3 Laptop Mampu Milik Paling BERBALOI (Awal 2019)

Gambar hiasan. True PC builders akan nampak what is wrong in this photo.

Wah dah lama betul saya tak update blog! Rindu saya tak? Kalau rindu janganlah segan nak berkawan dengan saya di Instagram @rinmansor. Tak makan orang punya.

Dalam tempoh 'rehat' saya selama ini saya ada terima beberapa mesej dari kawan-kawan di Instagram, diorang tanya laptop apa yang saya rekemen untuk kegunaan diorang.

Ok jom kita tengok beberapa laptop mampu milik yang berbaloi nak dibeli awal tahun 2019 ni. Chinese New Year sale kan sekarang, mana tahu...


1) Student Universiti


Memperkenalkan Huawei Matebook D 14. Eh Huawei ada buat laptop? Biasa dengar buat smartphone je. Ada.


Saya suka laptop ni sebab design dia yang minimalist, dengan binaan aluminium dan hanya senipis 15.8mm, sekali tengok mesti orang ingat korang pakai Macbook. Bila datang dekat eh Huawei rupanya.

Berat hanya 1.47kg, laptop ni takdelah beban sangat nak bawak merata berbanding kebanyakan laptop gaming yang beratnya mencecah 2-3kg.


Bergantung kepada kursus, majoriti kerja yang akan dibuat ialah menaip dokumen, buat presentation. Dengan processor Intel Core i5-8250U, 8GB RAM dan 256GB SSD, laptop ni cukup power nak buat kebanyakan kerja, assignment dan light gaming. Kenapa light gaming je? Laptop ni guna MX150 GPU je. Baguslah, korang pergi uni nak belajar bukan main game! Ha mak bapak ada senyum?

(Psst, kalau nak main PUBG Mobile install emulator Tencent, lepas aje nak main kat laptop ni. Game on!)

Paling best, harganya cuma RM2999. Tepat betul dengan budget brader yang bertanya. Beli Huawei Matebook D di Lazada (klik sini).

Kelebihan:
- Harga sangat mampu milik untuk specs.
- Nipis dan ringan.

Kelemahan:
- Display tak cukup terang dan tidak begitu colour accurate untuk kegunaan serius contohnya photo editing.
- Warranti 1 tahun je.


2) Photographer


Dalam kalangan photographer tempatan ni kalau kita tanya laptop apa bagus untuk editing mesti dia jawab Macbook sebab Retina screen. Asal editing je Macbook. Asal editing je Macbook. Takde lain ke? Kalau taknak guna MacOS, nak guna Windows jugak, camne?

Saya lebih senang hati rekemen ASUS Zenbook UX331.



Honestly saya sebenarnya fanbui ASUS Zenbook sikit. Sebab build quality dia cantik, specs pun boleh tahan, harga pun takde potong kepala sangat. Saya tak dibayar untuk cakap begitu. Saya cuma seorang satisfied user haha.

ASUS Zenbook UX331 ni dilengkapi processor Intel Core i5-8250U, 8GB RAM dan 256GB SSD macam laptop Huawei kat atas tu tadi. Cukup power nak run Lightroom.

Tapi apa yang lagi best dari laptop Huawei tadi tu, laptop ni dibina dengan aloi magnesium-aluminium yang lagi nipis, 13.9mm dan lagi ringan, beratnya cuma 1.1kg je!

Kenapa saya pentingkan ringan? Bayangkan korang photographer dah bawak DSLR dengan lens dua tiga bijik dalam beg. Dalam beg yang sama korang nak masuk laptop lagi. Kalau laptop gaming 2-3kg merana bahu beb.


Display Zenbook sangat best! Banyak review puji display yang digunakan berkualiti tinggi dan colour dia cukup bagus nak buat photo editing sebab dia boleh display 100% sRGB dan 72% NTSC. Bagus sangat untuk photographer.

Harganya pun masih dikira mampu milik untuk spesifikasinya. Beli ASUS ZenBook UX331 di Lazada (klik sini). Mahal sikit dari Huawei di atas tu tapi saya anggap pertambahan harga ni untuk kita dapatkan upgrade ke;
- display yang lebih baik
- laptop yang sangatlah ringan

Kelebihan:
- Lagi nipis dan lagi ringan
- Display bagus untuk editing
- Harga mampu milik
- Warranty 2 tahun
Kelemahan:
- Sedikit kecewa diorang letak MicroSD card reader, kalaulah diorang letak full size SD card reader.


3) Videographer + Video Editor


Kalau si photographer nak berjinak dengan video 1080p dan 4K sikit-sikit, inilah laptop pemula yang bagus. ASUS TUF FX505G.


ASUS lagi? Hahaha rilek baca dulu. Kalau korang perhatikan rekomendasi saya fokus kat segmen mampu milik. ASUS dah ada ROG family untuk laptop gaming yang padu dan katang, tapi ASUS buat jugak TUF family yang fokus segmen mampu milik.

ASUS TUF FX505G datang dengan specs;
1. Processor Intel Core i7-8750H (6 core processor, barulah sedap nak edit video)
2. 8GB RAM
3. 128GB M.2 SSD
4. 1TB 7200RPM 2.5" SATA HDD
5. GPU NVIDIA GTX1060 6GB

Kredit: LaptopMedia Youtube

Dari segi upgradeablity pun best. Kalau korang nak upgrade bagi lagi editing kat Adobe Premiere lagi laju, saya akan;
- upgrade RAM 16GB dual channel. (max 32GB)
- tukar HDD tu jadi 240GB 2.5" SATA SSD.
- jadikan SATA SSD 240GB tu boot drive.
- upgrade 128GB M.2 SSD tu ke 480GB NVME untuk letak footage supaya editing lagi pantas.

Oh, display dia pun best sebab boleh display colour dengan cantik, mampu display 100% sRGB dan 72% NTSC. Bila dah upgrade macam tadi, laptop ni akan jadi ULTIMATE 1080P VIDEO EDITING LAPTOP!


Harga FX505G ni pun masih dikira mampu milik untuk spec begini. Klik sini kalau nak beli ASUS TUF FX505G di Lazada (klik sini).

Kalau nak upgrade macam saya cakap tu kena prepare budget RM1k untuk #tambahsikit.

Kelebihan:
- Harga mampu milik untuk specs begini.
- Upgradeability
- Warranty 2 tahun

Kelemahan:
- Berat sikit lah 2.2kg tapi masih not bad.
- Bahaya beli laptop gaming ni, niat nak buat kerja, terleka main game. Hati-hati.


Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Share blog post ni kat wall facebook korang bagi kawan baca. Mana tahu ada kawan korang memang tengah mencari laptop boleh kita bantu dia, Insyaallah mana tahu boleh buat pahala mudah tolong orang dan sebarkan ilmu.

Setuju dengan tiga rekomendasi saya ni? Kalau tak setuju ke, nak membawang ke, perlukan rakan nak luah perasaan pun boleh, carilah saya di instagram @rinmansor. Let's be friends on Instagram!




Comments

Racun

ShaShinKi.com - 150x300 Warning

Popular posts from this blog

5 Kamera DSLR Terbaik Untuk Budget RM2000 (2017)

5 Kesilapan BESAR Ramai Photographer Amatur