Posts

Showing posts from February, 2019

Kenapa lens Sony MAHAL?

Image
Alkisah diceritakan suatu ketika dulu, aku lepak dengan geng, ada sorang member yang baru berminat nak beli kamera Sony A6000 untuk kegunaan hobi dan travel. Dia tanya pendapat kitorang sebelum dia beli.

Kamera Sony A6000 ni kamera mirrorless yang agak mampu milik. Harga cuma RM2000+ tapi spesifikasi dia setanding kamera DSLR harga RM3000+. (klik sini kalau korang berminat nak beli dari Shopee)

Memang strategi Sony jual kamera murah, supaya ramai orang tertarik untuk jump dari jenama lain ke Sony. Sony jual A6000 tu rasanya dia ambik untung sipi-sipi je tu demi kumpul user dan dapatkan brand awareness dari user.


"Sony ni harga G Master dia mengarut. Mahal nak mampus." kata seorang photographer pro dalam group kami.

"Eh yeke?" Member yang nak beli Sony A6000 tu pun dah risau.

Aku memang kenal si tukang komplen kata lens Sony mahal tu, dia seorang pro photographer. Dia pakai Canon 5D Mark III dengan lens Canon EF 24-70mm f/2.8L II USM.

Aku cuma reply, "Sony A600…

Cara dapatkan efek BOKEH / BACKGROUND BLUR dalam gambar!

Image
Ramai orang suka efek background blur atau bokeh yang biasa kita tengok dalam gambar yang ditangkap guna DSLR atau kamera mirrorless. Sampaikan kebanyakan smartphone zaman sekarang datang dengan macam-macam tricks software nak tiru efek ni dalam smartphone. Tapi ramai masih lagi suka efek background blur dari kamera betul.

Dalam blog post kali ini jom kita bincangkan cara nak dapatkan efek bokeh atau background blur dalam gambar. Ikut 6 step mudah ini insyaallah boleh buat.


1) Gunakan kamera DSLR atau mirrorless dengan sensor besar HAHAHA


Maaflah, kamera smartphone atau kamera kompak susah nak buat efek background blur tanpa bantuan software sebab saiz sensor dia yang terlalu kecil. Kena pakai kamera sensor besar senang nak buat efek ni.

Beberapa contoh kamera sensor besar yang berbaloi nak dibeli. Saya rekemen sebab saya pernah pakai hahaha (Link ke Shopee, jemput klik)
- Sony A7II
- Canon 6D
- Sony A6000


2) Guna focal length yang panjang, contohnya 30mm, 50mm, 85mm dan keatas. Kalau …

JANGAN BELI Samsung S10 / S10 Plus. Beli S10E LAGI BAIK!

Image
Samsung baru je lancarkan tiga model dalam siri S10 baru-baru ini. Kali ni diorang umumkan tiga variant. S10, S10 Plus dan S10E.


Boleh katakan Samsung ni ada tiru strategi Apple jugak lah.

Flagship skrin besar:  iPhone XS Max kasi lawan Samsung S10 Plus Flagship : iPhone XS kasi lawan Samsung S10 Flagship kecik : iPhone XR kasi lawan Samsung S10E
Pada pendapat saya, dalam semua siri Samsung S10 ni, S10E ialah model paling terbaik.

TAK SETUJU KE? HA MARI LAH FIGHT HA MARI


View this post on Instagram

Sorry for being a bit late to join the party. #rtxonchallenge @mgagmy just upgraded our video editing rigs, I just pose with the empty boxes 😂 What I'm praying for? I'm praying for my GTX 1060 at home to turn into a RTX 2080 Ti... A post shared by Rin Mansor (@rinmansor) on Feb 21, 2019 at 4:18am PST

Ini 5 sebab kenapa saya rasa S10E paling best;

Jom Belajar Aperture, Shutter Speed dan ISO dalam 3 minit je!

Image
Korang baru beli kamera DSLR atau kamera mirrorless dan tak pasti cara nak guna dia macam mana?

Ada member cakap suruh pakai mode manual tapi tak reti nak guna? Sebab tak berapa faham setting kamera aperture, shutter speed dan ISO?

Jangan risau, abang Rin ada untuk tunjukkan jalan.


Nak belajar ketiga-tiga aperture, shutter speed dan ISO dalam tiga minit?

Senang je. Tengok tiga video di bawah:


View this post on Instagram

Let's learn photography together! Tag your photographer friends so they too can learn! Any questions? #RinPhotoTips A post shared by Rin Mansor (@rinmansor) on Jan 5, 2019 at 3:58am PST

Saya DICABAR Bina PC Photo Editing Bajet RM2000! CHALLENGE ACCEPTED! (Awal 2019)

Image
Semalam saya tulis blog post Photo Editing PC Bajet RM3000, tapi ada member kata MAHAL, dia punya RM2k aje.


Bila disiasat, rupanya build dia untuk PC sahaja, tak kira sekali monitor. Tapi dia kata monitor dia murah je RM400. Bukannya pakai monitor Dell Ultrasharp yang berharga RM1k yang saya rekemen untuk build dalam blog post build RM3000 tu.

Hahaha tajuk propa aje 'dicabar'. Sekali sekala buat propa apa salahnya. Tapi still, saya rasa sangat tertarik untuk push 'how low can we go'?

Kalau korang belum baca blog post Photo Editing PC Bajet RM3000 saya galakkan baca tu dulu sebab spec sana lebih baik dan tahan lama in the long run. Kalau dah, jom kita tengok apa kita boleh dapat dengan RM2000.


1. Processor - AMD Ryzen 3 2200G (klik sini)

Kali ini kita downgrade ke Ryzen 3, processor 3.5GHz, 4 core, 4 threads. Versi 'G' bermaksud CPU ni dah dilengkapi dengan Vega 8 Graphics jadi tak perlu beli dedicated graphics card berasingan. CPU ni pun bagi Wraith Stealth coo…

Racun

ShaShinKi.com - 150x300 Warning