!