Review Pendek Xiaomi Mi A1 - Telefon Pintar Android Tulen Paling Murah


Ringkasan TLDR: Xiaomi Mi A1 ialah smartphone stock android budget yang bagus kerana software stock androidnya dan spesifikasi tinggi untuk harga budget. Tapi kamera agak mengecewakan. 

Kebanyakan telefon pintar Android keluaran berbagai jenama telah diubahsuai dan ditambah skin mereka sendiri. Contohnya Huawei punya Emotion UI, Samsung punya Touchwiz, Oppo punya Color OS, Xiaomi punya MIUI, dan banyak lagi jenis Android yang dah diubahsuai oleh pembuat telefon pintar masing-masing. Pengubahsuaian tu biasanya menambahkan lagi fungsi telefon tu yang tak ada dalam Android tulen, tapi kadang-kadang menambahkan lag juga.

Oleh sebab itu ramai enthusiasts lebih sukakan Android tulen kerana lebih lancar dan kurang bermasalah. Tapi nak beli telefon pintar dengan Android tulen keluaran Google sendiri iaitu siri Google Pixel 2, kena berbelanja banyak pulak. Mahal pulak tu.


Untuk menyelesaikan masalah ini, Google dan Xiaomi berkerjasama dalam projek Android One - projek yang menghasilkan telefon pintar dengan perisian Android tulen tanpa sebarang skin pada harga yang mampu milik. Maka terhasil lah Xiaomi Mi A1. Sebenarnya ia adalah Xiaomi Mi 5X yang menggunakan perisian Android tulen, bukan MIUI.

Tak perlu berlengah lagi, ini review dari saya yang menggunakan telefon ini sejak Oktober 2017.

Binaan logam 

PROS

1. Spesifikasi yang bagus untuk harga budget. Dengan harga mampu milik, kita dapat spesifikasi;

- Binaan chasis logam.
- Skrin 5.5 inci Full HD LTPS IPS LCD yang menghasilkan warna yang cantik dan sharp.
- Versi Android yang terbaru, Android 8.0 (Oreo)
- Processor Qualcomm MSM8953 Snapdragon 625, Octa-core 2.0 GHz Cortex-A53
- ROM 64 GB, 4 GB RAM, microSD, up to 128 GB (uses SIM 2 slot)
- Dual cameras 12 MP (26mm, f/2.2; 50mm, f/2.6), phase detection autofocus, 2x optical zoom, dual-LED (dual tone) flash
- Fingerprint sensor (rear-mounted), accelerometer, gyro, proximity, compass
- Non-removable Li-Ion 3080 mAh battery
- Menyokong USB OTG, bolehlah sambungkan USB drive atau USB Card Reader untuk transfer gambar.
- Ada fungsi Rapid Charging selepas Android Oreo update, cas sedikit pantas dari charging biasa.

Semua ni untuk phone harga budget bawah RM900. Serius power.


2. Stock android tak lag! Serius. Stock Android ini sangat mudah nak digunakan, ringan, dan designed dengan cantik. Pasal lag tu, kalau ada apps yang crash tu biasalah apps tu yang salah. Tapi kalau telefon lain dengan skin tambahan, skin tambahan tu ikut sekali lag. Tapi untuk telefon stock android ini, kalau apps crash, tutup je apps tu pergi ke home screen. Apps tu je yang crash. Yang lain elok lagi. Inilah kenapa orang suka Android tulen.

3. Bateri boleh tahan lama. Mengikut penggunaan saya, guna social media dan maps semasa memandu je. Bila masa tidur turn off phone tu. Memang boleh tahan dua hari. Kalau banyak guna dia tahan sehari jelah.


CONS


1. Skrin melengkung kat tepi. Jadi tempered glass screen protector tak melekat di kiri dan kanan skrin. Bila letak tempered glass screen protector kurang cantik sikit tapi biar ada dari tak ada.

2. Tidak ada NFC. Tak terasa sangat di Malaysia sebab Malaysia belum ada payment apps macam WeChat Pay di China atau T-Money Korea yang menggunakan sistem NFC untuk bayaran.

3. Kualiti kamera dan video agak mengecewakan. Tapi saya perasan ini normal untuk kebanyakan telefon pintar budget.

Kualiti imej dan details boleh tahan bagus.


Xiaomi Mi A1 dual cameras menghasilkan efek Depth of Field yang bagus bila cahaya bagus.

Kamera selfie depan pun sama, bila cahaya banyak kualitinya bagus.

Tapi bila kita masuk indoors atau waktu malam, kualiti gambar dia mengecewakan.

Kamera ni tak mampu nak naikkan sensitiviti ISO terlalu tinggi supaya gambar jadi terang. Gambar goncang tu biasa terjadi.

Kamera selfie depan pun sama bermasalah bila indoors atau low light. Kalau selfie keluar gambar goncang tu normal lah.

Dalam indoors yang terang ok sikit, tapi wujud noise reduction yang agresif.



RECOMMENDATIONS?


Saya rekemen Xiaomi Mi A1 ini jika anda seorang;

1) Power Android user kerana anda akan suka dan terus jatuh cinta dengan Stock Android. Performance dia yang smooth dan design UI dia yang clean pasti menarik anda.

2) Orang yang memiliki kamera DSLR atau mirrorless, selain untuk gantikan kamera Xiaomi Mi A1 yang suffer bila low light, tapi sebab smartphone ini ada USB OTG, boleh sambungkan card reader dan transfer gambar masuk smartphone ini, dan edit gambar di dalam smartphone ini.

KONKLUSI

Demi mencapai harga jualan yang rendah, sesetengah perkara perlu dikorbankan. Dalam hal ini, kamera Xiaomi Mi A1 memang terasa seperti telefon pintar taraf bajet. Tetapi kelemahannya terhenti di situ.

Jika anda seorang pemilik kamera DSLR yang boleh tangkap gambar berkualiti tinggi guna DSLR dan tak kisah sangat pasal kualiti kameranya seperti saya, Xiaomi Mi A1 sebenarnya boleh tahan bagus.

Pada julat harganya, pada pendapat saya inilah telefon pintar budget terbaik dalam pasaran sekarang. Xiaomi Mi A1 berikan kita spesifikasi yang bagus dan sistem operasi Android tulen yang ringan dan pantas pada harga yang tak menyakitkan akaun bank kita. HIGHLY RECOMMENDED!

Siapa berminat nak angkat satu, saya galakkan anda beli dengan klik link di bawah.




Jemput share blog post ini bagi member lain baca. Kalau kawan korang mencari telefon pintar stock android, saya sangat rekemen Xiaomi Mi A1 ini. Hidup Stock Android!

Comments

Racun

ShaShinKi.com - 150x300 Warning

Popular posts from this blog

Tips Beli Kamera Murah Di Jepun

5 Kesilapan BESAR Ramai Photographer Amatur

5 Cara Buat Duit Melalui Fotografi (Selain Wedding)