Kenapa Sifu Photographer Kedekut Ilmu?


Alkisahnya ada group sebelah tengah bising pasal isu kecam bila BBNU aka nubis, tanya pasal kamera.

Contohnya la. Nubis tanya soalan,
- "Canon dan Nikon yang mana lagi baik?"
- "Shutter button kat mana?"

Sipu-sipu bila terima soalan gini, dia pun jawab;
- "Hang pi google."
- "Pi baca manual."

Alkisahnya nubis pun maroh. Kata sipu kedekut ilmu. Eh rilek-rilek. Mari kita bincangkan elok-elok.

1. APA SALAHNYA SIPU JAWAB BAIK-BAIK.

Biasanya bila newbies mesej aku kat insta @rinmansor, aku spend time untuk layan mereka elok-elok. Explain satu persatu. Diorang pun follow la aku.

Kalau dapat soalan remeh sekalipun macam soalan Shutter button kat mana, aku masih reply tapi aku reply bagi link ke PDF file user manual kamera dia, dan bagitahu jawapan hang ada kat mukasurat berapa. Pastu aku suruh dia study user manual tu. Kalau cakap baik-baik, dia masih lagi jadi polower aku dan in the future kalau dia ada soalan lagi aku bantu lagi.

Pahala tu beb tolong orang. Saham akhirat takmau 'invest' ka?

Sipu-sipu photographer lain bila newbie tanya dia jawab "pi google". Newbie tu pun lari la. Pastu bila aku lagi ramai polower dari dia, si sipu-sipu marah aku 'gila glamour'. Lu padiaaa?

Sebenarnya aku rajin melayan nubis ada sebab. Dulu masa aku nubis, aku pernah kena jugak. Tanya soalan pasal kamera rare yang si sipu tu guna. Ramai orang pakai kamera Jepun dia pakai kamera German. Aku kagum la. Dia layan acuh tak acuh je. Takpe. Dia lah sebab kenapa aku jadi 'self taught' dan usaha keras untuk belajar sendiri. Sekarang dah boleh tolong orang lain. Ha gitu.


2. SIPU PANDAI 'GUNA' KAMERA, TAK SEMESTINYA PANDAI PASAL KAMERA.

Sebenarnya ilmu pasal dunia gajet, teknologi kamera dan ilmu nak guna kamera ni LAIN. Ramai photographer, pandai GUNA kamera dia untuk tangkap gambar. Contoh la, sipu tu sepanjang karier dia guna Canon 5D Mark II. Dia tahu pasal kamera tu jelah.

Korang tanya dia pasal kamera Canon EOS M50. Atau lagi teruk korang tanya dia pasal Nikon. Ah sudah, dia garu kepala. Sebab tu dia jawab suruh google. Siapa pernah kena tu, maafkanlah beliau. Mungkin dia tak tahu tu.

Bukan pasal kedekut ilmu tapi ilmu dia pasal 'GUNA' kamera. Nak buat camne? Takkan nak kencing nubis pulak kan? Terus sesat si nubis tu nanti. Ahli parlimen pas cakap sesat nanti neraka. Ha gitu.

Aku boleh jawab soalan pasal kamera sebab aku memang suka research dan baca pasal berbagai kamera. Aku pun selalu try kamera member, jadi aku pernah try kamera berbagai jenama. Sebab tu aku takde masalah nak jawab kalau korang tanya aku haha.


3. GEAR TAK PENTING

Dalam isu ni sebenarnya takde orang salah. Cuma salah faham dan isu adab aje. Berbaiklah antara satu sama lain. Nubis pun sila approach orang dengan cara terhormat. Orang berbudi kita berbahasa.

Mesej sebenar yang sipu-sipu nak sampaikan ialah - beli je apa-apa kamera yang korang mampu sekalipun. Last sekali yang penting ialah korang kena belajar cara GUNA kamera tu. Lekk ayat manis mau pujuk.

Jangan gado-gado. Makan gado-gado takpe. Peace yo. Share la blog post ni bagi member yang pernah kena gini baca. Pape roger insta okeh.

A post shared by Adzrin Mansor (@rinmansor) on

Comments

Racun

ShaShinKi.com - 150x300 Warning

Popular posts from this blog

Tips Beli Kamera Murah Di Jepun

5 Kesilapan BESAR Ramai Photographer Amatur

20 Perkara Anda WAJIB Tahu Mengenai Shutter Count