Boleh ke Photographer ni Bina Photo Editing PC dengan RM3000 je? (Awal 2019)

Ini PC saya punya lol

Alkisah diceritakan ada seorang brader wedding photographer mesej saya di Instagram @rinmansor bertanya pasal editing PC dengan bajet RM3000 je. Nampak macam tak banyak, tapi saya rasa bajet ni dah cukup bagus. I can work with this.


Dia bertanya kepada orang yang betul sebab saya memang suka didoakan dapat pahala sebarkan ilmu. Ikut hadis, sebarkan ilmu yang bermanfaat ni, lepas meninggal pun pahala masih dihisab. Eh cerita agama pulak jom cerita pasal PC.


1. Processor - Ryzen 5 2400G

Kita start dengan CPU, benda paling penting sekali dalam komputer. Saya pilih Processor AMD Ryzen 5 2400G, processor mid range, 3.6GHz, 4 core, 8 threads. Dah lebih dari cukup power nak run photo editing software macam Adobe Photoshop atau Adobe Lightroom, (dan still kira ok kalau nak cuba-cuba 1080p video editing dengan Adobe Premiere, kalau serious nak edit video better #tambahsikit ke Ryzen 5 2600 (6C/12T) dan pakai dedicated GPU seperti GTX 1060 6GB).

Saya pilih versi yang ada huruf 'G' bermaksud ia datang sekali dengan Vega 11 Graphics (tak perlulah belanja lebih untuk beli dedicated GPU). CPU cooler pun kita pakai Wraith Stealth cooler yang diberi sekali dalam kotak processor ni je. Jimat duit boh RM3k tak banyak bajet nak beli banyak aksesori tambahan.



2. Motherboard - ASUS Prime A320M-K (MATX)

Mobo pilihan saya ialah mobo termurah yang saya boleh cari, Asus Prime A320M-K. Saya suka saiz MATX sebab saiznya tak terlalu besar. Dia support 2 RAM slots, ada satu M.2 slot. Good features tapi murah. Kelemahan mobo ni satu je, dia tak support overclocking. Tak apa, kita guna Ryzen 5 2400G stock speed ok je.


3. RAM - HyperX Fury Black DDR4 8GB 3200MHz

Untuk RAM, bagi saya 8GB cukuplah. Kita bagi RAM laju sikit 3200MHz sebab orang cakap Ryzen suka RAM laju. Selain HyperX ada jugak alternatif RAM jenama Klevv, harga sama je kalau spec sama. Pakai satu keping 8GB je dulu. Nanti kalau budget ada banyak, boleh tambah lagi satu 8GB jadi 16GB dual channel.


4. SSD - Kingston A1000 M.2 NVMe 240GB

Since mobo kita ada satu M.2 slot, kita letak lah. M.2 lagi laju dan lagi senang nak handle dari SATA 2.5" drives yang perlu wayar la bagai. M.2 slot terus ke mobo setel. SSD ini untuk laju, jadi boot drive, semua program kita install kat sini. 240GB je? Cukup ke? Sangat cukup, asalkan korang jangan simpan banyak files dalam 'C' drive. Nak simpan files atau gambar, guna hard disk 'D' drive.


5. HDD - Seagate Barracuda 3.5" 2TB 7200RPM

SSD tadi untuk laju, kita perlukan satu hard disk untuk simpan files. Pilihan saya ialah Seagate 2TB. Biasakan workflow kalau copy file gambar semua copy masuk hard disk sini. Jangan simpan dan penuhkan SSD tu pulak.


6. PSU - Thermaltake Litepower 650W Non-Modular

Saya pilih power supply murah je sebab budget tak banyak. Thermaltake Litepower 650W ni murah sebab jenis non-modular, bermaksud kabel dalaman dia tak boleh dicabut untuk build yang kemas tanpa wayar. Nasib baik casing pilihan kita ada PSU shroud, jadi takde masalah pun pakai PSU non-modular ni. Dari segi wattage, saje saya pilih 650W terus sebab beza harga dengan 550W sangatlah sikit. Letak 650W terus pun ok je, mana tahu di masa hadapan nak upgrade tambah GPU GTX 1060 ke, senang je sebab 650W memang support.


7. Casing - Tecware Nexus M TG 

Inilah casing saiz MATX terbaik, siap ada tempered glass side, yang paling murah dalam pasaran! Design dia sangat minimalist. Ada jugak PSU shroud untuk sorok kabel PSU. Dari segi upgradeability pun ada banyak slot untuk tambah hard disk atau SSD jika diperlukan. Dari segi fans pulak, casing ni siap-siap bagi 2x fan intake depan dan 1x fan exhaust belakang. Guna ni dah cukup dah. Dahlah murah. Serius terbaik.


8. Monitor - Dell Ultrasharp U2419H

Untuk photographer yang edit gambar, sangatlah penting untuk dia cari monitor yang boleh display colour gamut luas dan boleh display colour dengan tepat. Takdelah nanti tersalah edit. Kita edit warna main sedap mata je, bila print keluar warna lain sebab monitor tak display colour yang accurate. Dell Ultrasharp series ni terkenal dalam kalangan photographer, sebab setiap monitor sebelum keluar kilang dia akan calibrate dulu bagi colour tepat. Sebab inilah monitor ni mahal sikit berbanding monitor 24 inci lain. Ini dah kira Dell Ultrasharp paling murah dah ni. Monitor ni benda yang kita hari-hari hadap so better don't skimp on your monitor ok!

9. Apa yang takde?

Berdasarkan perkiraan saya, semua atas ni dah tepat-tepat untuk budget RM3000. Kena #tambahsikit untuk beli beberapa item je lagi;

1) USB wi-fi adapter - untuk guna internet lol!
2) Keyboard
3) Mouse

Bila ambik kira ni semua anggaran RM100. Kira murah lah semua ni untuk komputer full set!

Amacam, agree with my suggested build?

Nanti ada lah yang komen, eh mana GPU RTX 2080, eh mana water cooling, eh mana lampu RGB? Rilek brader... PC ni khas untuk PHOTOGRAPHY dan PHOTO EDITING, dan bajet terhad RM3000 je bro... The beauty about custom PC build is, we can customize everything to fit our needs! Lain kegunaan lain PC spec yang saya boleh rekemen!

Kalau ada soalan, kalau nak personalize lagi build, kalau nak upah saya untuk buildkan PC untuk korang ke (ehem please saya nak cari duit tepi hahaha), nak membawang ke, nak berkawan dengan saya pun boleh, follow saya di Instagram @rinmansor okay!

Comments

Popular posts from this blog

5 Kesilapan BESAR Ramai Photographer Amatur

5 Kamera DSLR Terbaik Untuk Budget RM2000 (2017)

Jom Belajar Aperture, Shutter Speed dan ISO dalam 3 minit je!