Cara dapatkan efek BOKEH / BACKGROUND BLUR dalam gambar!


Ramai orang suka efek background blur atau bokeh yang biasa kita tengok dalam gambar yang ditangkap guna DSLR atau kamera mirrorless. Sampaikan kebanyakan smartphone zaman sekarang datang dengan macam-macam tricks software nak tiru efek ni dalam smartphone. Tapi ramai masih lagi suka efek background blur dari kamera betul.

Dalam blog post kali ini jom kita bincangkan cara nak dapatkan efek bokeh atau background blur dalam gambar. Ikut 6 step mudah ini insyaallah boleh buat.


1) Gunakan kamera DSLR atau mirrorless dengan sensor besar HAHAHA


Maaflah, kamera smartphone atau kamera kompak susah nak buat efek background blur tanpa bantuan software sebab saiz sensor dia yang terlalu kecil. Kena pakai kamera sensor besar senang nak buat efek ni.

Beberapa contoh kamera sensor besar yang berbaloi nak dibeli. Saya rekemen sebab saya pernah pakai hahaha (Link ke Shopee, jemput klik)
- Sony A7II
- Canon 6D
- Sony A6000


2) Guna focal length yang panjang, contohnya 30mm, 50mm, 85mm dan keatas. Kalau guna kit lens contohnya 18-55mm, zoom in sampai paling panjang (55mm).

Canon 6D + Canon EF 50mm f/1.8 STM @ f/1.8

3) Guna mode aperture priority atau Av

Canon 6D + Canon EF 85mm f/1.8 USM @f/1.8

4) Guna aperture paling besar. (Contohnya lens 50mm f/1.8 guna f/1.8. Kalau lens 18-55mm f/3.5-5.6, kat 55mm f/5.6 paling besar jadi guna f/5.6).

Sony A7 + Canon nFD 50mm f/1.4 @f/1.4 

5) Letak subjek jauh dari background


Sony A7 + Canon nFD 50mm f/1.4 @f/1.4 

6) Letak subjek dekat dengan kamera

Sony A7 + Canon nFD 50mm f/1.4 @f/1.4 

Ikut je 6 langkah mudah ni, insyaallah dapat gambar dengan background blur yang lazat dan berkrim!

Ada soalan ke, ada tak setuju nak membawang dengan saya ke, perlukan kawan ke, takpe jemput cari saya di Instagram okeh?

Jemput share blog post ini jika bermanfaat.

Comments

Popular posts from this blog

3 Laptop Mampu Milik Paling BERBALOI (Awal 2019)

5 Kesilapan BESAR Ramai Photographer Amatur

Jom Belajar Aperture, Shutter Speed dan ISO dalam 3 minit je!