4 Tips Elak Ditipu Semasa Membeli Barang Komputer dari Lazada!


What's up guys! Saya Adzrin Mansor budak yang asyik tulis blog pasal kamera je. Pasal kamera saya tahu macam-macam lah. Tapi bila masuk bab komputer memang noob habis.

Selama ini untuk kegunaan belajar dan editing gambar (#PendakwahRAW) saya guna laptop Samsung NP330V4AH yang dibeli pada tahun 2011 dengan spec yang agak decent pada masa tu.


Specs pantas:
Processor Core i7-2630QM
RAM 8GB RAM 1333MHz
GPU Nvidia GT520MX
1TB HDD yang diupgrade ke Kingston V300 SATA SSD 240GB kemudiannya.
Monitor TN panel 14 inci
Berat 2.2kg

Saya pakai laptop ni dari tahun 2011-2018. Beli masa buat persediaan nak masuk universiti sebelum tahun pertama, sampai dah graduate dan dah kerja setahun lebih. Tujuh tahun beb! Itulah kelebihan beli laptop dengan specs tinggi, memang proven tahan lama beb!

Ingatkan nak push lagi sampai lapan tahun sebab dia masih okay untuk kegunaan web browsing, tengok movie atau menaip blog. Tapi bila edit gambar guna software Lightroom, dia sudah mula menunjukkan tanda-tanda sudah uzur. Untuk editing biasa takpe dia masih smooth. Tapi bila guna adjustment brush dan graduated filter, dia dah mula slow...

Amatlah jelas saya kini memerlukan komputer baru...

Inilah build saya... Sila abaikan laptop lama yang terbalut dalam plastik tu HAHAHA

KENAPA TAK BELI DARI LOWYAT?

Ada member tanya, saya beli komputer kat lowyat ke? Saya jawablah tidak. Saya beli part by part online je. Dia pelik.

Bila cakap pasal komputer je, top of mind awareness kita ialah pergi beli kat Lowyat. Kat Plaza Lowyat tu memang ada banyak kedai komputer yang jual barang dengan harga bagus. Kedai besar macam Jayacom, Viewnet, SRI Hardware, dan juga Ideal Tech kat Ampang tu, semua jual dengan harga yang bagus jugak.

Tapi saya memilih untuk beli sendiri part by part kerana;
- Saya nak belajar dan ambil pengalaman pasang sendiri komputer sendiri. Ilmu baru ni!
- Kedai jual parts kena sekali upah pasang. Again, saya nak pasang sendiri!

Lepas tu ada jugak member tanya, kenapa tak beli parts dari Lelong?
- harga kat lelong memang murah, tapi lepas bayar shipping, bayar Netpay, jadi sama harga atau kadang tu lebih mahal lagi dari Lazada yang offer free shipping.


TAPI BUKAN KE LAZADA PENIPU???

Ramai orang duk sebar cerita jangan beli kat Lazada... Lazada ni penipu segala bagai. Saya rilek je beli barang ribu riban harganya semua selamat sampai. Siap dapat harga yang jauh lebih murah berbanding kedai...

4 Tips untuk elak ditipu masa membeli barang dari Lazada;

1) Check barang tu punya buyer rating dan review. Beli barang dengan listing yang tinggi star rating dia, kalau takde, check item lain dari seller tu ok ke tak dengan step seterusnya.

2) Check seller rating dan seller punya time on Lazada. Berhati-hati dengan 'new seller'. Beli dari seller yang rating bagus dan yang sudah lama menjual di Lazada.

Check dua perkara ni dulu tau!

3) Jangan beli dari seller yang ship luar dari Malaysia. Beli barang dari seller yang ship dari Malaysia je okay!

4) Guna Discount Code! Waktu perayaan ialah waktu paling banyak discount code. Saya beli masa Chinese New year, hari-hari ada discount code dengan diskaun RM40 dan RM30. Banyak tu diskaun dia wei! Bila ada diskaun camni harga dia terlajak murah jadinya.

Ikuti empat tip ini. Jadi pembeli yang bijak. Beli barang harga ribu riban pun akan sampai kat rumah korang dengan selamat selagi korang pandai jaga keselamatan diri. Tak kiralah Lazada, Shopee, Ebay, 11street, semuanya lebih kurang sama risiko dan benefitnya.


MY PARTS LIST

Inilah dia! RM13,000 untuk tiga item ni je. Eh saya ambik gambar kotak je. Pastu letak balik kat kedai HAHAHA.
Ini baru betul parts yang saya beli...

Inilah senarai parts yang saya beli...

Ini semua harga yang saya dapat haritu selepas diskaun, untuk harga paling latest feel free untuk klik link tu semua.


Part
Item
Price (RM)
Casing
212.00
Processor
1258.49
Motherboard
489.00
RAM
825.00
Cooler
149.00
Boot Storage
590.00
Storage
380.00
Power Supply
343.00
Wi-Fi Adapter
52.32
Bluetooth Adapter
20.00
Monitor
785.00
Keyboard
179.00
Mouse
25.00
GPU
-
0.00
Headphones
69.00

GRAND TOTAL
5376.81



*Disclaimer: Majoriti parts beli dari Lazada. Tapi ada beberapa parts dari Viewnet Lowyat, Ideal Tech Ampang, dan dari Lelong! Nak dapat the best deal kena lah rajin mencari bruh!

**Disclaimer kedua: Power supply unit dah tak jumpa dah, so saya tukar link tu yang lain.
Inilah dia...
Satu-satunya part yang belum siap ialah graphics card. Saya aim GTX 1050Ti atau GTX 1060 3GB cukup lah kot, nak kena kumpul duit dulu.

Jemput share blog post ni bagi member lain baca okei!

Apa-apa roger kat instagram! Saya kaki main instastory... Blog post terbaru ke apa semua akan update kat instastory. See ya!

A post shared by Adzrin Mansor (@adzrinmansor) on




Comments

Racun

ShaShinKi.com - 150x300 Warning

Popular posts from this blog

Tips Beli Kamera Murah Di Jepun

5 Kesilapan BESAR Ramai Photographer Amatur

20 Perkara Anda WAJIB Tahu Mengenai Shutter Count